July 8, 2013

i promise

assalam,

gaya ko menulis blog dlm 12 minggu sekali.. nak bersara ke hapa haha..

baru2 ni aku gugel blog aku sendiri. eh jumpa pulak dulu si zaira penah amik satu sajak ake 'dejavu seorang ibu' linkkan kat blog dia..

lepas tu aku gelak sedih jugak masa baca.. betullah aku dah banyak lupa dan tak tulis kenangan2 dgn anak2 aku akhir2 ni, pergi bercuti, ditambah2 kekelakaran si ica sekarang.. umo 4 taun memang kelakar tau.. sebutan dia main selamber je sebut..

dulu ongkai---> cornflakes, sekarang tengok aku dah lupe masa taip ni.. padehal selalu bantai gelak kat rumah dengan papa n aiman.. ica such a sweetheart..

aiman pulak now join taekwondo.. sebenarnya itu impian aku untuk join taekwondo. tapi x nak paksa dia. sekali dia nak masuk, aku happpyyyyyyyyyyyyyy sgt tau.. ada 2 kekeciwaan masa kecil aku, nak belajar piano x dapat, & taekwondo. taekwondo aku belajar kat mrsm, bapak aku x tau. pastu atas sebab2 yg maleh aku nak kenang di sini, aku stop belajar taekwondo kat ukm, despite dua kali masuk tournament dapat pingat gangsa, i stopped.. yelah tournament bodos antara kolej tu jer tapi itu kira part of me yg suka bergaduh legally u know, mcm dlm tournament, mcm happy tgk cerita karate kid tu, ha kau paham takkkkkk haha.. yelah i regret the decision i stopped learning taekwondo, tetapi rupanya Allah hantar seorang manusia comel to COMPLETE my dream.. in sha allah..

last sunday dia pergi test. aku pasrah ajer dah ler salu x pegi training. aku kan sibuk ngan partykru bagai aku tu.. sekali masa tgk dia perform steps tu, aku terharu bangga sangat.. smooth ajer stepnya.. aku ni kan cepat terharu kalau pasal anak2. org2 lain mmg anggap biasa tapi itulah perasaan seorang ibu kan.. org lain mmg tak faham..

and last week, mak aku sakit teruk..jatuh toilet, pastu tak bgtahu kitorg.. aku call ckp ngan mak aku pun aku nangis (skarang ni pun baru lap air mata), "kenapa mak tak bagitahu kitorg mak sakit????"

mak aku pun nangis jugak, "sebab mak tahu anak2 mak sayang mak. mak tak nak susahkan". lepas tu dua2 pun nangis..

I PROMISE, aku akan ada dating day ngan mak every month. ambik cuti dan pergi jalan ngan mak. dua org sahaja. aku dah plan dari awal tahun tp aku lupa. aku buat2 lupa/ sibuk dan 1001 alasan.. aku tau kalau ada budak2 ni mak mcm tak nak susahkan aku dan papa. so aku decide aku akan ambik cuti hari kerja utk spend time ngan mak.. i promise..

I PROMISE aku akan salu update memori ngan anak2, family aku kat sini. blog ni bukan utk tunjuk kisah bahagia sahaja tapi mungkin kisah pahit manis kami sekeluarga.. aku nak aku senyum ketawa nangis mcm sekarang bile aku, papa, aiman, ica dll baca blog ni nanti.. maybe masa tu aku da pelupe teruk aka nyanyuk, sa tadaaaa.. this is my virtual diary..

ya Allah, terima kasih atas semua anugerah pinjaman Kau kepada ku.. SEMUA SEKALI..

and last but not least sajak DEJAVU SEORANG IBU ( poetry pun salah satu kesukaan yg lama aku tinggalkan..)

... from entri tahun 2010..

salam.

baru2 ni baca entri my friend MK in her blog 'to cook or babble'.

actually i pun semenjak dua menjak ni berhasrat utk menulis pasal isu yg sama.. i mean lebih kurang sama..

tp risau org kata i ni isteri yg tak bersyukur or ibu lupe daratan.. TIDAK..

sometimes, kita akan rasa boring dgn rutin kita..

so tetiba i nak mengasah bakat i bersajak.. so terimalah.. (*tetiba buat gaya artis*)

dejavu seorang ibu

menjadi seorang ibu
bermakna
anda perlu basuh botol susu anak
selama anak itu membesar..
dalam kes saya dah 6 tahun, and more years to come..

menjadi seorang ibu
bermakna
anda perlu bergegas masak
bila2 masa anak anda kelaparan

menjadi seorang ibu 
bermakna
anda perlu multifunction
yakni sebagai ibu, bibik, cikgu, pencerita, pendengar cerita yg sama utk 30 kali dll..

menjadi seorang ibu
bermakna
keperluan anda nak pi facial muka yg mula berkedut
dan juga membeli kasut baru
jatuh ke tangga 142 dan 143 dalam senarai
yg mana
tangga 1-100 adalah list utk anak2 sahaja

menjadi seorang ibu
bermakna
anda memikirkan manusia lain iaitu anak anda
selama 25 jam sehari
iaitu tambahan sejam dalam mimpi
(*eh sukahatilah i nak gandakan masa di dalam mimpi..*)

menjadi seorang ibu
bererti
anda mesti belajar masak
like my mum golden words bile i decide i tak perlu belajar masak dulu
'nanti bile anak kau mintak makan kau mesti akan masak'
betul pulak tu..
omak.. omak.. dak diana dah buleh masak dah.. wakaka..

menjadi seorang ibu
bermakna 
anda akan melalui
rutin yg sama
bangun pagi, siapkan anak, hantar ke penjaga, amik, masak, tidurkan
selama mana anak anda itu membesar di depan mata

menjadi seorang ibu
yang bekerja
bermakna anda akan menanggung rasa bersalah
seumur hidup
kerana menghantar anak anda untuk dijaga oleh org lain
entah dorang sayang ke tak anak kita tu..

menjadi seorang ibu
bermakna
anda terpaksa biasakan diri hidup dlm rumah yg bersepah dgn permainan

menjadi seorang ibu
bermakna
anda rasa ngeri bile ingat saat nak melahirkan
tp rasa bahagia bile tgk muka anak for the 1st time
and for the rest of their life

menjadi seorang ibu
tidak bermakna
kita perlu menjadi kaya
utk membahagiakan anak
cukuplah kaya dgn kasih sayang
(*ayat menyedapkan hati dr si tak kaya.. wakaka*)

menjadi seorang ibu
adakalanya membuatkan anda nampak sememeh
bile tudung senget ditarik anak
dan seluar lencun kena susu tumpah

menjadi seorang ibu
tidak bermakna
i perlu menjadi perfect mum
yg tak marah anak, or pukul anak bila buat salah..
senyum sokmo bile anak buat peel..
tak perlu perfect gitu..

menjadi seorang ibu
bermakna
ANDA PERLU FEELING DEJAVU EVERYDAY
rasa macam benda2 ni dah dilalui tiap2 hari
sekali-sekala rasa boring tu biasalah
itu maknanya i ni normal
kecuali i ni robot
takde deh dejavu-dejavu nih..

menjadi seorang ibu
menjadikan anda tidak lagi adventurous
kalau dulu buleh travel melebihi 2 marhalah anytime
sekarang jadual anak belajar, tido, harus diambilkira

menjadi seorang ibu
pasti jadikan kita perindu
bila anak2 kita mula meninggalkan kita
ke kehidupan yg mungkin menjanjikan bahagia.. insyaallah
bukan lagi dengan duduk di pangkuan kita
dan mendengar kita bercerita ntah hapa2 dan auta semata2

menjadi seorang ibu
mengingatkan kita
bahawa tuhan sgt mengasihi kita dengan mengirimkan
jiwa2 kecil yang membuat kita sibuk sentiasa

jadi Tuhan maafkan aku
kalau aku ada mengada-ngada
aku harap agar doa jiwa2 kecil itu
membuatkan Kau memaafkan aku..


bye

2 comments:

  1. bestnye!!!~
    suke-suke..

    ReplyDelete
  2. aku kan....kalau psl meng entertain ibu kan..aku serahkan bulat2 pada ayah & kak ngah aku.

    tersentap juer membaca entry ni sbb ko nk spend time dgn emak ko kan. padahal aku rasanya fun time aku dgn ibu mungkin masa sebok2 kat dapur tolong dia masak or teman dia ke pasar. fun ke tu?

    aku sepatutnye lebih kreatif & bersungguh untuk membahagiakan ibu...sobbss...

    terima kasih ana.

    terima kasih sbb sedarkan aku.

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..