December 5, 2012

tips/pengalaman sunat smartklamp (part 2)

assalam..

eh mcm best pulak ada part 2..

selalu kerja2 part 2 blog aku terbengkalai haha..

ok. part getir, pemuliharaan & penjagaan..

a. Setelah balik ke rumah

Ok. balik rumah terus bagi makan nasi ke dan ubat tahan sakit.

Kanak2 biasanya lemah sbb takut/terperanjat ke.

Kasi relax jgn gerak2 sgt.

Ubat tu akan berkesan dlm 15-30 minit.

Macam along lepas tu dia tak rasa sakit sgt dah. maybe sbb dah freakout abis kat klinik.

pakaikan kain tu sampai petang cam tu..

Kemudian, boleh tukar seluar pendek besar ala hawaii/ bermuda sampai elok nanti.

keistimewaan smartclamp ni budak2 leh pakai seluar.

takdelah mengekang aktiviti ke apa. nak jalan pun ok org x pasan pun sunat..

b. ubat-ubatan

rasanye part ni berbeza ikut doktor.

along dpt ubat cuci, ubat tahan sakit dan antibiotik (sume liquid).

apa yg penting adalah makan ubat ni ikut aturan..

never d skip2 okeh..

kalau degil paksakannn..

kalau ko bagi sup ikan haruan tp x bagi ubat doktor pun takut x leh elokkan..

iyelah krg ada yg kata ala zaman dulu x de pun antibiotik bagai..

hello, dulu xde smartklamp, sunat atas batang pisang---> tetiba emo abaikan..

ada yang bagi pati ikan haruan, bagus apa. ada yg after breakfast bagi anak makan pati. aku malas beli krg x makan. aku bagi scott emulsion + vit c oklah tu kan ada ikan kod jugak..

kesimpulannye, kita amalkanlah yg elok2 x kira doktor ke atok pesan ke..

mcm aku miang pi farmasi tanya krim, beli krim antiseptik sapulah. sbb konon nak cepat elok, doktor lupa bagilah..

rupanya lagi elok bende tu kering aje, cepat elok.

so ikut je advise doktor, jgn memandai2..

kalau mcm anak sakit tp painkiller dah habis, maybe boleh tanya klinik dulu, baru beli ye.. keadaan pemulihan biasalah berbeza2 kan..

c. menu makanan

masa kita check out kat klinik, ada tanya misi aka nurse..

misi ckp boleh makan apa shj yg budak itu tak allergic sebelum sunat..

mcm dulu dia boleh mkn ayam, so boleh ajerrr..

tetapi... dengan kehadiran nenek2 maka ayam, telur, udang, sotong, ikan pari & jeket (ikan2 yg gatal) sume x boleh..

buttttttttt.. ayah aku bwk je kfc bagi along masa dtg melawat. gembira je along makan seketul, plus mashed potato besar.. yelah sama da atuk dia ni x peka atau atuk dia ni mmg bijak.. atuk kan syg cucu. aku rasa abg aku sunat dulu xdenye kfc, ha ko duk diam2 kain tergantung tongah rumah haha..

ok.. actually boleh jer bagi rasa2.. jgn lah kau sogokkan pagi potang ayam.

susu coklat aku bancuh kasi aje. ada kata x boleh minum susu.. masing2..

yg aku tau dak papa ckp:

telur- sebabkan nanah
sotong, udang- kegatalan
daging/ayam bolehlah ok- tp jarang2.. (tgk budak allergik tak)
mee kuning- x leh ada telur


contoh menu:

-tenggiri bakar buku chef haniliza - buku yg baru dikorek potang along sunat
-tenggiri pindang
-tenggiri kicap
-sup ayam kampung
-sayur2 goreng/sup etc (rencah ayam)
-bihun goreng
-daging lada hitam
-ikan bilis goreng + bubur nasi + kicap


ikan haruan katanya bagus buat sup, tp aku x sempat carik..

d. bab toilet/ pembersihan

ok bab ke toilet mmg a bit scary bagi kita/budak..

awal2 mmg ngilu tp lepas biasa ok.

awal2 tlg lah dia mencuci dgn syringe dan ubat bile kencing.

lepas 4-5 hari biasanya dah comfortable sikit..

bab buang air besar mmg bantuan utk menyucikan sebab takut 'terhagol' (bahasa mak aku) mende alah tu or terlanggar dibuatnya tercabut ke takke pitam..

tp clamp tu ketat je biasanya takkan tercabut..

tp luka dia takdelah scary berdarah2 teruk.. bengkak dan merah2 saje..

macam abun ckp, "ngeri membayang kau cuci ngan kapas dan ubat kuning!!"

takde abun luka tu bersih je macam jari (contoh tak tahan), alat klamp tu pun bersih.

kita bersihkan bila dia kencing shj.

make sure bahagian tu kering, berangin sahaja..

itu sahaja..

e. keadaan luka dan emosi kanak2

ok dlm masa 1-5 hari tu luka masih merah. sekeliling tempat dipotong mcm bengkak dan merah. itu normal. budak2 merengek ok tu..

1-5 hari, ada rasa ngilu.

along 1st day petang tu dia ok ceria tgk tv sampai malam.

start ubat tahan sakit habis agaknye dia dah merengek sakit2 so bg ubat dia terus tidur...

hari2 berikutnya (2-5) still ada rasa x selesa, ada rungutan sakit, kejap krg ok, pastu sakit balik.. dia mcm on off

so adalah ok kalau budak rasa sakit, terkengkang ke..

menjelang 5 hari tu luka tu dah kering sikit aje so kena pi klinik bukak.

f. pergi bukak clamp (hari ke 5/6)

ok bab ni mmg scary juer..

tp percayalah ia x mcm kita bygkan..

mandi aje mcm biasa pagi..

dia ada gunting spesifik dia akan potong clamp tu..

masa nak putar tu sakit jugak tp takle cam sunat..

tp sekejap aje dlm beberapa saat gitu..

pas tu tinggal corong kat bende tu aje..

takdelah besar gedabak tu lagi.

corong tu still melindungi anu tu utk healing process..

dah tu balik. xde kena byr pun..

sakit ngilu tu mmg ada

(latest update disebabkan post ni ada 400 visitor so far, ada doktor di kl (anak kwn i), masa bukak clamp hari 5/6 ni dia akan cabutkan sekali corong2. kawan i ckp agak sakit juga sebab doktor akan bersihkan sekali nanah/ kudis di tepi. mungkin sekali sakit sahaja & cepat elok. anak dia mmg meraung kesakitan masa tu. tp anak i di melaka ni mmg buka clamp/ sepitan di bahagian depan sahaja. x sakit sgt pun. dia kata ok aje. so cara2 ni mungkin berbeza mengikut kepercayaan klinik/doktor ya)-updated 23/4/2013

g. macamana nak tanggalkan corong

org ckp berendam, tp rasanya bergantung jugak..

along mandi cam biasa xdelah lama sgt, hari keenam tgh main tiba2 terbukak..

gembira bgtau "mama dah terbukak"

so gembira semua sbb dah terbukak

h. bila dah terbukak

ok start ni anak2 akan mula rasa sakit sikit..

sbb sebelum ni bende tu terlindung dr angin ribut taufan kan..

so bile terlanggar seluar tu terkengkang2 jugaklah anak berjalan..

bende ni berlarutan dlm sehari dua.. mcm dak mizi sampai xnak pakai seluar lgsung.. xpelah dorg kan budak2 kan.. ko yg tua pun penakut..

lepas tu masalah gatal pulak, sebab dah berkudis or nak tumbuh kulit baru.. memang gatal gile, sian tgk.

tp jgn sapu apa2 krim ke, biarkan masa yang menyembuhkan luka itu.. chehwahhh haha

i. aktiviti anak2 sepanjang tempoh

-1-5 hari, mild ajelah. aku bwk aje pi pasar malam carik ikan, tp duk dlm kereta. kdg2 boring, bwk pi pusing2 jugak. pendek kata jgnlah terlampau aktif.

-6-10, sederhana kalau dah terbukak tu ok lah kasik dia biasakan. jalan2 rumah atuk ke, main2 ngan sepupu ke. sebab aku kerja, aku hantar along pegi english class + daycare hari ke 10. mmg merah lagi, tp no choice. dia ckp ok. pesan kat cikgu2 so oklah sampai hari ni

-hari ke 8-10 tu kitorg pi wonderland melaka (theme park) bagi meraikan along da bujang + nak kecutkan bende tu. along x extreme sgt kat themepark so x risau sgt. lagipun gatal kan nak elok bile berendam kecut + dia x rasa gatal sgt..

-hari ke 10-14 ok masa ni mmg mcm dah lasak, tapi bende tu gatal dan bende tu mcm ada lendir kuning + putih sikit. aku dah freakout habis, padan muke aku suruh anak makan ayam haha.. sekali takde masa pegi klinik call je kakak nurse, dia ckp "oh kuning sikit kat luka + putih kan. biasa tu itu tandanya nak elok dah". fuh lega. yg penting anak kita tak sakit. kalau kuning dan sakit maybe bentan/bernanah agaknya..

-hari ke 14 sampai today 19 hari.. boleh pakai jeans.. so far luka dah bertaut dah. takde merah2 menakutkan lag. kulit2 tepi dah kering. dah bersih aje kondisinya.. hari ke 14 bwk along pi org kawen di cheras, dia bergumpal ngan sepupu biarkan, pi genting besoknye tp main kat indoor park saje, + ikut aku kerja kat serdang lagi hari isnin lepas..

kesimpulannya:

semua di sini adalah pengalaman peribadi. bukan nasihat perubatan untuk mendorong memilih smartklamp ke. ini pengalaman seorang mama. so mana yang baik bolehlah diikuti, yg merapu diketepikan ye..

kena jugak buat ayat disclaimer krg tetiba ada legal suit krg matikkk..

saya menyokong smartklamp kerana ia memudahkan kanak2 (mangsa hehe), keluarga, tiada kekangan pemakaian dan aktiviti fizikal, mudah diuruskan.. cogankata sgttt kan..

antara perkara palsu yg didengari seperti "ingatkan lepas seminggu boleh main bola sepak??" oleh sedari tantan adalah myth semata-mata. aktiviti fizikal tu akan berkembang perlahan-lahan dlm masa 1-3 minggu. tempoh elok 80 % dlm 2 minggu. 95% dlm 3 minggu.. fuhh siap buat data haha..

actually lepas i clampkan anak ni ada je org kata kenapalah kau clampkan anak kau nanti lambat elok, terkurung aje bende tu, laser cepat aje elok, 4-5 hari dah elok bla3x...

alah buat tak tahu aje.. in sha Allah kalau kita sabar jaga anak kita, Allah akan tlg kita.. kena percaya + yakin

alhamdulillah si along ni meskipun da freakout abis atas katil, tp lepas tu dia rilek aje takdelah sakit sgt pun. ada budak yg terbaring aje, ada yg merengek, tp along ok. sampai atuk ckp along adalah hero sgtttt dan cepat aktif balik.. kalau pergi kedai org terperanjat tau dia sunat sbb dia pakai bermuda dan lasak pulak haha.. apa2 pun kita kenalah sokong anak2 kita. dia terjerit buat drama ke kat klinik kita kenalah cool. xde drama manale best nak cerita kemudian kan.. best jugak buat bahan nk kutuk2 di kemudian hari..

ada je org nanti akan ckp kat kita anak i ok je x nangis, x jerit, x merengek, x sakit, sihat, sentiasa telan pati haruan, kuat berpantang bla3x patuh, taat, kira semua sempurna kita biarkan ajelah.. itu anak dia. anak kita, mcm kita x sempurna..

semoga kita semua berjaya menjalankan tanggungjawab kita di dunia dan akhirat..

kalau ada part yg lupa nak tulis, boleh tggal komen, nanti saya hupdet..

bye tantan + bayong love..

UTK PART 1 TIPS & PENGALAMAN KLIK SINI or older post sebelum ni je hehe

last updated 23/4/2013

* 15/12/2014 baru jenguk blog bersawang post ini ada 2000 viewer so far. Saya dah berpindah ke blog baru ya. Kalau nak cerita dan tips, jemput datang ke www.dalinali.com. Terima kasih uols ;) .

2 comments:

  1. aku plak yg ngeri membacanya..ada lagi 4 thn utk aku melalui ini hihi

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..