December 4, 2012

tips & pengalaman bersunat cara smart klamp.. (part 1)

hye all..

omputes sgt kauuu..

Assalam n haiiiiiiiiiiii...

skrg takde masa tetapiiiiii tulis jugak kerna mengingati bayong the holistik boy (anak MK) yang bersunat baru2 ini.. bayong love (sebab pggil ibu dia tantan love) tak nangis langsung masa sunat, hero betul..

kebetulan anak kami sebaya so aiman pulak sunat dulu so adale secebis pengalaman di situ..

(p/s: along sunat ngan sepupu dak mizi. masih gembira nampaknya di situ hehe)

kebanyakannye adalah tipslah ye utk yg berniat utk menyunatkan anak cara smartklamp.

pd yg nak sunatkan diri sendiri, tgk umur, kalau rasa masih relevan, boleh baca sebab smartklamp ni more to kanak2 je kan.. hihi

(p/s: matiiiilahhh kita mizi haha)

1. Kesediaan anak2..

Anak yg nak sunat mestilah bersedia. nak tau sedia tanya dia, "nak sunat tak?". biasalaha ada soalan "sakit tak?". aku mengambil pendekatan merapu dak angah anak buah aku yg mengatakan , "ala, macam digigit oleh 20 ekor semut serentak je".. so bile dengar semut, waddehal lah kan..

lagi satu cerita upin ipin yg part sunat tu pun membantu. dorg mesti da tgkkan. aha.. ambik je contoh2 yg menggembirakan camtu..

aku jua start memberi galakan dr awal tahun..

ajak family member memberikan moral support seperti atuk, mak ngah, nenek, bla3x...

warning sape2 yg bermulut celupar ckp, "nanti doktor potong pakai pedang ultraman", or "pakai kapak tau".. hampeh tul adik2 ipar aku tp nasib bagi compensation duit kat along bile dah sunat haha..

pendek kata, kanak2 itu mesti jawab ye. tak yah paksa2. krg dia buat drama kat klinik ko pulak yg stress.. umur yg sesuai rasanya darjah 1-3 kot. sebab x pandai menendang lagi. mcm along dia nangis horror, tp dia x gerak kat atas katil tu je. doktor ckp kalau agresif sgt, menendang2 ke, doktor x nak buat. takke stress. jadi umur 7-9 plg sesuai sbb dorang x panjang akal lagi nak lari hehe..

ada yg kena balik sbb takut sgt. so make sure dorg berani jua nk sunat ni..

2. Nak kena tahu ke semua prosedur smart klamp ni

Actually aku ni bangsa sume nak tahu detail. Tapi ditakdirkan time along nak sunat ni, aku bizi sgt, tak sempat nak gugel apa pun. yg aku tau, kakak ipar aku daftar kat klinik cara laser, klinik tu ok, so aku pun okkkkk ajelah. maybe sbb kak ipar aku da pernah sunatkan anak dia, so aku ok...

bagus jugak kalau kau tau in detail. tp kalau x tau sgt cam aku pun bagus. sebab ini melibatkan potong memotong jugak. scary juer tgk gambar2 kat internet tp nasib along da sunat..

asalkan hospital/klinik tu dipercayai oklah..

daftar awal2..

tawakal+doa byk2..

3. Barang2 yg nak disediakan

1. 1 helai kain pelikat
2. 2-3 helai seluar pendek besar/bermuda

(p/s: start cuak dah. mizi pulak dah ok. tadi kecut perut. well, bumi berputar--->tiba2)

4. Hari kejadian

Bangun, mandi cam biasa. pakai seluar aje. sampai klinik baru tukar kain.. kasi buang air puas2 dulu. bile nurse panggil, masuk. baringkan dia. doktor tanya nak laser/ clip? laser 20 minit. clip (clamp) 5 minit shj. dia tgk along dah menggigil2 air mata menetes dia ckp, "saya advise clip". kalau laser x boleh budak terlalu takut sbb lama dan kena sit still aje, x boleh gerak2.

kitorg ckp "ok doctor. clip (clamp)".

so doktor inject 5-6 das, klip sana, potong sini. 5 minit setel.

aku ada je dok tepi ngan dak adik.. papa ngan along..

adik nasib dia diam aje ternganga. aku rasa mesti dia pikir, "fuh nasib aku perempuan"..

aku rasa mmg cepat, senang dan mudah gile smartklamp ni. kadar kengerian yg aku bygkan dan yg depan mata hanya 30-50% aje kot..

ko beria bygkan penderitaan bagai, tidak, bukan mcm bersalin ye puan2..

no worries.. xde darah byk2 notttttt......

oh along nangis teruk tp dia terkejung aje x gerak kat atas tu..

ada panggil "mama, mama tlg abg", sian jugak...

tapi 5 minit sahajeeeeeee.. maksudnya doktor start inject sampai habis potong klip tu 5 minit. lg 5 minit nurse cuci bersih etc. kitorg lama jugak pasal dak papa tertanya doktor mana satu ok clip ke laser. doktor tunjuklah gambarajah bagai. doc kata sama shj kesan dia sunat biasa ke, clamp ke, laser ke. dlm masa 5 hari dia akan kecut jua. bergantung kpd parent utk pilih..

(p/s: dak mizi gagah tak nanges langsungggggg????.. bravo. dak angah abg dia yg ckp umpama 20 ekor semut menggigit serentak kemain lagi mempersilakan dak mizi duduk. artis sgt kan... )

5. selepas sunat

pakaikan kain ikat kat leher tu.

keluar. bayar rm150. ambik ubat tahan sakit + antibiotik.

balik. terus makan ubat tahan sakit.

oh along sunat di klinik amal & surgeri telok mas, melaka. best, nurse baik sgt. friendly ngan kanak2. pergilah sunatkan anak anda di situ..

kalau dpt nurse muke ketupat basi mmg takleh buat apa..

along punye nurse "hai abang, beranilah abg ni cayalah".......

tq nurse + doctor..


see, lihat penampilan adik nak teman abg pi sunat. takde apa2lah. adik pun tengok aje hehe..

nantikan part 2 yg getir, pemuliharaan dan penjagaan..and frequently asked question (FAQ)..

hehe bye.. besok kot.. (UTK SAMBUNGAN KLIK "SINI")

bye..

-hrp2 bergunalah info2 ni. supaya blog ni berguna jugak haha-

* 15/12/2014 oh jenguk blog lama post ini dah ada 3500 viewer setakat hari ini. Harap maklum saya dah berpindah ke blog baru. Kalau nak tahu cerita keluarga dan tips, sila ke www.dalinali.com Terima kasih :) .



1 comment:

  1. suke suke suke!!!!! sgt kelakar juer. cepat update. kalau tak aku akan mengganggu gugat ko dgn puluhan soalan lagi hari2

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..