July 9, 2012

alahai cendol..

lama kan x tulis kat sini..

mggu lepas berehat setelah berpenat-lelah.. ah aku mmg gitu mendambakan wikend penuh kedamaian. skrg no.. tidak, setiap wikend ada mejlis. pitam ahhh...

aku suke hari jumaat sebab bermula jumaat malam akan mula kemas rumah bersungguh-sungguh. spring cleanlah bagai. kdg2 semua org dah tidur, aku terbongkok2 kemas, lap abuk. sapu.. ye sapu rumah pukul 11 ke 12 malam tu biasa..

tp kenapa mesti kemas rumah mcm org sewel bile wikend. sebab nanti anak2 da bangun maka x leh kemas dah. plg kuat pun tggl mop aje itupun berperang suruh dorg duk atas sofa bile nak mop, aku kemas bilik, dorg sepoh kat luar. maka jeritan2 monster akan kedengaran, "siapa yg sepah2kan brg2 nieeeeeeeeeeeeeeeeeeee????"

aku punye peel time aku kemas jgn sape pun tegur, berbuat baik, buat sepoh. kalau ada yg tegur "ma buat apa tu". "tgh main bola" aku jawab. emosi okeh tiada konsentrasi..

pas tu korg nak main, buat sepoh ala kedar pun buatlah. janji aku dah kemas.

abih sabtu kena balik kg travel sendiri ngan anak2 sebab bapak dia kerja. iyelah mmg tiap2 minggu balik ke branch opis kat sana, tatapi, ini berteman anak2 meningkat belia, kena ada alat2 pemangkin kedamaian seperti tab, dvd. itupun senyap selama beberapa menit aje. kelak nak gaduh rebut hphonelah. yg sorg nak susu, nak beraklah.. sudahnya berenti kat 7 eleven, belikan makanan, yg aku beli nescafe tin, take a break, lantas meneruskan perjalanan..

sampai kg kau jgn harap nak tido, tp bile atuk ada dorg lepak ngan atuk. atuk pun mcm aku lampu suluhlah dibaginya kat anak2 aku. kdg2 dibaginya khemah, ye atuk dan nenek mmg pemberi syurga dunia. tgh aku baca magazine kat luar, aku dengar dia duaorg potpet citer mcm2 kat atuk. yelah atuk kau nak tido pas asar pun x boleh melayankan kesah yg sorg kata nasik lemak dan mee kari kat sekolah sedaplah mende. yg lagi sorg pot pet kata aku marah dia sebab x pakai pende (spende).. ahh lantaklah atuk, cucu atuk jugak..

so ahad, aku wikend mmg tak masak dgn kerap. ye org lain masak wikend aku tak wikend aku nak berkemas dan jjcm (wah maria tunku sabri sgt). lepas tu celik mata pagi mcm2 kerja yg sorg 13x pi dapur mengganggu kesinambungan kerja aku mengelap kabinet. last2 aku tanya "lapar ke man??" lantas senyuman manis terukir di bibir beliau. ujan pulak lebat kat luar. yg sorg sambung tido maka aku lantas teringat resipi lempeng MK beserta nestum, tambah susu anlene bapak dia, ahh siap 5 keping. abang makan 4 keping sambil membuat thumbs up dan melontarkan kata2 "sedap betullah mama masak roti canai ni".. erkk apakah.. ini lempeng nak, lempeng modenisasi nama dia..

lepas tu kak princess bangun lihat abg makan mula join.

lepas tu melalak.. kata nak cendol. aku yg x paham tanya abg dia dan bapak dia. adakah betul anak aku nak cendol di pagi hujan lebat like cats n dogs ini??

ye betul, dia nak cendol. sape pulak jual cendol pagi2 alam ni nak??

sekali aku bagi lempeng tu kat dia, dia cakap, "ha nilah cendol"

adoii si princess tua ni, itu lempeng lah nak, apa kejadah nama jadi cendol pulak.. dia ni mmg sesuka hati menukar nama bende..

itu ari beria tanya abang dia "nak ongkai tak?". abg dia kata "ongkai apa?" tak nak lah..

rupanya ongkai tu cornflakes..

ya tuhanku. kalau tau bahasa arab bagus jugak. boleh tlg aku ajau abg dia. ni skrg sibuk hafal mimhatun-pemadam, kalamun rasasun-pensel..

jgn tak tau, aku sebelum tido ckp base arab oke, "tusbihu alal hairi" lalu along jawab "wa anta min ahlihi" maksudnya selamat malam.

sadis oke tak reti bahasa arab nak ajar anak..

haha.. ini bukanlah nak merungut ke apa, just to share my story.

ala aku rasa korg paham kann

8 comments:

  1. hadoilaaa... ni kali ketama aku berjaya baca blog ko kat opis ok. Pastu nampaknye wrong timing sbb citer lawak 'ongkai' la pulak dak icha niiiii... penat auntie ketawa dlm perut ok!!! tak boleh ketawa kuat2. siap gigi bibir lagi.

    ana - aku rasa kita mummy monster yg kembar. sbb perangai kita sama. wiken mmg malas masak. ianya utk JJCM saje kan... (ala weekday mcm le rajin bona pun :P)

    ReplyDelete
  2. best bace citer akk ni.comel si princess sebut ongkai & psl cendol :)

    ReplyDelete
  3. MK: haha aku pun x larat nak ketawa dah. bile ditanya knp ongkai etc, menjawab pulak tu "memang ah". itu sume genetik aku kuat menjawab tu. aah jjcm biasa tu. ah hari biasa pun ada cuti, pasar malam hahha

    mama leya: hai leya.. iyelah hal anak2 ni mmg buat kita pening last2 gelak kan. itulah akak mendokumentarikan buat tatapan di hari muka. thnx for visiting ya

    ReplyDelete
  4. owh really,same la kite.melaka area mane?

    ReplyDelete
  5. haha...br nak tulis gelak..haritu aku dh baca entri ko ni tp ms tu aku x login (x best arr pakai anonymus) jd aku malas nk komen lg


    ko bab ngemas sama cam aku..x suka org kaco2..


    tp aku tgh konpius ni apa kaitan cendol dgn lempeng hahaha
    ongkai dgn cornflakes haha

    ReplyDelete
  6. Itulah···hanya si mk memahami·dia kt budak pelat mmg gtu··pasrah

    ReplyDelete
  7. ongkai tu coco crunch la ana...bukan cornflakes kot...cer tanya icha..betul tak

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..