June 20, 2012

darjah 1 v. ibu blogger

salam,

lama tul haihh tak tulis di sini.

kdg2 ada bende kelakar jadik/ada idea nak jugak tulis tp xdak masa haha..

sebab anakanda dah sekolah balik jd kuranglah masa merambu-ramba seperti dulu..

last wik ye ibu2 pasti ke sekolah berjumpa guru2. result along ok cuma cikgu komplen tulisan itu agak caca marba. iyelah kalau dpt A pun, mestilah cikgu nak tulisan yg marhein, eh sesuka hati guna marhein, sebab la ni kan guna modul kssr itu lain dr kbsr kita ye toh puan2 sekalian. kalau kssr ni, gred A dia adalah byk tahap ye. tak seperti spm kita ala2 A1 dan A2 gitu. dipendekkan cerita, perlulah ditekankan penulisan yg cantik dan kemas kepada anakanda beta itu. yg kau ni tetiba guna bahasa raja tebiat ke bende??

kssr ni markahnya dikumpulkan setahun baru digredkan. ari tu tgk markah siap ada pointer mcm kat mrsm and universiti kauuuu. lepas tu markah dr derjah 1 sampai derjah 6 akan menjadi 60% dari markah upsr masa derjah 6 nanti. upsr derjah 6 hanya memberi 40% ye. paham tak anak2..

zaman sekarang ni expectation sekolah memang tinggi. tapi aku respek bapak aku masa kat muar dulu, result sains sume mmg teruk2, bapak aku x pernah marah ok, dia kata kalau dah belajar tu oklah. memang tak marah langsung.

mcm anak aku ni, ni derjah 1 insyaallah lah nak masuk quran x lama lagi. insyaallah. doa2kanlah. mcm zaman dia x sama wei ngan zaman kita. aku dulu ingat lagi darjah 3 baru masuk quran. ini kelas dia ada yg dah baca quran dah. dulu masa tadika pun ada yg dah masuk quran. bab start puasa pun aku kalah. pasal tu lah kalau dibuatnya perangai2 taufan sekali-sekala tu aku diam dan merenung kembali ehwah, betapa dia adalah lebih baik dr aku dulu.. aku sendiri pun ntah hapa2 haru biru. darjah 1 dulu balik sekolah nangis2 jalan kaki kat masjid tanah sorg2. nasib x de penculik drama queen betul..

kdg2 kau nak fullfill org punye expectation tu tinggi, so lebih baik kita tgk dlm diri kita, tak payahlah nak membanding2 ngan orang, yg penting anak kita jadi orang.

mcm sekolah dia ari tu ada 28 org lagi x tau membaca, tulis dan kira. mesti tensi tu mak bapak. aku syukur Allah x duga mcm tu. harap semua budak2 tu dpt catch up very soon. amin.

lepas tu yg aku gigih terangkan psl kssr ni psl last week ada penerangan dr sekolah. lepas tu masa cikgu terangkan tetiba airmata bergonang. ceritanya begini:(stail atuk2 bercerita)

cikgu rubiah cakap, actually dia ustazah utk bestari solat. bestari solat program ajar anak2 solat, buat mcm kem ye puan2, dlm 2 bulan sekali gitu, ini projek mantan pm yg kenalkan konsep islam hadhari ye, pak lah. x de pm yg pernah kenalkan program bestari solat ye, hanya pak lah saje---> bincangkan (soalan tutorial)

ok kenapa kau terangkan bestari solat pulak. ok balik kpd stori. cikgu rubiah cakap masa kem bestari solat, ada sorg budak ni darjah 1 azan sangggggggaaaaattttt sedap.

nama dia putra xxxx aku dah lupa.. cikgu rubiah cakap dia azan seperti budak darjah 5 yg sekolah hantar pergi pertandingan azan ye..

cikgu ckp dia dr kelas 1 Arif. "tau tak kelas 1 Arif"? cikgu tanya. kelas 1 Arif yg kebelakang ye. jgn ingat kelas belakang takde kelebihan. cuma Allah belum permudahkan lagi. itu sahaja.

cikgu rubiah cakap kenapakah putera boleh azan sebaik itu sampai sejukkkk hati cikgu mendengarnya ,apetah lagi ibu putera tu..

cikgu cakap mestilah ibu bapa dia telah membiasakan dia, mendedahkan dia kepada dunia azan, solat, masjid.. pokok pangkalnya apa yg kita dedahkan, itulah yg anak2 kita akan bawa ke mana2..

aku masa dia cakap pasal azan tu, mcm dah sayu sahaja. dgn aku yg pemalas pi solat terawih kat mesjid ni, guna alasan ada baby lah, mmg menginsafkan.

semoga kita bekalkan apa yg sepatutnya kpd anak kita ye..

ok berbalik kpd tajuk berkenaan ibu blogger, cikgu rubiah menerangkan, tahukah puan2 bahawa sukatan kssr ini, apabila anak2 puan derjah 6 nanti, mereka hendaklah mencapai kemahiran menjadi seorang blogger??? ini utk subjek sains dan teknlogi..

aku masa dengar wahhh tapi kontrol sebab mak2 lain mcm cool. krg dorg tanya apa blog kau, malu pulak hahah. bile balik cerita kat papa, papa cakap, wah bolehlah mama ajar along blogging, mama kan dah terer??

wah3x.. sesuka hati nak suruh i ajar.. hehe

tp serius x sangka ada jugak guna aku belajar2 memblog inih haha..

kpd ibu2 blogger sekalian, tahniah, kerana walaupun kita di zaman lain, kita dah pun lengkapkan sukatan 6 tahun pembelajaran kssr modul blogging dgn jayanya heheh..

so darjah 1 dan ibu blogger = relevan hehe..

bye luv..

2 comments:

  1. hah..lebih kurang sama entry kita. hik hik.. bayong pun kwn baik dia kena turun kelas ke-2. dia sedih..tp aku ckp..life goes on. nanti kalau aqib belajar sungguh2 mesti dia dpt naik blk. ayong pun kena belajar betul2 utk stay kelas 1.

    tapi aku dh tetapkan dlm hati.. janji result dia ok & dia dah cuba sungguh2, aku cukup puas hati.

    sekian.

    ReplyDelete
  2. Aku pun gitu jugak.janji dia dah usaha insyallah ok ja.yg lain2 berserah jo.kalau dpt bagus tu kira bonus lah...

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..