May 2, 2012

melencong ke melaka

(maafkan yangs ebelah mmg suka buat aksi gitu)

assalamualaikum..

byk sgt bende yg berlaku yg nak tulih..

1. bespren normah dtg melaka ngan family
2. anniversary aku ngan dak papa semalam, 13 taun kenal tuh hehe..
3. projek diy kitorg yg terbaru hik hik


cuba menjadi tidak gopoh, maka aku cuba bercerita satu persatu..

disebabkan aku takdak amik gambar byk, so aku cerita ajelah..

ya seperti biasa bila org nak dtg melaka aku akan gabra sebab:

1. rumah bersepah
2. tak tau nak bawak pi jalan mana
3. tak reti nak bawak makan mana, sebab aku biasa pergi ke tempat yg sama each and every time bagi mengelak kekeciwaan. kekeciwaan adalah seperti nak try kedai ni kasi can sokong usahawan baru tapi hampeh tak sedap lambat etc..


ok biasalah aku akan google nak pergi mana nanti. memang rasa nak impress orang tapi last sekali dak papa kata takpelah jadilah diri kita sendiri. nama aje org melaka hampeh tak pernah naik rivercruise sume tu hahaha. so cadangan2 seperti rivercruise adalah bersifat serampang dua mata yakni nak bawak anak sendiri berjalan.. kah3x..

ok famili dia ni pulak baik aje, tak byk songeh langsung, aku suka. so adalah aku bwk berjalan2 yg tempat2 tu dorg sendiri dah approvekan nak pi..

1. destinasi pertama- muzium kapal selam. ya di klebang. kesilapan besar masa survey mggu sebelomnya dalah aku mati2 ingat boleh masuk. dah le tertekan jalan berpasir sekali tak boleh masuk dalam kapal. apa ke jadah si ali rustam letak kapal gitu tgk aje.. sori datuk ali i still puteri umno okehhhh--->tiba-tiba. nasiblah ada peserta rombongan bersemangat navy lantas mengambil peluang meronda, menyelidik body kapal selam tahun 1979 itu, membaca board2 bergambar, bergambar ala2 hero remaja semua.. syabassssss.... kapal selam pasti rasa dihargai..

2. coconut shake original pantai klebang. bende nih glamerlah di melaka. konon nak bagi org rasa. harap2 semua sukalah. jgn lupa di tepi caltex klebang aje ye. masa aku beratur ada 5-6 org kat depan. beli semua 3 cawan ke atas. kalau masuk pukul 5 ada berpuluh-puluh org beratur tu. dia air kelapa campur vanilla icecream. lepas pi pantai klebang yg panas terik tu, pekena ni memang slurpppppppppp.. dan mendebabkan ahhh sekali sekala who cares... (penafian). klebang ni kami selalu pi main layang2. sepuluh kali pegi, seploh kali beli sebab bila balik rumah aku sorokkan. dak adik nak main dlm rumah ape ke hal.. sudahnya lupa nak bawak..

3. selepas depa check in, maka wajib pegi menara taming sari, bangunan merah stadhuys.. dulu aku sebut stadius ok sekali sebenarnya stadhaissssss. pitam nama je sejarah spm dapat A1. menara taming juga bersifat serampang dua mata di mana dak adik tak pernah naik. eh dak papa pun rasanya saje buat2 cool konon pernah naik le tu. pi bangunan merah wah aku pulak gigih beli penggaruk badan (apakah pemilihan perkataan), ala yg mcm pencakar tu, lepas tu anak2 beli topi, lepas tu beli windchime lah.. sape sebenarnya yg bercuti nih T__T. gigih berjalan dari gerai ke gerai menengok cenderahati. aku mmg suka wei jln2 kitorg selalu lalu ngan kereta tapi malas benti sebab... malaslah.. mmg takde alasan lain.. depa naik beca ramai2. ada sorang aku pasan feeling2 tgk air pancut sorang2 hakhak.. air pancut terkenal pulak buat pasal tak bukak hari tu. hmphhhhhhhffff..

(windchime yg dimaksudkan)

(selepas digantung di backyard)

4. cendol menara jam. eh betulke nama dia menara jam. di seberang jalan stadhyus itu jgn lupa pekena cendol dan goreng2an. ahh tgh lapar semua pun mcm sedap. cendol aje mcm sepuluh jenis, conpius. anak2 gembira makan spiral potato tu. ada air kelapa jugak. makan2 lambat sikit sebab ramai orgnya. lepas tu berjalan menyusur bandar hilir ke a famosa. aku 2nd time sampai situ sejak sekolah rendah T__T. lebih baik ko menetap di venezuela aje sonang....

(kenapo muko kau along. sume kelaparan)

(keluarga yang penyabar menunggu)

5. malamnya kita ke medan ikan bakar muara sg duyong. kat melaka ni kalau cuti panjang sikit semua kedai makan penuh. so aku pi petang tu buat reservation memula dorg tak nak, gunakan bakat lakonan, buat muka sedih cakap nanti ada baby, org tua, pakcik tu pun kesian. gila ko kalau tak kena tggu dekat 2 jam. takkan nak bawak makan mcd drive thrukot, kalau normah dtg aje takpe.. rasanya perlu ucap terima kasih kepada baby hafni comel dan senior citizen yg hadir..

6. selepas tu melaka rivercruise. anak2 dah mula kehabisan bateri masa ni. dak adik mulut pot pet pot pet marah along terlentuk kat bahu aku. masa balik semua dah tido dah.. aku mmg tiap2 minggu ronda area cruise ni tapi naik keta. maka bila naik bot mcm jakun pun ada hakhak..

7. esoknya bawak depa ke planetarium melaka. nak ke toy museum tutup pulak. so oklah tu..

so kalau org melaka tak sah tak berpantun. terimalah ewah.. ewahhhh (dondang sayang)----> tiba-tiba

pokok kelapa terkena ribut
pak daing menanam si pokok lokan
datang tuan datang bersambut
salah dan silap mohon maafkan..


tq keluarga normah. maaflah kalau ada kekurangan. mak normah kata "mak cik tak sempat pergi rumah Ana". aku, "gulp". ye makcik. aku kalau berhadapan dengan kehadiran orang pembersih, bukan BERSIH ye (no.. never..) dan juga si pemasak, mak normah boleh buat 6 jenih kuih satu hari dan few lauk pauk,,,,,, aku memang nak pitam kalau dorang nak dtg rumah.. nak masak apa, takpe makcik lenkali saya cuba masak nasi beriani gam---->pitam

sebenarnya kami dah kemas rumah, tapi depa x sempat dtg. yelah tggu aku beli coffee table, tanam pokok bla3x, lenkali buleh dtg lagi ada senonoh sikit rumah aku.

tq normah belanja we all serba berdiri okeh.. semua nak belanja tak terdayo den nak menahan..

tiba-tiba nak guna konsep kawen2.. hahahaha

3 comments:

  1. Assalamualaikum Diana cayang,

    lamanya kak Nur tk singgah sini...windu sangat2 ngan Diana....mkn tk kenyang tidur tk lena nie...hehehe...sihat ke Diana?? Wah seronoknya jln2 ke Melaka...comei aja yg sebelah tu...aksi anak nakal gitu...hehehe.

    ReplyDelete
  2. Mama, tq sgt2 cos guide we all masa kat melaka. Datin sgt teruja cos misi romningan cik som tuk melihat tempat2 bersejarah tercapai gak. Budak2 pun nmpak hepy balik sure buat karangan sekolah. So mcm yg akukabo, baru smpi melaka, berapa kali inas dah kena marah and pukul. Hu3x, bygkan if kelondon, paris and new york. Tu sbb aku x nak pergi. Ha ha. Btw tq wei, pecah kaca pecah gelas, lps aku belanja ko pulak balas. Ha ha

    ReplyDelete
  3. seronok betul saya membaca coretan puan diana ini. gembira saya terkekek2 ketawa. tudung bawak tu comel lah. sebagai seorang pemalas juer harus saya membelinya secepat mungkin. melaka mmg best...tp kalau tau kemana arah tujuan nak berjalan2 laaaagiii best. takde le ternganga2 kan. len kali aku turun sana nak mntk itinerary dr ko. bleh?

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..