May 3, 2012

DIY:meja makan

(maafkan kekaburan kamera 30megapixel)

assalamualaikum..

saje nak berkepoh kat sini..

padehal takder apa pun..

latest projek spray, last time ada sebut kan yg kitorg nak spray kerusi yg rosak tu..

so spray sekali ngan meja makan dia.. ye memang kecik tp membahagiakan.

meja ni beli di jusco lapan tahun lepas, rm150 je. memori tu dr badan comel sampai lah mencomel sekarang.. haha

aku mmg suka makan di dapur maybe sebab kat rumah mak pun ada meja makan di dapur.. mcm lebih homely, motherly.. kononlah padehal senang nak kemas..

walo ada meja makan lain itu biasa khas utk org dtg ajer..

cat dibeli RM35, spray guna alat penspray mcm nak cat kereta (apa ayat kau ni), rupanya bapak mentua aku ada bende tu hakhak.. nanti lenkali aku tunjuk rupa dia okeh..

dak papa spray dgn bantuan adik dia.. lepas tu ada hati nak bukak kedai perabot baru spray satu set meja???? pitam

nanti ada masa pi meronda cemana nak deko meja nih.. tunggguuuuuuu..

rupa sebelum:


rupa semasa pengsprayan. ini bukan rumah aku. ini belakang ofis papa. kalau belakang rumah aku, aku akan menjerit selama 14 desibel non stop sampai dikemaskan haha..


rupa mintak penampar amik gambar dlm toilet court. ini 1stime okeh. tak penah buat. aku gembira skrg pakai tdg bawal hari2 boleh basuh mesin. takde semak lagi nak basuh tangan. hepi.. hepi.. ye cermin toilet memang tak semenggah.. salahkan kakak cleaner


ok itu saje.. nanti ada masa aku updet 'how to deco a cozy kitchen'..

cozy sgt kitchen kau periuk bergelimpangan. ok dapur sgt penting bg aku. la ingatkan nak abis dah nak cerita lagi rupanya. tetapi malangnya or nasib baiknya, pembaikpulihan dapur adalah tak termasuk dlm bajet 2011 ari tu. so aku redho tgk dapur takda tempat simpan brg yang cukup, dan pinggan cawan sentiasa penuh di tepi sinki sebab dengan anak2 yg membesar, impian nak mendapatkan clean cut kitchen yg semua brg dlm lemari itu adalah anganan yang melangkaui langit ketujuh..

so jgn berhenti berangan, aku nak dapur yg comel and cozy, utk semua ahli keluarga. insyaallah..

luv..

2 comments:

  1. hehe..suka baca psl projek DIY ko nih..aku kan sama cam ko kalo rumah sepah akan menjerit 14 desibel jugak haha


    aku pon ada meja mkn kecik kat dapo..tp aku nyer beli kat ikea hehe..tgk meja ko dispray rs nak mendiy jugak meja mkn aku tu..silala tunjuk peralatan spray dgn segera ya..

    ReplyDelete
  2. Ma, apa kata kita xchange umah kejap. Aku sepahkan umh ko and ko kemaskan plus DIY kan umh aku tu. hu3x. Aku sentiasa menymoan angan2 tuk umh cantik, berbuku2 majalah dapur, impiana, glam deko etc kat umh, but just perhiasan cos aku MALAS. Ha ha aha

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..