April 27, 2012

a traditional mother

salam..

hai..

hari ni baca status update wardina safiyyah, dia tulis finally tv besar gedabak dia rosak. sebab dia opt for no tv for her children..

ada juga baca cerita2 dia. masa dia membesar memang bapa dia tak benarkan dia tgk tv.

pas tu dia update anak dia takde ipad mcm semua org assume..

mcm aku byk juga belajar cara menghandle anak2 thru internet..

mcm baca blog MK tau anak dia pandai baca English belajar melalui buku Peter & Jane, so aku mula ajar along alhamdulillah sekarang ada byk sgt progress. tq MK @ athan..

lepas tu tgk blog wardina baru tersedar ye kena ajar along semayang 5 waktu sehari sebab bulan 8 ni dah 7 tahun. memang perit tuh baru dpt 2 waktu je sehari padehal lagi 3 bulan dah 7 taun.. baru buat2 teringat anak 7 taun kalau x semayang kena rotan padehal memang dah tau. harap2 Allah mudahkan. ada sekali along semayang maghrib sendiri sebab papa lambat balik aku mcm terharuuuu sgt. dulu kami jemaah sekali tapi ada princess sering buat aksi akrobatik tak terkawal n kalau time period ada persoalan2 so aku opt for semayang asing2 dulu. and lepas semayang dia akan doakan aku siap bgtau "mama abang doakan mama sihat tadi"----> nak nangis. kdg2 time period aku mintak dia doakan aku cantiklah, biasalah over sekali-sekala kah3x..

pendek kata, bak kata wardina, apa yg kita baca akan mempengaruhi kita. bagi aku ia juga akan mempengaruhi keluarga kita.

bulan ni berjaya pujuk papa buat parental lock kat cartoon chanel astro, so kurang sikit the ben10 series tu kalau dah bosan biasanya dia akan bereksperimen kat bilik.. sebenarnya aku mintak buang terus tp biasalah dak papa x sampai hati.

aku sebenarnya memang tak suka anak terlalu tgk tv sgt, or high tech sgt. tp dak papa lain pulak. beliau pembekal psp etc dan kalau ada duit nak beli ipad lah. konon nak bagi aku padehal aku tau nak bagi anak main gamelahhhhh. sori aku mmg tak minat letih nak bawak handbag pulak murah (*apa kaitan*) kalau nak belikan desktop apple flat screen letak kat rumah.. hihihiiii. demand nampakkk kak senah..

masa buat lock astro channel tuh reason kitorg tv tetiba rosak hahaha.. so anak2 mula tgk TVIQ hihi backyard science bagusssss..

apa-apapun kita semua harap yang terbaik untuk anak2 kita kan..

semoga semua yang kita buat mendapat berkat drpd-Nya. Aminn

1 comment:

  1. x salah aku umur 10 thn yg kena rotan kalau x solat..7 tahun kena mula ajar..kalau aku x salah laa

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..