April 12, 2012

DIY: almari tv

salam,

ok ini entri yg takkan habis..

sebab ada gambar semasa.. projek saja, gambar sebelum.. di henfon papa, selepas.. aku belom amik sebab belum habis susun brg..

kpd yg tgk rumah saya tima kasih lah kot ada yg kata cantik, tp sebenarnya biasa ajeh.. itu kemas pasal org nak dtg rumah. kalau hari biasa tambahkan hiasan surpriseee eric leong seperti kasut sekolah, high heel adik dan senapang di perbatasan.. yelah macam korang tak paham feel anak2 kan hihi.. peel aku ada jugak suka perokkan magazine sokkabar n baju2 tak pakai tepi pintu.. wikend baru nak alihkan.. pitam..

pendek kata, hal2 perumahan ini telah diberangankan oleh saya sejak 8 taun lepas. to those yg kenal saya secara personal tau saya lead a very simple life.. projek perumahan yang terbaru ini saya dah kumpul duit utk beli brg2 yg kami suka adalah lamaa. kebetulan ada rezki murah sikit taun lepas so kebetulan Allah mudahkan jalan.. ada bank byr yg selebihnya bayar sendiri.. takdolah kaya semua nak bayar cash huhu..

so sekarang dah kering marilah kita kumpul duit utk anganan yang akan datang yea...

jgn berhenti bermimpi okeh. sebab aku kalau berangan ngan dak papa, mesti papa cakap 'insyaallah'. yang itu pun sorang kemain positif bila isi peraduan petronas/shell, cara bergurau cakap ngan adik badik dia kata bulan depan insyaallah dapat 40k. yang adik badik lurus ingatkan dapat bonus ke sekali papa cakap "iyelah mana tau menang peraduan shell tadi isik borang hadiah dia 40k"(dengan muka mintak penampar). yelah org suke ingat laki aku ni pendiam padehal aku aje tau dia mcmn..


ok berbalik kpd tajuk, aah aku memang suka lari tajuk, kak ipar aku tanya nak ke lemari tu. dia dah tak nak. kondisi teruk dah sebab dah guna lama, kusam kaler coklat gelap. lemari tu dibeli di kedai recycle furniture. family pak mentua aku suke beli barang di kedai recycle, tapi kedai ni menjual brg2 yg diambil dr 5 stars hotel yg nak let go brg2 dia.. depa touch up sikit n jual...

kalau produk2 hotel 5 stars tau jelah kekukuhan dia kan..

so aku pulak rasa nak sebab nak simpan khazanah album2 dan buku2 lama aku yg sekarang aku perokkan bawah katil akibat takde tempat, dan jugak konon nak buat mini library dalam bilik, padehal almari ni kecik aje.. ada hati nak letak novel yg tak sampai 10 ketui tu. sebab bile letak kat lemari along, depa buat main jual kedai buku pulak. tak boleh ok.. aku ni brg ada kedehkut sketttt..

so dak papa pun spray. beli spray murah aje tujuh ringgit setin. maybe pakai dalam 3-4 tin jugak. sekejap aje dalam sejam dah kering.. berat humang aiii, terpaksa keluarkan laci kalau nak angkat..

iye laman aku memang tandus gitu. harap sebelum raya dapat suh dak papa tanam rumput karpet sebab dia ada hati nak buat kolam ikan dia (walaupun takde masa).. cuba kumpul duit lagi dlm tabung gajah. dia kata dia tak boleh hidup tanpa ikan.. aku iyekan ajelah. drpd dia kata tak boleh idup tanpa rozita che win takke bala.. kdg2 kena guna saiko handle laki---->tiba-tiba

macam kak ipar aku selalu bising laki dia suke main kete control beli kete control kat e-bay abiskan duit, jawapan adik ipar aku pendek je, "drpd bang long abiskan duit kat gelpren???"

amboi laser mulut okehhh. terdiam ahkak long. terus masuk rumah cuci pinggan..

ok gambo selepas.. dlm minggu depan okeh.

lepas aku dpt idea cemana aku nak sumbatkan album2 (ada lebih 30 album kecik, yg besar ntah baper ntah), skrip teater belakon kat ukm, nametag kamsis laila, normah syg nak buang boleh gelak setiap kali tengok, nangis tengok muka sendiri bulat masa spm dan ukm (what s the difference now?), buku resipi, majalah dan ntah apa2 lagi khazanah mcm scrap book along lahir, scrap book sambutan bday along yg pertama....

dan macam2 bende lagi..

rasanya kena buang jugak separuh.. majalah dan kertas resipi..

ada sesetengahnya aku dah simpan dr Form 3 kot.....

sentimental jugak aku ni huhu........

aku jatuh cinta kat gambar from paint me white ni.. mcm tgk byk kali berapa kali scroll pun still hati cakap ok saya suka yg tu jugak..


hmmmmmmmmmm

ok baiiiiiiiii

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..