February 13, 2012

tips ibu yg kengkonon sibuk

assalamualaikum..

hihi sekarang aku jrg buat entri bergambar..

yelah handphone tahap ngeri dah tak boleh ambik gambar..

kamera pulak sokmo tinggal rumah..

ok baru2 ni aku ada lah baca satu artikel kat satu website parenting nih..

biasalah register jadi ahli, tapi baca artikel nya jarang, melebihkan membaca blog2 orang tehehee..

so baru2 ni artikel dia lebih kurang "macamana mendapatkan satu jam rehat lebih bagi ibu yang sibuk?"

mcm kelakar pulak ayat tu dia actually mcmana menjimatkan masa lah..

so baca punya baca ada berpuluh2 tips di situ yang mana ada antaranya dah diamalkan dan memang berkesan..

1. senaraikan barang2 yang ada di dalam peti sejuk

ok aku dah lama nak buat tp nampak mcm over. pikir nanti mak, mak mentua datang rumah mcm tak cool apabila lihat list "3 ketul ayam, nuget, roti canai segera" di bahagian freezer..

but trust me. buat 2 list. freezer 1, bawah 1. kulit popia yg beli dr tahun lepas macam sedih tgk muka aku. iyelah beli kemain lagi, buat popia ada le 8 ketui out of 50 keping.

lepas tu bahagian bawah baru sedar ada ikan pekasam kedah, tempoyak, lempuk durian, sayur biasa lah kalau beli sawi akan jumpa balik dlm keadaan nyawa2 ikan. masa beli sayur bukan main menyahut saranan kementerian kesihatan, macam nak jadi vegetarian..

tidak dilupa brg2 buat kek seperti butter, coklat rice, marjerin tehehe bukan main cantik tersusun..

ok kita memanglah sering jenguk peti sejuk kita tu. tp kita selalu lupa benda tu ada.. berangan kau tu vanessa trump, tiap kali pi shopping gigih seploh kali beli brg sama bila sekali sekala angin rajin menerpa..

aku listkan jugak stok makanan kering dlm kabinet. sedar diri rupanya ada 3 beg ketupat, spagetti yg along selalu suruh buat, serbuk agar2, sos spagetti, tepung kek moist coklat..

so hasilnya, tidaklah kita membazir berkawan ngan syaitonnnn. kita akan masak according to list bembahan yang ada. ini tiap2 minggu menu sama... pitam..

last wikend, aku buat lontong. selalu along cakap "mama, mak long kan buat ketupat, besttttt". aku pulak sentiasa cakap "aah nanti mama buat" sambil hati bergetus "apedehal masak ketupat" dengan takabbur sekali.

sekali aku buat hari ahad ari tu, dengan gembiranya along cakap, "mama.. mama pandai buat ketupat ke?? bestnya????""

tskkkkkk.. kesian aku ni. kalau tak dek kerna list tu, sampai ke sudah anak aku tak tau aku pandai rebus ketupat segera..

potang ni, nak buat tomyam udang terhebat. nama biasalaha kalo bukan mcm masterchef haruslah mengangkat diri sendiri wakakaka. udang ada, serai ada, cuma beli sayur jeeeee. goreng kangkung n telur dadar..

tq persenaraian.. iluv ya..

ingat tampal di depan peti sejuk/ kabinet. jgn buat macam diari nanti lupe..

ia sebenarnya menjimatkan masa kita dari dibenci peti sejuk akibat termangu2 depan peti sejuk petang2 tak tau nak masak apa, mengelakkan memarahi anak2 apabila berkehendakkan makanan yg tiada stok, menjadikan kita lebih dihormati sebagai pemasak yang pelbagai gitteww...

ok berjumpa lagi di lain tips..

bye..

2 comments:

  1. tergelak2 aku membacanya memang betul sungguh la sebala yang ko tulis ni dak ana. sawi hidup segan mati tak mau mmg selalu menjadi mangsa aku. pastu lupa pulak ade tepung lagi ke tak kt rumah bila nak buat cekodok tu..beli jelah..kang takde kang tk dpt pulak mkn cekodok. skali balik umah ade 2 peket. haruuu...

    thanks - aku akan praktikkan menulis diary fridge di pintu fridge.

    ReplyDelete
  2. hai love..aah aku suka tips ni. pagi2 gaya menganalisis barang dalam peti sejuk tu dahsyat. bile tau petang nak masak apa, macam cool sket..

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..