February 14, 2012

perkahwinan inspektor sahab


assalamualaikum..

hihi.. aku dulu suke tgk citer hindustan. tahan tgk setiap sabtu petang. itu pasal terma inspektor sahab adalah melekat di ingatan..

tp eh.. aku pun suke tgk citer cina petang2 kat tv tu..

pendek kata, kau memang hantu tvlah senang..

ok.. sepupu aku kawen last week. dia ni inspektor. mak sarjan, abg bakal jadi ketua inspektor di kuching. pendek kata keluarga kepolisan lah.. kira yusof haslam kalau tau memang ambik derang berlakonlah.. tetiba.. ok tak kelakar..

dipendekkan cerita aku yg jarang pendek ni, si inspektor sepupu aku ni kawen dgn inspektor jugak..

ok selalu ko tgk tv merepek2 merapu inspektor polis cun lepas tu seksi kan.. erra faziralah..

memang betul..


bini sepupu aku ni tinggi dan cun macam model. slim habis---->> tertekan..

tapi dia pakai tudung okeh.. sopan..

sepupu aku ni aku akan sentiasa ingat dia sebagai antara orang yang tolong bermati-matian masa aku kawen..

masa tu dia belajar kat utm lagi. amik engineering okeh. datang masa aku nak kenduri kawen dengan motor cabuk dia tu, tolong seharian. nak cuck bunga manggar dia pi amik buah betik muda mak aku. aku akan sentiasa ingat orang yang berkorban gitu untuk aku..

dia kawen kitorg sumer happy. dah le majlis punye tersusun ada pre wedding shoot, gambar display kat khemah/dewan belah pompuan. ada grup bikers from kl dan melaka assist masa berarak.. happening..


tapi aku tak pelik sebab dia ni memang menghormati orang dan friendly.. patutle ramai kawan..

tapi plg terharu, dia buat wedding ni kat umah atuk aku, tempat aku dillahirkan, membesar adik beradik..

mcm terharu bila kat rumah tua tu, ada "sword barrel", betul ke eja yg skuad bawa pedang then perantin lalu bawah dia tu, dibuat di atas red karpet di rumah arwah atuk aku tu..


kalu kat belah perempuan ari tu siap ada bagpipe platun mengiringi perantin berarak. mmg jakun okeh first time tgk.. ialah nak harap pi perarakan merdeka lebih sanggup tido kat rumah..

dulu abg dia kawen org sarawak so di melaka buat simple aje..

aku bangga sgt, sepupu aku, inspektor dapat penghormatan jadi polis di majlis perkahwinan dia..

yang dibuat di kampung aku..

mcm penjawat beruniform ni, mesti rasa bangga dpt upacara kawen yg special ginih..

tak sangka, dah besar dah si apis ni, dah nak jadik bapak orang...

(pengantin sampai dgn konvoi melaka n kl bikers. semua mcm terpaku)

(mama ngan along yang taknak bergambo dengan alasan dah rongak)

(budak demok busyuk)

(along yang ambik gamba ni di 'tangga keamanan'-tangga kitorg selalu lepak/abg aku terjun kalo bapak aku nak rotan)

selamat pengantin baru inpektor apis dan su..

semoga bahagia ke anak cucu..

amin

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..