January 26, 2012

a place called home

assalamualaikum..

aku penat.. yess..

bila sampai ofis, rasa macam cakap .. ooh, ahhhhhhhhhhhhh.. lega..

(*normah sila jangan berfikiran serong dgn bunyi ooh aah itu*)

betullah MK kata, office is our little escape..

rumah da siap 80%, tinggal cat and tiling. ya tuhanku kau berikanlah kekuatan utk aku menempuh minggu ini. rasa macam nak bagi duit lebih kata abg cat and tiles suroh dia siapkan cepat..

hari minggu hari tu ada kenduri dan birthday party..

buat julung kalinya dalam hidup aku, aku rasa bosan + nyampah nak pi tolong kenduri or birthday party.

yelah party pukul 3, kenduri malam lepas mangrib utk anak yatim, lepas isyak untuk orang surau.

preparation sehari sebelum.

2 org dgn biras gunting perut lembu 13 kilo, bersihkan daging berkilo2, ayam and kambing-kambingan.

ada kau rasa nak meraung tak??

kdg2 aku harap aku ada ramai biras yang rajin, or mcm famili aku kakak ipar semua mmg rajin/pandai masak.. aku n kakak aku biasalah rajin ala2 gitu kah3x..

tidak dilupa menjaga anak 2 tahun bukanlah mudah ye..

akan bergaduh merebut barang. along berlasak dgn sepupu lelaki. kejap karang datang ada kecederaan di lutut etc.

kaki dah mengigil-gigil berdiri..

mata cam nak tercabut..

tapi tak sampai hati, orderkan belon helium merah putih utk party..

bersihkan tempat party sebab kak biras tak boleh buat keputusan nak buat kat mana..

bab keputusan memang beri kepada aku. siap2 kemas, arrange kutleri etc, kena pulak jadi bidan terjun jadik game organizer.. sebab yang dilantik lambat sampai..

ok aku memang tak minat. ko suruh aku kemas satu kampung aku bleh buat. tapi bukan jadik organizer.

tapi tak sampai hati, jadi jugak dgn muka melengas2, jerit panggil anak2 dgn suara gurubesar, yang diwarisi dari of course cikgu ali, dan bermulalah permainan itu..

sekali rasanya memang it is in my blood cehwahhhh seronok pulak kita organize bawak bola dlm sudu, menari paling hip di atas kertas, carik gula dalam tepung dan entah hape2 lagi.. ada pulak dj bukak lagu kemain kuat yg best2 terus gembira.. ye rasanya itu juga memang in my blood iaitu menyanyi dan beriang gembira..

dan dak adik pulak gembira menari tanpa henti2 sambil nyanyi masa parti ya tuhan perangai siapakah yang diikut ni kih3x..

sekali sekala jumpa kakak2 sedara aku ni kelakar jugak kitorg menggelakkan budak2 ni..

habis parti, clearkan pesta baling tepung tadi dan get ready utk kenduri malam..

aku tau walaupun mulut aku ni memang macam hawau *kenkadang/ and/or selalu*(potong mana berkenaan) aku tak sampai hati tak tolong mak mentua dan kak ipar aku nyer parti..

balik rumah, pulak berdebu deban dan anak2 tak nak tido lagi. last2 semua bergelimpangan tido tgh2 alam rumah tu..

ya allah kau berilah kekuatan utk aku menempuh semua ni..

semoga rumah aku kembali normal minggu depan..

yeah...

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..