January 11, 2012

flying kiss ahaaaa....

assalamualaikum..

lately ni aku mcm hilang idea doh nak menulis..

takde idea..

projek masak2 pun kurang. last week masak rendang ayam negori konon hahaha gembira sebab habis cepat. pangilan negori sebab beli rempah homemade dr mamat dr gemencheh, negori sembilan.. malas nak ambik gambar sebab aku mmg pemalas.. hihi

weekend aku biasa masak lebih sambal untuk stok seminggu, manakala ada le satu lauk lagi untuk sampai ke hari isnin. hari2 lain cuba utk masak mana yg boleh.. sambal sgt penting bg aku untuk meneruskan kehidupan bersama dak adik di dalam komuniti tak makan pedas.

along so far ok di sekolah, dapat kelas yg baik, cuma ada beberapa kekonfiusan seperti:

1. dia tanya kenapa dia takde kawan - padehal dtg sekolah terus gembira duduk dengan kawan2. aku rasa maksudnya adalah best fren. yelah kelas sekarang takde kawan tadika dulu. aku cakap biasalah awal2 belum ada lagi.

2. tengahari aku gilir2 amik dia ngan papa dia. so dia assume kalau masa tadika dulu amik petang terus forever ever after kita berempat sekeluarga bersama hidup bahagia sampai malam. sekarang balik tghr jumpa kejap dah kena pegi sekolah petang. dia konfius. sekali bila aku cakap lepas hantar dia tu, aku kena pegi keje balik, papa pun sama, dia tanya, "ooh mama tak pergi jalan2 le lepas tu ye?"

laa..ingat kene tinggal rupanya anak aku ni.. yelah rumah aku kan dekat sekolah dia. so dia ingat once aku balik, balik terus. tidak nakk, ibu kembali mengadap ofis nakkk..

so malam bila nak tido dia cerita ada sorg girl kelas dia buat flying kiss kat dia..

aku tanya cemana.. dia pun tunjuk..

terus kitorg berempat ketawa berdekah2 satu rumah sebab along boleh perasan pulak. dak adik pun tumpang sekaki walau tak paham isu.. aku siap buat soal siasat who, when, where ahh soalsiasat serah aje kat inspektor sahab..

kat bwh selimut kitorg gelak2 lagi..

aku cakap sebenarnya budak tu nak menguap or korek hidung, bukannya nak flying kiss dia.. along yg perasan.. siap buat contoh penggayaan..

sekali lagi, pecah berderai ketawa 4 beranak dalam sibuk2 nak tido tu...

hadoihaiiii.. ko tengok nak tido pun masih le nak bergelak ketawa bagai..

anak.. anak..

macam2 kisah dan cerita..

apa2 pun mama cam along, tak sabo tggu jumaat teeheeeee..

ok bye..

*tajuk atas tu kena baca mcm lagu lama, "knowing me, knowing u ahaaaaa"*

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..