December 5, 2011

melaka wildlife theatre

assalamualaikum..

hai.. last week tidaklah berapa quiet wikend. sebab still ada org kawen. tp papa cuti (ini jrg2 berlaku okeh) so kami pun berhempas-pulas mengemas rumah, dan menyetelkan apa2 yg patut..

ptg sabtu lepas pi weding kitorg pi melaka wildlife theatre. actually tempat ni dekat sgt dgn ofis aku, dalam 5 minit naik kereta je.. mcm petang2 kalau bosan kerja boleh pegi tengok anjing laut?? -_-" (*pitam*)

kamera papa x bwk. gambar kamera phone gelap so aku try google around ada facebook rupanya.. so photos are taken from the facebook acc and ada 1 gambar ditag.

ok sgt comel anjing laut dia okeh. dua ekor. mike dan john. tepuk2 tangan adoi2 comel.. tgn pendek2 tembam.. (*similariti dgn tgn sendiri?*)


sebenarnya aku dah malas nak pergi tempat ni sbb dah penat tp disebabkan dah membgtau dua org kekanak riang tu, maka terlajak perahu boleh diundur, terlajak berjanji kpd kanak2 badan binasa. dak adik dgn mulut muncung dia tu berulangkali mengingatkan "adik nak tengok anjing lauutttttttt"". dak abg jgn ckplah, setiap jam akan tanya pukul berapa tempat tu bukak.. iyolah nak kito poielah ni..

masa : masa masuk hanyalah 3-6 ptg shj. ingat. jgn sesuka hati dtg ingat mcm zoo. sbb sekrg ni tak ramai pengunjung lg so dorg limitkan masa or nak bg anjing laut berehat ke agaknya.. mungkin..

yuran kemasukan : dewasa rm20. kanak2 bawah 4 taun free. kanak2 atas 4 taun rm15. warga tua pun sama. tp along kan dia kecik sket, dorg tak kira. so kitorg byr 2 dewasa jer hehe..

aktiviti dia fun jugak. tp mcm lomah sebab ada pilih2 penonton utk join dorg. ini yg aku lemah ni. aku bab2 memberi galakan tu serah pd aku, siap phewiitt org pun boleh. tapiiii, jgn suh kitorg join, malu... (*tau pulak malu, phewit2 org kat karoks org kawen x tau malu*)

ada jugak surprises ada beg isi ular kat bawah tempat duduk lah, ular dlm tong sampah lah. ular dlm pasulah. hampess betul. terkejut mak tau.. ada ke beg tu kat ujung row aku pulak. melompat aku masa dia keluarkan ular tu.


ada byk haiwan jugak yg dikeluarkan. semuanya dikeluarkan secara surprise. ko x leh sangka..

last sekali si comel anjing laut yg boleh buat mcm2 aktiviti.. br 8 bulan umur dia comel sgt tau.. dia mcm kuat penjeles tau. bila si mike buat show, org ramai tepuk tgn utk si mike, yg lg sekor si john terus turun dr podium dia pi take over podium org tu. suh org tu ketepi. kelassss kau john. "berani kau nak caras fofuleriti aku"?? (*bisik hati kecil john*)---> maafkan penulis sewel..


dan juga tarian etnik sarawak yg dibuat secara fun.. ada jugak pilih penonton utk join, huh takdelah aku nak join, terus baca doa mengelak dipanggil lecturer masa kelas puan naaishah civil law dulu.

after all, memang seronok.. drpd bwk anak pi shopping je baik bwk pi tgk anjing laut, ular2 nih..

cuma kdg2 budak2 boring pulak bile lama sgt bercakap. anak2 aku dah naik turun naik tangga dah

bila anjing laut keluar baru semua dok diam..

so nih plan utk ke tempat dia. ofis aku seberang sungai jer berdepan dgn wildlife theatre nih. pagi tadi baru perasan aku boleh nampak theatre nih dr parking..


actually melaka ada a few tempat utk kanak2 lagi mcm waterworld di dataran pahlawan dan wetworld wonderland tuh..

x sempat selalu so cuti ni akan bwk anak2 berjalan.. insyaallah..


selamat bercuti ke melaka.. melaka world (tetiba)

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..