December 19, 2011

budget birthday party


assalamualaikum

aku rasa korang pun tahu aku ni gile party. actually aku suke plan majlis. sejak ada rumah sendiri sifat ni macam berkembang dalam diri aku. bg aku dpt peluang organizekan party, rumah terbuka tu mcm besttttttt sgt. aku suka masak ntahapa2 aku tu. org dtg makan.

sebenarnya pengalaman ini dikutip dr pemerhatian, try n error, budget dan sama ada kita nak cuba atau tak..

ini BUDGET PARTY okeh.. so kpd sape yg suka mengadakan parti besar-besaran, x berapa bergunalah sgt entri nih hehe.. baca boleh tp jgn kutuk..


so, bagi ibu bapa yg sibuk, tak kiralah bekerja sepenuh masa ke, suri rumah ke, ini ada sedikit tips utk mengadakan budget party, open house ke. kita memang sibuk tp kita kena:

PLAN... super duper maha penting okeh.. tips ni adalah persediaan yg lama. maknanya aku buat semua tu dlm masa berbulan-bulan. takde masa aku nak siapkan barang2 list ni sepantas kilat. satu hari 1. bile free boleh buat..



1. sediakan 1 party book. sgt penting. ambik diari lama/baru ke tulis besar2 my party book :B. sampai bila2 boleh guna.

2. listkan tetamu yg mungkin dijemput. nak bajet brapa org neh.. nak buat besar jemput setaman ke, kengkawan ke or family ke. listkan je. kalu ada bajet jemput.. listkan jugak keperluan tetamu yg kita ingat, contoh ayah: x makan seafood, mama: x minum air manis. sgt berguna di hari muka..


3. listkan makanan yg mungkin dijamu. pilih yg semua org makan budak2 ke org tua ke. mcm kita remaja ni lagilah tak kesah, khannnnn.. jgn lupa dessert, buah, kek, junk food. iyelah dah party takkan le nak skema nak suh budak2 makan lemang pulak.. pilih yg senang masak. contoh ketupat boleh makan dgn soto, sambal daging udang, kuah kacang.


4. listkan brg utk goodie bags. kalau party ada goodie bags kan. tips, tak pyh beli goodie bag mahal2, budak2 ni biasa lepas keluarkan brg akan campak beg tu. so carik yg paling murah. krg buat sakit hati parti dah habis ko tgk goodie bags mahal kau ala2 kotak mcdonald tu terdampar kat lantai. aku beli kat Tenten store 10kpg RM3-90 okeh.. goodie bags boleh carik yg bertema kartun ke. kena survey.. bila jalan2 mcm nampak jgn kedekut beli aje sikit2.


5. survey utk games yg boleh main. kalau nak senang order macdonald n pakej dia. tp aku x brapa berkenan sebab kalau buat kat mcdonald mcm susahkan tetamu nak pergi mall, org tua mcm mak bapak aku mesti tertekan tu kalau kena pegi. makan pulak makanan moden, tak kenyang. kalau buat kat rumah pulak, air, burger mcd ni akan sejuk dan x sedap dah tggu habis main2 games ni. lebih baik, pggil org yg ada kebolehan utk organize games ni. sepupu sepapat yg kepoh ke. ataupun google around ada kedai jual brg party ni ada jual games, sediakan badut, magician..


or takde games pun x pe, kanak2 kan hidup di alam fantasi. dorg akan main dgn sendiri tanpa disuruh..

aku cuma dirikan khemah kanak2 yg beli di ikea, tesco, bentuk istanalah, iglulah. haa mainlah korang sendiri. or beli topeng ke..


6. listkan pggan mangkuk, mangkuk hidang, bufet set ke yg kau ada. kalau ada bajet, beli sikit2. kalau x de pinjam. tp pinjam adalah letih ko nak pulangkan bagai. dah le penat kemas, nak pulangkan meja lipat, kerusi abg aku, bufet set mak aku, mangkuk makan sup mak mentua.. itu akulah.. letih tau. so aku beli sikit2 skrg buat parti tiada langsung unsur2 pinjaman secara konvensional gitu heheh.. meja bufet beli di mydin 60 hengget je. make sure brg dibeli adalah affordable, recyclable utk open house nanti ke, mudah lipat, simpan. iyelah rumah kita kan comel khannnnn..

pakai pggan kertas pun ok, beli yg biodegradable punye. kat jusco ada..

kalau piring kek tu mmg senang pakai gerfu plastik makan boleh terus buang sebab lekit..

7. listkan jugak brg2 tambahan mcm alas meja, tisu, bekas cuci tangan, pencuci piggan, air masak, tong sampah, plastik sampah. kena pikir in detail sape yg dtg. macam org tua suka minum air masak. so siapkan 1 bekas air masak. sebab tu kena ada buku bila teringat, tulis paham tak anak2? ini utk elak masalah bende tu takde stok kat rumah kau. bila tetamu dtg rumah kenalah siapkan alatan keselesaan seperti toilet bersih wangi, telekung kain pelikat etc. dorg kan akan duduk lama..

8. bajet.. haaa ini plg penting. kalau ada rezki lebih boleh jer organize di hotel/ tempat lain. tp kalau rasa buat sendiri pun ok kat rumah. famili boleh dtg lepak lama2 makanlah lapanblaskali pun x segan. aku kalo buat mmg dari tghr sampai ke malam rakyat jelata berkampung. takpe nak kutuk masakan aku pun x pe, asalkan ko habiskan semua yg aku dah masak. bajet parti aku adelah RM1,000-00 kebawah termasuk semua. masak sendiri, goodie bags for kids n parents, brg2 nak masak, belon2, hiasan, kek etc.. nak tau mana boleh order makanan yg sedap, tanya pada katerer yg ko kenal personally. jiran aku keterer perkahwinan, dia recommend roti jala super marveles sampai bile org nak dtg rumah aku akan tanya, ada roti jala cam dulu tak?


9. memory snap shot. jgn lupa kamera, video recorder. kena ada org tlg snap, record. kalau tak jadi cam aku mmg tak byk gambar..

10 listkan hiasan belon, flyers, banners. beli yg general ajelah. krg beli yg ada logo spiderman ke taun depan dah nak kene beli batman pulak. haruuuuu.. ingat kita budget party maaa... aku buat serentak utk 2 badik tu so jimat..

11. penjimatan. setelah lama aku buat party bodos2 aku ni, aku ni suka sgt nak berkraf-kraf tapi x reti. aku collect kotak mcdonald budak2 tu dr awal taun utk extra goodie bags for parents yg dtg. ada le yg selamat dlm 10 kotak aku sorokkan. ingatkan nak set tema utk kotak tu deko2 patchwork ke.. lupakan. hodoh jadinya..

moral:akui fakta diri x kreatif..

beli barang mcm cikedis, coklat mainan goodie packs pun ada di kedai borong. selalu satu karung tu baru 7 hengget okeh. bg yg kat bandar susah kot tp aku mcm senang sbb duduk di desa gituuuuuu..

12. lagi sebulan, set the theme, kaler belon. bila nak order. buat checklist, due date sebab kitalah pengarah projek. satu2nya ajk adalah laki kita hahaha. mana nak sorok brg? krg anak nampak cikedis dibalunnya satu karung pulak.

13. lagi 2 minggu, plan. kalau masak sendiri, bila nak beli barang. order belon helium. kat melaka satu belon RM2 siap tali besi pemberat. ada sesetengah masakan ko boleh buat pes dia dulu, or masak dulu then frozenkan ke. sambal boleh masak awal, simpan dalam freezer. bergantung pd makananlah. kalau nak order makanan, bila dah order confirmkan balik..

14. lagi seminggu, periksa checklist. ok tak. bersedia masak. arrange sape nak amik brg, beli apa. mcm aku ada list utk papa. list wajib dia pd hari kejadian, beli ais, buah, amik kek belon.


15. hari parti, deco, amik kek. have funnnnnn.. bersedia utk apa2 kejadian disaster seperti tetamu tersampai awal, tiup belon x kembang2, gas masak habis, abg sate tak siapkan order on time.. hmm macam tulah


apa2 pun, itulah secebis kisah suka duka aku menghostkan parti kecil-kecilan di rumah sendiri. drpd order masak sepenuhnya dgn org, then separuh aku masak, separuh order, sampai lah skrg aku masak semua sendiri.

kepenatan adalah tidak dpt diungkapkan dgn kata2..

tp kegembiraan adalah MAKSIMA..

lepas parti jgn lupa simpan brg yg boleh direcycle dgn elok, taun depan kita bukak balik kotak tu... hehe..

yg penting, plan, prepare n recycle.

bye..

(*bersempena besdei saya esok hehehe*)

* 15/12/2014 hai. Saya dah lama tinggalkan blog ini dan post ini ada 3600 visitor. Sekarang saya candy buffet planner dan penulis ebook panduan candy buffet. Anda boleh ke www.bisnescandycoco.com/blog untuk candy buffet yang ditempah dengan saya & tip candy buffet comel, dan  ke www.bisnescandycoco.com untuk melihat details ebook. Terima kasih uols ;) .

5 comments:

  1. salam kak,

    nk tny, kt ne akak order belon 2 kt mane ye kak? sy org melaka jgk..hehe..jasin

    ReplyDelete
  2. Hai,akak oder kat SEMABOK.dia kalau kita dr arah jasin/duyong,kat bawah flyover semabok.no dia 0162660601.

    ReplyDelete
  3. belon? kalau kat kajang/kl leh try order kat Glowing Party House www.facebook.com/glowingpartyhouse ;) pure helium, bukan self made hydrogen yg boleh meletop.

    ReplyDelete
  4. hi glowing party. tq for dropping by.. ooh x tau pon ada beza helium ni..

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..