November 9, 2011

this too shall pass-a tangled fb tales

hai semua..

buat-buat gembira..buat-buat gembira..

semalam kawe tensi.. entah hapa2..

terasa diri membosankan..teringat pulak dulu masa form 5 si 'ila haifanah' kata i membosankan..(tips: terbalikkan ejaan nama)..memang hawau kau si ila haifanah. mentang2 ko nak ngurat si 'on-g' (terbalikkan lagi ejaan) kau kata aku membosankan tehehe.. terus skrg si ila haifanah tak dpt dihubungi di facebook. kebanyakan classmates telah ditemui di situ..

jadi apa motif penulisan ini.. tak tau.. terus taip ooh baru nampak tajuk..

sape apa facebook, maka dia akan taulah byk stori mori yg akan dibaca, ditag. ada sepupu jauh aku sorg tu asik masuk kolum "aku berkorban demi melihat kau bahagia". every 5 minutes aku rasa dia tag gambar sedih org menangis lah beserta kata2 hikmat seperti "kite sukew kalau awak bahagia. kitew berkorban". aku sure 115% ex boipren dia still dlm friend s list dia lagi. dgn harapan ex boipren dia baca.

last sekali aku baca kakak dia sembur dia kat fb "berentile tag gambar2 yg memualkan org. yg penting kau tu belajar dr kesilapan bukannya tag bende2 ni"..

dengan itu, i rest my case..

ok mcm kes di atas, boipren dah carik lain, osah eh dik kau nak terhegeh2. lg kau terhegeh2 lg naik lomak eh dio. ini putus cinta ni cinta monyet kambing sumo ado. besok ko dah kawen, gaduh laki bini, anak sakit, anak domam tak tido malam baru kau tau langit tinggi rendah dik ooiiii.. ini sumo roman picisan neh (tetiba)

this too shall pass

ada 1 story pasal "this too shall pass" kat fb jugak. ini mcm cerita buatan org tp mcm best. psl raja ni minta nasihat dr pembesar2 apa nasihat terbaik. so setelah bermuafakat, pembesar2 menulis satu ayat nasihat plg berguna, yg hanya boleh dibuka raja di saat2 plg susah dalam hidupnya. ok raja paham.. baginda berlalu riang..

masa berlalu, sampai masa kerajaan diserang, raja dikejar bersendirian hingga ke tepian gaung, derap kaki kuda musuh dapat didengar sedang berkejar ke tempat raja berdiri, raja takde apa2 lagi, lantas, tingggggg.. raja teringat keratan supermak nasihat pembesar dahulu yg sentiasa dibawa. beliau merasakan inilah waktu beliau plg susah yakni masa2 terakhir dalam hidupnya.

bile dibuka, ia tertulis "this too shall pass". ooh omputes nampaknya raja. bygkan king arthur dlm citer merlin ye. kacak, gagak eh apa kau merepek ni..

raja melihat sekeliling dan membaca lagi "this too shall pass". eh kenapa kau bahasa inggeris ni. tulislah "ini juga akan berlalu" kan sonang. rupa2nya ketakutan raja utk hilang kuasa, untuk mati hanyalah seketika sahaja. rupa2nya gaung di belakang ada pemandangan yang sgt indah. kirenya, raja akan mati di tempat yg indah lah. macam org cina sanggup beli tanah di bukit konon bersemayam dgn tenteramlah. maka legalah siraja berdepan dgn kematian. beliau tersenyum lebar sampai ke telinga menanti musuh(*suke ati tambah tehehe*)

tiba2, kan citer merlin, rupa-rupanya bala tentera musuh tadi tidak menghala kepada raja. raja selamat. yeahooo..

raja pulang ke ibu negara dan mendapati negara juga tidak ditawan musuh. mereka telah menang. musuh2 rupa-rupanya telah lari. raja bergembira. kombang2 idung eh.. mereka berpesta..

tiba2 raja menyeluk saku baju besi beliau, mendapati kertas tertulis "this too shall pass" masih ada. raja terduduk.

rupa-rupanya barulah raja tahu bahawa kesusahan, kesenangan, kemewahan, kekuatan jua boleh berakhir pada bila2 masa.. beliau insaf lantas memerintah dgn adil dan saksama bersama permaisuri gwen bekas si dayang raja..(adaptasi citer merlin)

kesimpulannya ye anak2, termasuk aku sendiri, ada masa kita rasa frust, sedih, gembira yg amats, gedik tapi semua tu akan berakhir jua..

itu tandanya kite normal. kite cuma perlu teruskan hidup kita dan buat pilihan yg kita rasa baik. itu sahaja

sekian terima kasih..

P/s: i saved "this too shall pass" in my handphone. semalam terbaca terus rasa ok. feeling raja tu kau mampu??

1 comment:

masa untuk bersuka-ria..