November 14, 2011

his convocation, my tears

(gambar tahap atuk amik degree taun 70-an. maaf ntahhapa2 aku snap. gambar papa kendian ye)

assalamulaikum..

semalam convocation along..

aku x taulah org lain, tp aku nih kalau convo anak, mesti nak nangis..

bila tgk dia buat persembahan tu rasa cam bangga tak sangka dia dah besar dulu alahai besar lengan aje..

sampai je kat resort tu ok lah tgk persembahan anak2 ini. aku enjoy. ada part budak tu nyanyi solo nyanyi lagu fran, kau lilin cintaku, pun aku nak sedih..

padehal itu lagu cintaku, tp lirik dia mcm sedih:

"kau lilin cintaku
memberi nafas baru
di dalam dunia yang penuh kegelapan"

(kengkonon nak aplikasikan lirik pd diri pulak)

cemana budak tembam tu bleh nyanyi lagu fran pun aku x tau. bile pengetua siap suh mak bapak lambai2 tangan buat wave tu, tanda support kak tembam, wah aku over okeh, lambai2 beria..

biasalah. mak kan suke nyanyi2 neh.. kah3x..

sekali dah abis sume persembahan, ada 1 part tulis kat senarai acara "waktu bersama ibu bapa".

semua budak dikumpulkan ada dekat 40 org atas pentas, masing2 ada towel kecik kat tangan.

pengetua cakap "walaupun kita telah melihat persembahan comel anak2 ini, dimeriahkan dengan kebolehan mereka, markah yang hebat dalam pembelajaran, dan pelbagai puji-pujian, tapi jgnlah kita menilai anak2 kita dengan semua itu. kita hendaklah menilai anak2 kita dari hati kita yang paling dalam.. kerana merekalah bekal kita di akhirat nanti"

masa tu slide show tunjuk gambar budak2 ni dari awal sampai hujung taun.

mana gambar yg nangis dalam kelas awal taun, gambar boipren gelpren, gambar raya semua ada..

lepas tu budak2 ni membuat ucapan di atas pentas yg ditujukan kepada ibu bapa masing2.

ada yg cakap:

"mak, ina tau ina nakal. maafkan ina. ina nak jadi doktor. ina doakan mak masuk syurga"

ada yg blank tak tau nak ckp apa.

then mak si ina ni bangun dan pegi ambik anak dia.

masa ni semua dah start nangis. mak2 dan anak2. cikgu pun. pengetua jemput ibu bapa utk pegi peluk anak2.

along tak sempat cakap apa2.

aku ke depan tp sebab ramai tak dapat terus peluk dia. dia meraung dr celah2 budak yg mak bapak tak dapat capai. aku ke depan dan peluk dia kuat2. lepas tu aku lap air mata dia dengan towel yg cikgu kasi.

aku mmg rasa sedih sbb dengan perangai aku yg ntah hapa2 ni selalu marah dia, jadi monster bila dia malas belajar/ngaji, selalu merungut sbb letih, bosan dgn rutin yg ada padehal dia takde sape2 lagi di dunia ni kalau aku x capai dia..

pada hal dialah sumber kegembiraan aku sejak 7 tahun yg lepas..

tak pernah berlalu satu hari pun sejak 7 taun lepas yg aku tak mendoakan kesejahteraan, kejayaan dan kebahagiaan along..

dan ucapan ketua sektor JPN pun sedih "janganlah kita hanya mementingkan pencapaian akademik sahaja. biarlah anak kita boleh membuat keputusan yg baik di sepanjang hidupnya, walaupun setelah kita tiada

along, selamat menempuh alam persekolahan.

mama blogging pun utk along baca nanti.. kenangan2 kita.. itupu kalau mama x delete blog ni bile rasa tertekan kelak.. hihi

u know i love u..

just ignore the angry birdmama(*laki sesuka ati bg gelaran bile mama angin anak nak beli brg2 sekolah angry bird)

angry mama loves ya

4 comments:

  1. aku plak yg nangis baca entri ko nih..

    ReplyDelete
  2. aku baru baca tajuk & tgk gmbr dah bergenang air mata dah ana..hihih.. pastu baca laaaggiii la kena cepat2 amik tisu. dah la baca masa tgh mkn kuey teow breakfast. Dah ada org tanya pulak apsal air mata aku meleleh..terpaksa ckp kuey teow ni pedas..haha..

    congrats Along!!!

    congrats angry mama juer! aku syg ko ana.. entah baper kali ckp dah ni...tp betul i lep u.

    ~mk~

    ReplyDelete
  3. mek, aku pon baru pas attend graduation iman semalam...sedey part due org senior darjah 4 kot nyanyi duet lagi pebende tah...ade mention ayah ibu...then bile tgk slide show bebudak ni nye aktiviti skolah & xtra curicular ..aku rase amin pon touched gak p berpura2 macho menahan air mata ...wakakkaka

    tak sangka anak aku dah besor...walopun 5 tahun, sokmo dimarah kat rumah,taknak dengor cakap, suke melawan tp kat skolah, teacher di kata dia budak baik, bagus, dengar kata ...result ok wp no banyok .alsan teacher, budak kelas dia ramei bagus2 katanye ... alaaaa...budak 5 tahun,taknak push beria2lah bior dia enjoy life dulu, ni baru kire first step into exposure to school world kan..hahhahhaha

    ReplyDelete
  4. rina:kita semua adalah ibu emo
    anony:yelah aku pun nangis
    lel:mmg sedih kan. kita ni dah selalu marah depa. janji dorg happy belajar oklah tu.riso gak dia nak sekolah ni tp doa jelah. harap2 semua ok.

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..