November 3, 2011

chilli crab (konon2)


assalamualaikum..

smlm ptg terniat memasak crabbie (sesuka hati pggil gitu)..

tp tak sempat gugel jenguk2 blog MK ada resipi chilli crab dan ketam masam manis..

kengkonon terel tgk gitu2 terus memorize.. sebenarnya x sempat nak salin/print..

balik rumah terus cuba..

chilli crab fusion (hahaha akibat menonton Kellas Kau Maria..haha fusionnnn lah sgt)



Bahan2:

setengah kilo ketam
2 sb lada mesin
sesudu kecil cuka
sesudu kecil asam jawa adabi
sesudu besar kicap soya cair
sesudu besar sos tiram
2 sb sos cili, 2 sb sos tomato
1 labu bwg besar dihiris
2 bwg putih dihiris
1 inci halia dihiris
1 sk lada hitam serbuk, serbuk kunyit, garam
minyak
air.

Cara2:

Pergi pasar malam beli ketam. Suh pakcik potong sekali. eh kenapa korg baca kah3x.

Cuci ketam buang apa yang patut, toskan. perap dengan garam, kunyit dan lada hitam.

Goreng secara terendam or deep fried sampai masak.

Untuk jimatkan masa, semasa ketam digoreng, panaskan lg 1 kuali utk sos fusion itu. remember cabaran pantas masterchef??

Di kuali satu lagi ,masukkan bwg, halia, tumis sampai wangi dan agak layu. Ingat, tugas multitasking mesti cekap atau ada kemungkinan 2-2 kuali hangus.

Setelah wangi, masukkan lada mesin. Tumis lagi sampai garing. Kalau suke sambal lebih tambah je lg

Masukkan asam jawa, sos2, cuka, kicap soya cair dan sedikit air. Biar garing lagi.

Jgn lupakan kuali sebelah, kalau dah masak ketam, angkat. Tapi biasanya belum.

Kalau rasa sos dah garing, adjust air kalau nak berair ke. Masukkan garam dan pak haji.

Ya pada masa inilah ketam dah masak, maka angkat ketam dan terus masukkan ke kuali sebelah. Kaup balikkan agar sekata --> ada macam ayat buku resipi tak??

lepas tu hidangkan..

lepas tu goreng ketam lg setengah kilo utk diratah malam karang..

hasilnya.. jeng.. jeng.. jeng.. along telah memberi thumbs up sambil berkata mama adalah masterchef. kombang2 idung omak eh. alaa.. itu hari aku masak bubur nasi pun dikatanya masterchef. takpelah nak, janji mama adalah masterchef di hatimu..

letak cuka, kicap soya cair dalam sambal adalah super sedap rasanya..

babai..

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..