October 25, 2011

what if?

assalamualaikum..

tetiba buat tajuk gitu..

mata dibuai angin sepoi2 aircond..

ngantuk pulak..

last sunday hantar org pi haji..

yg pergi pulak tu adalah mak sedara dak papa, pergi sorang2 sahaja, takde sorang pun sedara mara yg menemani, yang husband dia meninggal last year yg aku ada buat entri khas tu..

masa pergi tu aku terfikir, macamana kalau itu adalah kali terakhir aku dan kami semua jumpa dia..

for info, dia tak pernah pergi giant pun sensorang. never. ini anak menantu dia yang verify di facebook.. kat last entri pasal arwah suami dia pun aku ada sebut bende ni.. masa ulang baca entri tu pun aku still nangis lagi. klik sini

ini pulak ke negara lain..

aku rasa dia dalam satu perjalanan mencari sesuatu yang hilang dari diri dia..

iaitu suami dia. meskipun dah takde lagi. tapi dia mencari kekuatan untuk terima kenyataan tu.

satu dunia ni boleh memberi sokongan kpd dia. tp hanya dia saje yg boleh jumpa jawapan yg dia cari2 seperti "kenapa aku"..

dengan satu kembara ke tanah suci..

lately selalu mulut aku ni nyanyi wording lagu indon yg sgt super sedap utk wedding tu. Penghujung cinta by Pasha..

"tiba diriku di penghujung mencari cinta"

macam dalam kehidupan kita, kita memang tercari2 cinta dalam hidup kita. tapi sampai satu stage kita dah sampai di penghujung pencarian tu. insyaallah..

macam mama teh yg ke mekah bersendirian ni, memang aku rasa dia dah jumpa cinta tu malah dah sampai ke penghujungnya..

dia cuma nak cari jawapan..

WHAT IF ahad hari tu hari terahir kami semua jumpa dia?

anak2 dia semua dah cium kaki dia mintak ampun..

sedih kau anak2 dia dah le bapak baru meninggal last year.. sume yg hantar tu laki perempuan muda tua sume nangis tgk anak2 dia cium kaki dia..

to mama teh, semoga beroleh haji yang mabrur..

semoga bertemu jawapan yang dicari..

semoga beroleh ketenangan yang abadi..

semoga kembara ini menghilangkan rindu yg menyesak di dada..

semoga kita berjumpa lagi..

amin..

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..