October 28, 2011

masterchef malaysia

assalamualaikum..

sebenarnya aku ngantuk dan boring. sangat.

ok sape dah tgk masterchef malaysia. ok memang ada loyer dr melaka tp aku x kenal. nasib dia tak menerbitkan perangai2 tak senonoh setakat ni. sekurang2nya aku boleh tumpang kembang, ada jugak loyer yg pandai memasak..

ada terbaca kat satu blog ni pasal juri masterchef yg garang tu. kenapa dia over sgt.

actually aku pernah jumpa dan berbual face to face dengan dia. masa tu kami nak daftarkan adik ipar aku ke akademi kulinari yg chef tu mengajar di genting highland. aku rasa dalam taun 1998 gitu. adik ipar aku ni lelaki tp masak mmg sedap sampai mak mentua aku menakrifkan "dak GG masak nasi goreng lebih sedap dari mama". itu baru nasik goreng, ko kalau rasa meatball spageti buatan sendiri dia terus rasa nak makan spageti setiap hari. mee bandung yang dia buat adalah sama sedap dengan mee bandung memori yg sedap gila adik beradik aku beli di pasar masjid tanah kecik2 dulu. dulu kitorg kumpul duit beli nanti dah beli siap bergaduh2 tak cukup. aku sampai bila makan mee tu terus cakap kat laki aku "kenapa dia masak sama sedap dgn mee bandung kitorg kecik2 dulu?". dah 1o tahun x rasa mee sesedap itu. ok faham tak konsep adik ipar aku pandai masak. sebab tu aku kena belajar masak.

ok masa nak daftar tu dia tanya adik ipar aku, "bgtau saya nama 10 jenis nasi?"

yang adik ipar aku pun nak impress cakaplah nasik jagung, nasi beriani, nasi tomato bagai..

sekali dia jawab "buat apalah nak menyusahkan diri. sebut jelah nasi goreng, goreng kampung, goreng cina, nasik ayam".. see tegas kan. tak payah nak merepek merapu dia straight to the point..

aku tau dia juri yang aku penah jumpa dulu bila adik ipar aku cakap.. patutlah muka dia sgt familiar..

adik ipar aku penah kena baling bekas sayur dlm tong sampah sebab basuh dulu baru potong. rupanya di hotel kalau preparation utk esok potong aje dulu. esok nak masak baru cuci dan terus masak. baru fresh gitu. bab kena marah tu usahlah ditanya. kalau tak kena marah mana le nak pandai. lgpun juara masterchef kita mestilah setanding dgn juara omputess kan. takkan le nak masak lemak cili api yo expert. i am a kampung food lover ok but this is about the standard of proof. eh ini macam pembuktian dalam kes jenayah pulak 'beyond reasonable doubt' - melampaui keraguan munasabah. apa2 pun mcm ahkak ogy dalam akademi fantasia tu ko rasa nak melempar kerusi gak bile dengar komen dia kan. tp itu le yg ko nak dengar tetiap minggu. dan itulah yg menghasilkan juara yg bagus. kalau tak ko tgk org nyanyi kat funfair yolah masa final.

dia dah mengembara ke serata dunia jadik chef.. balik malaysia sebab dah lama tinggalkan anak-anak..

ko ingat senang ke masterchef nak ambik dia jd juri.. dorg dah ada standard sendiri..

bab ketegasan dia mmg sebab aku rasa dia pun belajar dulu teruk kena maki dgn omputes sume..

kalau semua nak sopan santun lebih baik ambil chef wan.. meriah gitu..

tp adik ipar aku berhenti kelas tu atas sebab2 yg tak sesuai disebut di sini. cuma make sure kalau makan di hotel MESTI ada pengesahan HALAL yg sahih ye kawan2..

so marilah kita menyokong MASTERCHEF MALAYSIA..

bila org tu byk belajar melalui kesusahan, kepayahan, dia akan lebih menghargai apa yg dia dapat..

sekian..

1 comment:

  1. saya MK

    aku rasa yg masuk tu mmg taraf2 kita kot ana? ko tgk masterchef kids tu. giler handal masak!! aku pikirkan chef2 handalan yg dtg bertandang sbb utk menang MASTERCHEF.

    ini takat tarap2 aku je..hihihi..

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..