October 27, 2011

the list (back to school theme)

assalamualaikum..

hidup saya dipenuhi senarai..

hidup kene dekat dengan handphone, akan savekan dalam draf mesej brg apa yang nak dibeli, dibuat bila2 teringat.. sebab selalu lupa..

mcm semalam cuti pun tak dibuat bende yg bile hari mula kerja tengok arrghhh..apesal lah semalam masa cuti tak buat bende ni.

recent to-do-list: lap kipas rumah (ok ini memang selalu lupa sbb kat atas=alasan sanskrit), beli tudung kaler creme peachy dan purple pink (tudung lama dah rosak = tak cun).

recent to-buy-list: susu dutch lady, rempah kari, pencuci botol, selotape besar, nenas (utk nak masak ikan masin sabah yg 15 kurun terperuk), ketam, kangkung..

today tambah lg 1 list hasil perbincangan ilmiah dgn MK..

list brg anak ke sekolah darjah 1:

kemeja, seluar, singlet, spender, belt, stokin, kasut, beg tarik, beg sekolah agama, sapu tangan (aku hilangkan sebanyak 200 kali setahun di sekolah rendah dulu), track bottom, t shirt putih, baju sekolah agama, sampin, buku, stationary.. ahaaa jgn lupe botol air. botol air aku dulu selalu lupe sebab letak di belakang kelas. besok dtg air sunquick dah basi. along punye yg lama power rangers dan superman sudah memadai.. beli bila dah hilang, well mommas always have that 6th sixth sense u know..

aku bgtau MK aku dah stat guna vanish white. selama ni kemeja putih sniri aku nilakan je. mak letih jd mak rasa vanish white memadai. akan mempertimbangkan penggunaan vanish pink utk baju kaler iaitu seluar. well that tema iklan, ingat kotoran, ingat vanish is berkesan..

aku juga cakap kene ada bakul utk asingkan baju putih. selama ni hanya ada baju aku, baju nak disental dan baju dimesin terus. baju dan tudung saya haruslah dicuci tangan dengan detergen lembut mana yang perlulah. baju disental adalah baju kene aiskrim, kena tanah etc kene rendam attack, dynamo etc. so stat taun depan ada tambah lg sebakul or lebih. ditambah dgn bakul baju nak dilipat so confirm taun depan akan jadi pemilik kedai dobi. dan isytiharkan kepada rakyat jelata jumaat malam adalah hari merendam pakai sedunia. sabtu hari dobi. ahad hari gosok. no joke man, no prank calls, anak2 harus behave themselves. tegas tak mak??

jgn lupe cecair penggosok pakaian. bagi yang selalu tertekan menggosok seperti saya sile beli. ingat kehenseman anak terletak di tangan kita. ditambah detergen yg power2 utk rendam baju kene sambal kantin, tanah, tar huhuhuhu.. kalau nak tips tanya kakak ofis yg berpengalaman, u ll get free lecture on tips, dos and donts.. trust me..

so MK let s finalise the list, berapa nak beli. masalah yg akan timbul, pros and cons. mana2 pendapat dialu-alukan.

terima kasih kepada ibu2 pemikir awal seperti saya..

kitalah perdana menteri rumah kita.. golongan bapa memang mengharapkan sepenuhnya idea bernas kita.

apapun have fun.. anak kita akan masuk ke dunia yang pernah kita lalui, yang menggembirakan kita dulu.. (sambil plan nak beli vitamin lebih taun depan harharhar)

anak kita, dunia kita, epal mata kita (apple of our eyes)

ok cut the crap.. bye

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..