October 10, 2011

the friendship test

assalamualaikum..

lama betul tak menulis di sini..

weekend sebok dgn agenda baru dan ke kl ada kenduri org nak pegi haji..

lately selalu pi kl, tapi mmg tak sempat nak menyinggah eventho dah beberape org warning suh jumpe saparti MK, abun, zila, mongun, zadil..

bukan x nak singgah ye kawan2 sekalian, semalam pi ampang dekat dgn sedari normah tp aku ni masa tak tentu hala. samada pegi dgn the whole family (mak, adik bradik) or family sendiri tp tak sure free pukul berapa free nak janji2 jumpa org. peh tu kawe wikend jer nak dating ngan boipren tercinta beserta angels kawe tu. nak pi ikea pun dilupekan sebab tak sempat.. sempat sebenarnya tp malas sbb mcm dah selalu pegi tp takde duit nak borong tehehe..

--MK the soother, super bff--

pagi ni tak pasal2 menconsult MK sebab masaelah jiwa..

perasan tak ada sesetengah perkara kita selesa bercakap dgn sesetengah org sahaja.

mcm MK ni is the listener type mmg sgt soothing bercakap ngan dia..

no wonderlah dia ni kat ofis beratur org nak cakap ngan dia hehe siap cakap "ok, next!!".. ala2 cik lah, kaunselor mrsm muar u, beratur org amik sign nak outing tehehe..

aku rasa org kalau nak luahkan perasaan ni adalah nak mendengar kata2 yg benar tapi tak terlalu menyiksakan jiwa. seperti kita menyampah dengan org tu, si pendengar juga akan turut menyampah dgn org tu (i heart u MK)..

setelah kata2 solusi dicapai, maka si pengadu akan kembali ke alam nyata dan menyelesaikan masalah itu sendiri, berbekalkan panduan yang ada. kita tau apa jawapannya, kite cuma nak someone to listen. itu aje..

so what type of friend are u?

a. the pengkeji
b. the listener
c. the no friend can rely on
d. the no friend at all..

well, MK is the listener.. congratulations (tetiba)

--probation period--

kenapa kau taip tajuk kecik2 ni? kengkonon happening..

sebenarnya aku sekarang menyiapkan stok makanan pada hari minggu sahaja.. kiranya masak byk during wikend. dulu @ minggu2 lepas masak weekdays, wikend rehat..

sebab tahun depan along dah sekolah so aku kena byk masa nak gosok baju sekolah dia etc, yang mana pekerjaan menggosok itu mmg sgt aku benci di dunia ini..

lalu last wikend tetiba teringat mak sedara aku cerita mat saleh kalau nak jalan jauh akan masak byk2 dan simpan dalam freezer. so bile nak makan panaskan ajelah. actually ada jugak terbaca dalam magazine yg kata working mum shud masak lebih n stock-up.

aku dpt idea why not aku masak during wikend dan akan ada lebih masa utk homework dia, tv time +/- lebih masa utk family drpd berjam2 terperok kat dapur.. dak adik petang selalu tertekan sebab main beskal, berkebun sekejap sebab aku bergegas nak masak.. bile tertekan dia akan moody tambahan pulak dapat sedas bebelan aku tu mmg akan emo sampai ke malam.. so ini akan mengstreskan aku secara keseluruhan..

so last saturday, aku pi beli brg basah, masak sambal ayam, daging masak lemak (no cili padi for the kids), sambal buat lebih2 utk simpan sambal sahaja dan akan tambah apa2 seperti telur, ayam goreng, ikan bilis, sotong etc.. ada jugak kari udang..

semua simpan dalam tupperware kecik2 dalam freezer.

dpt idea boleh perap lamb jugak nanti. kalau tak dapat buat lamb chop hari cuti jer kan..

so hari ni boleh makan daging masak lemak dan sambal ayam. kalo rajin krg goreng bendi. tp aku selalunya malas hehe..

rasa cam lega pulak x yah bergegas. masak nasik je setel..

tp penat nye sabtu tu mmg x dpt diungkapkan ye dgn kata2.. mmg letak bantal terus tido. pengsan. tapi itu 1 hari je..

apa2 pun inilah percubaan saje ye..

harap2 bertahan so aku ada free time waktu petang..

and more time for the family..

insyaallah..

kita cuma merancang..

menjadi seorang ibu adalah 1 learning process yg sgttttttttttttttttt panjang..

semoga Allah merahmati hidup kita..

amin

2 comments:

  1. kali ke-3 aku try komen ni ana. kalu tk jadik jugak, aku bakar blog ko huh!!

    1. memasak secara pukal sungguh handal lah awak. harus saya cuba juer.

    2. utk mengadu domba kita perlulah memilih pendgr yg sesuai. contoh: jgnlah kita pergi mengadu yg kita ini gemok pada org yang sememangnya obese. kecik hati si pendgr itu.

    3. i feel u babe, tulah aku memahami. lagi2 kita sekapal/senasib/selalu berperangai naga berapi pastu i lebiu juer..semestinya aku akan 'bias' terhadap ko. taa!!

    ReplyDelete
  2. well lupa nk perkenal diri bagi pengkomen tersebut diatas:-

    ~saya MK~

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..