October 17, 2011

choc moist cake


assalamualaikum (*biar kau menyesal den mengata 'salam hai' aku tu hahahaha*)

takde apa nak citer..

review last post-pasal projek masak2 wikend tu outcome dia adalah:

1. ok rileks, lepak balik rumah. tp nak kata rehat tidak jugak sebab mmg dah takdir jd ibu, tatkala baru nak luruskan kaki di sofa, anak2 akan terjerit, nak main luar, nak susu, nak air, nak mandi and what not. tp urusan penglipatan baju dan penyumbatan baju dlm lemari boleh diselangselikan dalam masa2 berkenaan. sambil jua menonton soffiyah. hasilnya tip top eh, bakul baju clear, mata ceria, hati tidak sengsara. eh apa kau merepek ni syaitonnnnnnn..

2. tak perlu simpan lauk dalam freezer sebab bile balik tak sempat nak defrost. mat saleh tu bangsa nak pi vacation setahun baru tinggalkan lauk, pizza ke buat anak2 dan laki dlm freezer. jadi kita yang masak tetiap minggu ni osah eh nak simpan atas, simpan at bwh pun ok.

3. utk golongan ibu tinggal seperti saya yg laki pi bekerja hari sabtu di kala kita nak memboli brg basah, dan mengheret 2 anak riang ria ceria ke pasar, is not a really gooooood option!! masa hari bekerja, beli tong yg letak ais tu dan singgah mana2 tempat utk beli brg basah. saya beli tong yg mahal sikit letak dlm kete (perlu ke bgtau mahal, tak maksudnya bukan tong polisterin ye. belilah yg org bawak pi mancing tu ke, tahan lama. time open house pun boleh pakai), so kalau kerja luar ke akan singgah pasar dan simpan dlm tong tu. kete pun tak busuk air ikan udang meleleh ke. kalau rasa lama lagi nak balik, beli ais masukkan. balik rumah sumbat terus sume dlm peti sejuk, pagi sabtu baru bukak sambil cakap 'surpriseeeee' macam eric leong kat ikan, udang sotong tu. sabtu baru siang semua. so takdelah ko penat dr pagi nak pi pasar pas tu masak. dgn modus ini, kepenatan berkurang 50% ye..

so far cara ni mmg mengurangkan kepenatan kita secara global ye harap maklum.


choc moist

baru nak citer psl kek tehee..

resipi dia senang sebab dia tepung ready made..

kak ipar yang perkenalkan..

bagi aku yg pemaleh nak mengayak tepung bagai, nak pakai mixer, dasar buat kek pisang pun bantat, maka anda di luar sana yang pemalas, inilah solusinya..

senang gile dalam masa 1 jam, dah boleh makan kek coklat moist 80% macam secret recipe ye.. nak kata 100% pembohong pulak sebab biasa makan kat s.r tu mmg maxima rasa dia..

modal cuma rm10 je, masa 1 jam, kukus aje.. cara hiasan agak hodoh buat topping yg dia siapkan tu, carik2 jer dgn garfu hihi..

mak aku kata sedap. ehemmmmmmmmmmmm.. kih3x suke2 berjaya buat kek kegemaran..


easy peasy instruction.. (perlu ke letak tanda harga family store tu?)



selamat mencuba..

1 comment:

masa untuk bersuka-ria..