October 3, 2011

bendi goreng

assalamualaikum..

dulu selalu cakap 'salam hai' si denny mengeji di blog dia. hampes den..

bendi ni lama dah masak. tetiba rasa nak post pulak walaupun tau persoalan akan muncul dr mulut kalian 'why goreng sayur pun nak post?? why? why? yelah.. yelah.. daripada blog ni bersawang baik pos kan aje..

tapi, walaupun sayur murahan, ikan bilisnya dari sabah ok. betul my sis beli. ada org kesah?? takdelah cuma rasa dia mmg sedap sampai aku sokmo goreng sayur setiap hari sebab semua suke makan. mmg manis. tak perlu cukup rasa ke kiub2 ye. mmg ori. kak wati sila ke sabah lagi bagi free 2 peket tehehe..

bendi goreng

bendi satu ringgit
segenggam ikan bilis sabah ---> overr
1 bwg besar dihiris
2 bwg putih dihiris
2 sudu besar sos tiram
garam secukupnya.

cara:

Basuh bendi, toskan. ini penting, biar air kering.

Lepas air ditoskan angkat bendi dan potong menyerong. Jgn basuh lagi never, nehi, no-no nanti berlendir..

Panaskan minyak dan tumiskan bawang tadi.

Lepas dah agak wangi, masukkan ikan bilis yg dah ditumbuk sedikit.

Tumis lagi sampai garing sikit.

Masukkan sos tiram.

(selingan: tadi tgk di kedai masak, mcm ada kaler merah, so maybe boleh letak lada mesin/lada merah potong/cili api jugak. sedap jugak kawe dah makan)

Rasa dah agak masak, masukkan bendi, jgn lama sgt, perasakan dgn garam.

Jgn lama sgt, rasa dah lembut sikit tutup api.

Makan dgn nasi panas, u will cry..

bendi menurut kak ipar saya bagus utk org nak bersalin ye. nurse di hospital besar bagitau. lagi byk makan lagi mudah bersalinnye ye sedari sharipah norlaila..

salam

2 comments:

  1. cik diana sayangg.. manede aku keji..
    aku akan serta-merta teringtkn ko klu sebut 'salam hai..'

    ReplyDelete
  2. hahahhahaha time kasih memberi tip beranok ke aku ni woi..pasni aku makan bendi ari2..kalo makan hok mentah gamoknya lagi mudoh bersalin dokkkk????? kakakkaakkaka

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..