September 22, 2011

spagetti bolognese (for amateur)


salam hai semua..

yelah mesti sape baca post sebelum ni mesti cakap 'ceh mesti nak upload gambo spagetti le tu'..

yelah jah ooiii, itukan cabaran utk den..

spagetti ni senang pulak wei masak dia. aku masa masak tu macam senang pulak sempat tengok kasih alia last episode.. kekecahan pun kurang..

tapi ayam tu rupanya dicincang tak lumat. so ngeri pulak tgk ada ketakputusan di situ.. so dlm gambar tak nampaklah tehehehe..

saje buat cair sket sebab takut cepat muak dan ikut ala2 kak nani nyer resipi.. aku suke lada hitam so apply resipi dia jugak yg ada lada hitam..

resipi i amik dr blog kak nani the model 80-an (den ko jgn jeles ngan kak nani) dan juga MK the hot mama fewwitzz..

simple spagetti bolognese


Bahan2:

pasta/spagetti 250g
daging lembu/ayam yang dicincang (1 piring)
3 ulas bwg putih dicincang-mcm top chef cincang u olls rasanya
1 bwg besar dicincang - kak nani pakai bwg holland
sos spagetti - i used tomato puree tin plg kecil
2 sudu besar susu pekat-bancuh dgn segelas air optional
1 kiub ayam/daging
olive oil
oregano herbs
2 sudu kecil serbuk lada hitam - optional

Cecara:

Jerang air dlm periuk besar/sesuai. Lepas mendidih masukkan spagetti. masak sampai el dente, pehh gaya menyebut bahasa itali kat blkg peket spageti harharhar or sampai lembut lah kiranya. Masukkan olive oil sket. agak2 ko buleh kunyah dgn tenteram tu oklahhh tu. angkat dan toskan.

Panaskan olive oil, tumis bebawang tadi sampai wangi

Masukkan isi ayam/daging. Tumis rata

Masukkan kiub ayam/daging. Kacau rata

Masukkan bancuhan susu tadi. Kacau rata lagi

Masukkan serbuk lada hitam

Masukkan tomato puree or sos spageti. jgn risau asalkan ada unsur2 tomato tu ok. jgn risau dunia masakan tidak pernah kejam -->tetiba

Perasakan dgn garam

Kalau suka cair, cairkan tamboh air

Rasa dah masak, tutup api. Hidangkan dgn taburan oregano herbs dan daun parsli kalau ada.


-->masa dah masak ni aku kata matilah along dan adik mesti tak suke sebab kaler merah2..

sekali habis pulak dorang makan spageti tu.. mak terharu... papa kata ok. along kata sedap.. aku pulak cukuple sepiring kecil aje.. mmg dasar tekak tempoyak kureng makan makan omputess..

so jgn takut mencuba ye.. kalau tak sedap tu biasalah. yg penting kita cuba memasuki international level-->> tak nak kalah dgn yuna langsung.. tehehe..

tq pada penyumbang resipi sekalian. i luv u olls..

P/s: zaira aku x pandai masak daa.. serius. aku cuma suke main masak2..

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..