August 15, 2011

lamb chop & chicken cop

salam hai..

lama x jumpa..

sori pd yg komen2 di chat box dan juga komen2, tak sempat balas sbb pc kawe problemo nok klik2 tuh.. terima kasih le taip2 sebab nak return visit pun x dapat.. nak bukak kat rumah pulak x sempat.. (*bajet artis sibuk sgt padehal lisa surihani pun reply facebook dan tweet peminat dia hoi..*)

so dah 15 ari puasa kan. taun ni semangat sket masak pasal along puasa. semangat sahur jugak sebab dia puasa. taun2 lepas ada jugak puasa tanpa sahur sebab terlajak perahu badan binasa haha..

bile puasa juga ada mcm2 request nak makan. so taun ini adalah 1st time aku memvarietykan masakan. tp takde masa nak ambik gambar.. kesian pulak blog lama betul dia tak makan..

lately ada pula masyarakat setempat request makan lamb chop. along x makan lamb so aku prepare chicken chop juga. penat jugak bagi amatur mcm aku ni sebab baru 1 st time masak so semua 1 st time beli olive oil etc.. kira kalau yg stok dah ada brg tu mmg senang lah..

resipi lamb chop, mashed potato n coleslaw dr blog pretty mum, MK my mentor..

resipi chicken chop ambik dr myresipi x sedap sgt tp dorg sume makan aje. bg aku, tidak menepati piawaian..

resipi lamb chop i copy paste saje ye tan.. alala.. jgn lah marah ye.. along suke sgt mashed potato tu. papa tanya ini beli siap atau apa. kawe yg dah penat hanya menjawab "itu resipi kawan mamalah tu, dak atan"..

lepeh tu ada pulak insan berkata "kalau ada french fries lg sedap".

maka terkial2 le aku goreng french fries ptg semalam..

gambar tahap ngeri sbb amik masa sahur. letih betul masak makanan barat sumpah bersyukur x kawen mat salih kah3x...

(*saki baki portion utk sahur*)

(*chicken chop along. sahur tambah lagi sup mushroom segera. kabur sbb nak cepat @ kelakar pulak amik gambar time sahur hahaha*)

Lamb chop with black pepper sauce
c & p from "to cook or babble"

Marinate lamb 5 keping yang frozen beli kat Giant RM15.00 saja.
1. Lumurkan olive oil banyak-banyak kat lamb itu.
2. 2 sudu besar lada hitam (tumbuk hancur), 4 biji bawang putih (tumbuk juer), 1 biji limau kasturi, 3 sudu honey, garam sikit. Lumur semua kat lamb itu.
3. Simpan dalam bekas tertutup, perap 4-5 jam dalam fridge. Kalau terlebih rajin, 2 jam perap tu gi balik-balikkan lamb tu. Biar dia marinate lagi cantik. Ada orang perap semalaman pun takpe.
4. Panaskan pan, letak sikit olive oil, saute kejap lamb tu. Each site 3-5 minutes. Pastu grill dalam oven for 20 minutes, 220'C

Mashed Potato
1. 6-8 biji kentang dikupas tak payah licin-licin sangat kulit dia tu. tinggalkan sket kulit dia tu kasik kaler dia cantik & rasa dia macam professional cook masak. hehe
2. potong 4, letak dalam periuk, air cukup-cukup cover semua kentang, tabur garam sikit. rebus sampai masak.
3. bila dah masak, toskan, mashed dengan 1 sudu butter, white pepper, garam sikit
4. masukkan daun bawang sikit ke banyak ke suka hati lah.
5. masukkan susu cair sampai puas hatilah. Janganlah banyak sangat nanti dia jadik cair. Pandai-pandai ek. Siap!!!!

Coleslaw
1. Shred 1 batang carrot, 1/2 biji kobis bulat.
2. campur dengan 2-3 sudu besar mayonis, 1 sudu besar jus limau kasturi & susu cair sikit je kasik lemak sket.
3. sejukkan dalam fridge. siap!!

Black pepper sauce
1. Panaskan 1 sudu butter dalam periuk, masukkan 2 sudu besar black pepper, 4 biji bawang putih ditumbuk.
2. kacau-kacau, masukkan 1/2 kiub daging. pastu masukkan 2 sudu besar tepung jagung yang dah dibancuh dengan air suam.
3. masukkan 2 sudu besar sos tiram, 1 sudu besar kicap (nak kasik color dia cantik sket)
4. MK juer letak shitake mushroom yang dah dipotong kecil & nipis. Ni kalau tak suka tak payah le letak.
5. masukkan air sejuk, MK guna 500-750ml air. Masuk sikit-sikit jangan masuk sekali semua ye. masuk sikit tunggu kejap, lagi 5 minit masuk lagi ok.
6. kacau sampai pekat. Siap!!

p/s: Rasa lamb chop sedap.. sedap.. sedap.. semua sedap..

thank u atan. me love u long time..

bye..



1 comment:

  1. wauuu...nampak sedaplaahhh!!! terasa macam nak buat juer!

    ana-aku baru mendpt tahu bahawa black pepper sauce tu kalau bubuh 1/4 buku butter lebih sedap rasanya. sila cube!!

    ~MK~

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..