July 21, 2011

the secret of your life

salam hai..

komputer masih ngeri. tapi biasakan diri, simpan saje address kegemaran terus klik2 saje. tak bleh hop on hop off lagi. settle satu web page, close page baru buleh bukak lain. tapi fb dan emel ok pulak. nangessss..

oklah tu. blog kegemaran kau pun bukannya banyak. bile malas bukak blog terus buat kerja dgn khusyuk.. eh..

ok remember aku citer bile aku balik kampung akan membaca sahaja. adik aku pun suka beli reader s digest so ada koleksi dalam bilik dia. selain itu, dia juga satu2 nye adik beradik aku yg suka wild life ni akibat belajar di umsabah, dan mengkaji pulak sejenis beruk yg kepupusan, maka beliau juga melanggan ntahapapa magazine2 wildlife dr luar negara. nasib kau jadik peg tadbir diplomatik wan, aku ingat kot jadik penjaga zoo ke kesudahannya kah3x..

tapi itu tidak penting. bila baca reader's digest tu, ada satu column belakang tu pasal secret, lupe nama dia, tapi basically pasal rahsia yg parent kau pun tak tahu..

korang mesti ada rahsia kan yg parent ko tak tahu sebab ko tak nak dorg risau, kira kesan ketahuan itu lebih baik jgn beritahu??

aku ada. yang aku ingat:

motor oh motor

1. bapak aku baru belikan motor masa belajar. susah woi nak dapat motor ni 3rd year baru dapat. baru sebulan dapat, aku dah tergolek accident masa nak pi kuliah malam. habis rim bengkok dengan pecah2 motor tu. kawan aku nama labu sampai sudah dia gelakkan sebab masa jatuh motor tu, bila dia sampai, ayat pertama aku "labu tengokkan motor aku labu, mampus bapak aku marah". see inilah yg dinamakan anak solehah. menghargai pemberian ibu bapa. nasib duit jpa baru dapat aku bayar dekat 300 dekat bengkel siap pesan kat si labu yang hantar tu "labu ko buat ajelah apa2 pun asalkan bapak aku x leh detact". muka habis calar-balar. lepas tu rasa serba-salah pulak aku berkeras nak balik kg minggu tu. aku cakap kat mak aku kaki dan muka aku calar teruk sebab jatuh kat simen masa main netball. sian mak aku siap urut2 dengan minyak gamat.

tidak cukup dengan itu, beg aku siap kena ragut masa naik motor tu dekat bangi. peragut tu siap baling batu-bata tak kasi kejar sebab aku mcm nak kejar dia. wahhh.. konon darah pendekar tak beringat. nasib aku tak kejar sebab tak lama tu, jiran aku kat blok cedera parah sebab accident masa nak kejar peragut. sampai tak ambik final exam.

habis belajar, bawak balik motor, ayah aku take over motor tu, sekali bawak je dia tanya aku "ko penah eksiden ke na, senget2 rim ni ayah bawak dah tak sedap?"

aku jawap' "ye ke, mana penah yah, ok jer ana bawak".

lantas ayah aku berlalu sambil menjeling yang bererti:

"yelah tu ana. mcmlah ayah baru semalam bawak motor??"

kesimpulannya, bapak aku tak tau apa terjadi pada motor tu. aku rasa dia pikir asalkan aku cukup sifat lagi oklah tu. yg tau aku rasa abg aku dak zam dengan kakak aku. bapak aku rasanya dia x pernah bukak internet fuhhh selamat sampei bila2 lah rahsia ini hahahaha..

Penting utk simpan rahsia sampai grad. kalau bapak aku tahu, for sure dia tarik motor tu, jadik le aku naik bas sehingga ke akhir pengajian. jauh ooi fakulti aku. bas 2 jam sekali.

motor itu still ada lagi kat kg. memori betul dah 8 tahun tak bwk..

so itulah rahsia saya. what's yours?

see ya..

2 comments:

  1. Rahsia mana bole share nanti dah tak jadi rahsia ;)

    ReplyDelete
  2. hahaha..aku x reti diana oi bawak motor smpi skang..walaupon dulu aku salu nanges sbb bas salu lmbt nk p kuliah tp aku tabahkah hati jua..

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..