July 14, 2011

a perfect stranger

salam hai..

takder idea langsung. skrg jrg jenguk blog. jarang betul. kesian pun ada. ingat nak tukar baju blog tapi mmmg idea yg menyeksakan sebab sekali tukar, maka mmg terperap nak tukar segala2 kaler font bagai. itu adalah penyeksaan ok bagi aku yg noob it..

ok cuma nak cerita psl ada org yg kita kenal bertahun pun still tak paham perangai dia, tak close..

tapi ada orang yang baru kenal sekejap aje dah sherashi bersama gitu..

mcm pagi tadi, ada loyar dr jb call, utk discuss file mengerikan yg bakal nak settle. sebelom ni ada call, so dah ada jua riak2 keserasian tu. tapi sebab takde masa just cut it short ajelah..

abih pagi tadi bukan main melilau-lilau berbual dr soalan sihat ke tak, sampai le cerita anak-anak, tips anak2 bersekolah lah..

rasanya kita boleh serasi dgn org tu kalau ada something in common.

mcm tadi dia pun a mother of 2 kids. share story anak-anak. tips cemana nak handle anak sekolah since anak dia darjah 1 dah. dia cakap kena tidur awal pukul 9 dah gelapkan lampu, or else kekanak akan tidur di sekolah.

kami share ttg betapa bizi life. dan pengalaman membesarkan anak memasing.

memang dlm hidup kita, ada beberapa kali kita terjumpa stranger, tapi kita mcm kenal dia dah lama.

aku penah jumpa satu kakak ni kat kedai hiasan romantika. dua2 mmg gile brg english style masa tu sanggup terpacak depan kedai tggu kedai bukak. masa tu aku carik souvenir utk akikah adik.. terus berbual dgn kakak tu dekat 2 jam kot, dia beli brg siap tanya pendapat cantik ke tak.

tapi tu lah, nama no phone pun tak ambik. itule org melayu ek, berbual bagai nak rak, nama pun tak tahu.. silap2 selisih bahu lagi segan pulak nak tegur..

keserasian adalah anugerah, tak boleh dibuat-buat ye..

bersyukurlah kalau anda ada teman yg serasi..

itulah anugerah Dia kepada kita..

tata

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..