July 18, 2011

lawak spastik

salam hai..

today saya last puasa ganti

iyelah..iyelah taule dah lewat. tapi i kan mengalami gangguan gastrik awal tahun.. yelah anak masuk kindie siap dpt serangan.. kah3x.. over betul..

last wikend balik kg attend anak buah punye aqiqah. balik biasalah makan dan makan. lepas tu kalau balik rumah mak aku byk masa nak membaca paper2 lama. ye jgn tak tahu kehidupan kini aku kalau beli paper selalu terperosok kat handbag pas tu bwk balik rumah, kdg2 esoknya baru baca. justeru kepulangan ke kampung aku akan korek paper lama2, carik ruangan gosip or paper hiburan ke dan baca..

dan sewaktu membaca tu aku ada jumpa satu kolum lawak kat paper utusan ni. antara lawak dia yg mmg aku nak gelak:

pilih antara peguam dan ibu mertua

Peguam anda dan ibu mertua anda terperangkap di dalam sebuah bangunan yang terbakar. Anda hanya boleh menyelamatkan salah seorang daripada mereka.

Apakah yang akan anda lakukan:

(1) pergi makan tengah hari? atau

(2) pergi menonton wayang?

masa baca ni memang aku gelak sebab kelakar. hampes betul tak nak selamatkan peguam or ibu mertua pun..

lagi satu:

apa persamaan antara peguam yang jujur dengan UFO?

Kita sering mendengar mengenainya tetapi tidak pernah menemuinya.

sebenarnya, mmemang among kitorg kat melaka pun ada buletin utk buat lawak bodoh dan slapstik. lawak2 mcm ni selalu lah dimasukkan buat gelak2 sesama sendiri.. dan peringatan jugak tentang cemana pandangan sesetengah org kat kita..

kdg2 aku pun ada terima pandangan skeptikal mcm:

---.>> pegi pejabat tanah. jumpa banker. dia direct cakap "eh u tak pergi berarak ke, sertai perhimpunan ke. lawyer sekarang kan takde kerja nak buat. takde kes sampai nak pergi berarak semua".

hallo.. nasib baik ko bukan banker aku. member perkenalkan. selalu malas nak jawab soalan gini, angkat kaki dan duduk di kalangan yg rasional sket.

halloooo.. jgnla fikiran tu skeptikal sgt. tak kira apa pekerjaan pun, rambut sama hitam, hati lain2. parti politik masing2 pun berbeza.

aku hormati sape nak pilih sape2 pun sebagai idola..

tapi menyamakan semua orang dalam satu golongan tu mmg sgt2 lah keanak-anakkan ye.. mcm sekolah rendah ok. bile ketua kumpulan kau tak geng budak tu, semua org jgn kwn dia. ejek2 dia. eh aku ke tu. astagfirullah jahat betul rupanya dulu2..

jgnle sebab nila setitik, rosak susu sebelanga..

p/s: lebih baik pi jogging dr pi perhimpunan haram. eh skrg ni aku rajin pi jogging ngan aerobik tau. biasalah hangat2 tahi ayam nanti bulan puasa maka terhentilah aktivitas itu. rasa cam lega dan free ada masa utk diri sendiri pegi taman...

sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..