June 20, 2011

seorang nenek dan vespa tua

salam. ada berapa kali taip-taip. peh tu save as draft saje.

semalam nenek kami meninggalkan dunia ini. 1 minggu lepas pak endek- menantu dia accident dan meninggal dunia, masa saya bercuti. nenek meninggal semalam sakit tua.

melihat nenek meninggal, orang tak putus-putus bacakan yassin. rumah pak teh penuh dengan saudara-mara yang hadir. mak cakap jenazah nenek lembut dan senang diuruskan. muka putih bersih menghadap pencipta.

masa sesi cium nenek, beratur org utk kucup wajah nenek. sampai pembantu imam berapa kali minta stop sebab agak lama proses tu.

kemudian berangkat ke kubur utk semadikan nenek.

sayu dan gembira sebab ramai yang temani nenek dalam perjalanan menghadap pencipta. terus insaf bila fikir siapa yang akan bacakan yasin kalau diri sendiri meninggal. siapa yang akan mandikan. kapankan. nak jahit kain kapan pun tak reti. rasa perlu masuk dalam hot list utk belajar cara pengurusan jenazah.

masa tengok makcik-makcik jahitkan kain alas jenazah rasa cam sayu kenapa aku tak tahu. arwah nenek memang asalnya termasuk dalam grup pengurusan jenazah tu. jadi, dia diuruskan oleh kumpulan yg sama dengan baik dan sempurna.

nenek tak kaya. duduk di rumah kampung sampai akhir hayat. kenderaan pun tak ada. tapi nenek kaya anak cucu cicit. dah kahwinkan dekat 10 anak dan berpuluh-puluh cucu. kalau nenek ada masa rewang kenduri memang kelakar. suka buat lawak. setakat tumbang sekor lembu, takde masalah nak bajet brg masak macam santan, rempah bagai. kalau masak kenduri kendara mesti ada buat lauk utk cicit tak makan pedas, buat ayam masak kicap lah..

masa kat kubur lagi sedih. macam kita sebuk mengejar dunia. nak beli macam-macam. tapi masuk kubur itulah sorang-sorang sahaja. dulu masa dak papa nak kebumikan nenek kesayangan dia yang kami panggil 'mak', nenek yang membesarkan dia adik-beradik semasa ibu keluar bekerja, dia cakap, dia rasa sedih, kena tinggalkan 'mak' sorang- sorang kat kubur. kadang2 lepas solat selalu termenung, bila tanya nape tadi termenung, dia cakap, dia rindu kat 'mak'.

arwah nenek adalah org yang selalu, dari aku kecik sampai besar, menekankan bahawa org perempuan itu kena memasak, walau sepandai mana kau belajar.

memang betul nenek.

last week masa pegi masjid tanah, kat depan aku, ada motor vespa tua, yang dipandu dengan tak konsisten. kejap ke tepi dan ke kanan sampai nak langgar aku.

sepatutnya aku marah, tapi tak, aku tenung sayu driver motor vespa tu, seorang atuk, yang aku sure mata dia dah tak nampak sgt, kaki pun dah tak kuat sgt, sebab dia mengingatkan aku kepada arwah atuk aku dengan vespa biru dia.. dengan cara pemanduan yang sama..

aku lalu sebelah vespa tu, dengan ingatan pada atuk menebal di dada.. atuk rajin layan aku adik-beradik. dulu aku pi tadika pun atuk hantar naik vespa. ingatan menaiki vespa ke pekan masjid tanah masih aku terbayang lagi setiap kali teringat arwah atuk. aku tak ingat pun ayah aku ada bwk aku naik motor mcm atuk. mcm ada sesetengah memori semasa kecil, mcm takkan terpadam dr ingatan kita. betul tak? walaupun kita kecik dalam umur 5 tahun, kita masih boleh rasa kebahagiaan itu sekarang.. atuk adalah si penyelamat, bile kena semubur ngan ayah dapat no 11, atuk bg galakan belajar. lepas tu dpt no. 1. kalau ayah tak layan kami beli video recorder, atuk dapat duit bwk teksi di singapura bwk kami pi kedai singer beli 1. kalau atuk balik dari singapore, macam pesta sebab atuk beli byk baju bundle kasik kami pakai. mmg baju bundle saje, tapi rasanya kasih syg atuk itu yg mahal dan berkekalan, walaupun setelah dia tiada..

so semalam confirm, aku takde nenek dah. anak aku takde moyang dah.

terima kasih nenek2 dan atuk2 yg bayak mengajar dak ana tentang kehidupan.

semoga arwah2 tenang di sana. semoga kita berjumpa lagi.

AL FATIHAH

1 comment:

  1. Assalamualaikum Dali,

    kak nur belum ada kesempatan nk baca cerita Dali nie...nanti bila dh free akak patah balik...apa2 pun Al-Fatihah buat yg telah pergi...Dali take care ya...salam syg dari akak yg jauh.

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..