June 2, 2011

ayam masak halia terhebattttt

salam hai..

dah 2 kali post entri entah hape2..

itulah aku.. mcm2 feeling wakaka..

saje nak kongsi citer ayam masak halia ni..

korek2 buku resipi or longgokan buku resipi lama, dengan harapan boleh membuang kertas2 koyak dr magazine, papers tu..

sekali, bile tgk ooh resipi ni bagus, tapi aku takde pengukus, kena beli. peh tu semua resipi pun ko syg nak buang. mcm ada sebab kenapa dah berapa kali nak buat 'spring cleaning', bak kata MK, tak terbuang jugak himpunan buku2 tu. yang biasanya aku buang adalah kertas2 lama dak papa.. eh.. hai papa.. i dah selidik betul2 tak pakai baru i buang hehe..

ayam masak halia ni senang gile. mak mentua aku suke masakkan masa time pantang.. enak mehh makan dgn nasik panas..

aku kalu masak ni kalau dak adik nak berkepit mcm koala petang2, papa dia pulak balik lambat, maka, inilah resipi pujaan. sebenarnya aku mmg pemalas selalu opt for bende yg mudah dan cepat..

ayam masak halia

Bahan2:

sepiring ayam dipotong tomyam @ kecil
sedikit kunyit
sedikit garam
1 bwg besar dihiris
1 bwg putih dihiris
1 cm halia dihiris halus (halia muda lebih best-eh apa beza tua atau muda, tetiba emo)
sesudu besar sos tiram
sesudu kecil serbuk lada hitam
kicap manis
garam
minyak

Cara2:

Mula2 gaul ayam dgn kunyit dan garam (sikit je utk bagi rasa).
Goreng ayam dengan minyak yang sedikit sampai hampir masak.
Kemudian masukkan hirisan bwg dan halia. Kacau sampai naik bau.
Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam dan kicap.
Perasakan dengan garam.
Cedok nasik panas2, makan wahhh feeling dlm pantang gitu ahahaha..

sewajarnya masakan itu boleh kita perindahkan hirisan daun bawang dan lada merah.

namun aku takde stok plus mereka bertiga tidak akan menelan lada2 itu.

so selamat mencuba korang..

aku suke sgt resipi ni. ayam tu biar dipotong kecil sebab kita kan goreng dgn minyak yg sedikit so senang nak masak.

so aku dan papa penggemar kaki ayam turut borong kaki ayam sekali utk disumbatkan..

sape yg tak makan kaki ayam harap maaf melihat penonjolan di situ..

this is my last post.. for now.. lepas ni akan bercuti melupakan semua permasaelahan..

jumpa lagi minggu lagi satu..

bye korang..

1 comment:

  1. Nak gi manaaaa? Nak Ikooottt. Aku puasa hari ni ana. Tgh carik resepi rendang ayam yg campak2 je. Skali ko kuarkan resep ayam enteng ini. Bagus juer boleh dicobak!

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..