May 25, 2011

l.o.s.e.r

hai..

tak sempat nak cerita panjang..

cuma nak cerita psl buat kek last week..

memula buat kek coklat lembab kak dayang jack, ok tapi mcm tak berape moist..

semestinya aku yg tak pandai buat, sebab semua org buat jadik..

dikuti dengan kek pisang gemuk MK, bukan MK yang gemuk ye, jgn nak pandai2 buat spekulasi.

tapi kek pisang itu bantat jadinye..

heyyyyyyyyyyyy (gaya abg jam di suria fm) kenapa aku tak reti bakar kek..

sebelum tu buat puding laici lah, hehe, sebab nak balik kampung, jadi mesti bwk bekal sebab mak adalah pemakan yg terer..

aku akhirnya noticed yg mak aku ni suke komplen kalau bab makan kat luar aje..

so far kalau aku masak apa2 dia akan bg komen membina, seperti:

"oklah kek pisang ni mcm kuih bakar (kuih hijau yg atas ada bijan tu). mak suka. sedap".. (reaksi aku ooh oklah at least org notice kek pisang tu ada rupa kuih/untuk minum petang T__T)

"kek coklat pun sedap"

puding mestilah sedap heyyyyyyyyy dah 13,000 kali buat kah3x..

kek coklat tinggal suku lagi je. along suke makan.

kek pisang pula ada sebaris lagi aku yg telan pepagi sebelum pi kerja.. inilah dugaan ye ko beria-ia masak, ko balik yg makan..

mak, kalau mak ada mesti mak akan makan dgn gembira..

puding pulak aku segan bagi kat mentua takut kak ipar aku kutuk (*hai kak nurul!!!!*) bagi kat baby sitter adik terus petang smlm kakak tu tanya buat ke beli sebab sedap..

heyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.. (dalam hatilah)

aku sengih je. lagi org suke makan maka lagi aku suke buat..

aku mmg suke masak. itu hobi @ kegemaran @ passion. bagi org cam aku nih kalau org suke makan, maka aku akan selalu buat kasi dia..

hehe, itu pasal duit dapur dah kering asik mengulang alik ke kedai kek bagai. redho..

aku ni sebenarnya takut nak dengar komen yg tak membina.. komen tu ok, macam mak aku kalau komen pasal makanan kedai rasa mcm nak bukak warung nasik lemak terus..

ayat seperti, "kenapalah nasi lemak dia ni takde ikan bilis. kenapalah mihun goreng dia ni sayur selai pun takde, rencah apa dia letak?? daging, udang, ikan bilis sekor pun takde?? sampaikan aku belanja makan kat hotel kat thai restaurant pun dia kata apalah tomyam dengan glass noodle (sooh hoon) ni..takde mee betul ke..

tp kalau aku masak, dia selalu rasa mcm sedih sebab dia tahu life aku cemana. kelam kabut 25 jam sehari. weekend mcm2 agenda. dia mcm oooh baguslah ana dapat masak utk keluarga..

that s why i love my mum.. mak kita kan akan menerima dan menghargai kita seadanya.. kan!!

walau tertulis l.o.s.e.r di dahi anak dlm bab masakan, si penakut mendengar komen kegagalan ini, beliau tetap bagi galakan padu..

happy mother s day mak.. (tetiba dpt idea)

u r my mentor..

P/s :gambar takde wei, tak sempat amik kamera kat sony lagi. kemain lagi korg nak menengok makanan gagal aku ye.. kah3x. takpe wei, belajar dr kegagalan kan..

2 comments:

  1. baguslah ada hobi memasak..aku punya hobi makan jer hehe

    ReplyDelete
  2. apsal tk jadik ek. hari tu colleague aku buat pun tak jadik. rasanya resep tu aku tiru sebijik2 tau.

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..