May 16, 2011

kek cawan biru terindah


salam hai..

haha tajuk rasa nak lempang tak.. hehe

sebenarnya i buat choc moist cupcake.. resipi dani..

dulu penah buat.. lama dah tak bako membako nih.. rasa bersalah tgk oven. lately ada jumpa kedai brg2 bakery kat my hometown rasa happy. sebab dia jual cwn2 tu sikit2. dulu pegi kedai besar dekat 100 keping cup sekali jual, i bet sampai nak pegi haji sok pun tak habih. brg2 pun byk, comel2. gembira..

along xtra happy. excited. dia makan pagi petang. so itulah breakfast along. sebelum ni beli muffin tapi tak sedap (dasarrr, mentang2 dah buat kata org buat tak moist bagai.. hehe)

cuma kali ni i lebih prepared. ayak tepung awal2 simpan brg semua siap sukat dlm tupperware. bila line clear saje terus "along mari kita membakar".

kalau masa tu nak buat semua tensi especially masa nak ayak sebab aku sebagai tangan tak berbedung memang seringkali tersasar nak mendulangi tepung tu..

eh apa kau tulis tu.. paham tak..

choc moist cupcake dani


Bahan2:
A
1 cwn serbuk koko
1/2 cwn gula kastor
1 cwn air panas
1/2 cwn susu cair

B
2 cwn tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik

C
250 g butter
1 1/2 cwn gula kastor
4 butir telur
2 sudu teh esen vanila

Cara2:

Bahan A
1. Satukan koko, gula dan air panas. Panaskan atas api dan gaul sampai berkilat. Sejukkan sebentar dan masukkan susu cair. Kacau rata.

Bahan B
2. Campurkan tepung dan serbuk penaik. Ayak 3 kali. Ketepikan.

Bahan C
3. Campur butter dan gula. Pukul sampai kembang masukkan telur satu persatu dan esen vanila.

4. Masukkan A dan B selang seli ke atas C.

5. Isi adunan 3/4 cawan, 170' 25-35 minit.

Bersedia utk bergumbira..

our personal comment. along cakap mcm twiggies gardenia tp lebih moist sebenarnya. dani sebagai wanita yg sgt teratur dan perfectionist, suke sgt cara dia bagi resipi mmg nampak teratur dan mudah..

gumbira dpt bako lagi this cupcake.


gambar ngeri sebab tak sempat ambik masa sedang menggebu keluar oven.. next time harus tahu buat topping T__T

i am the kelam kabut mama remember..

selamat mencuba.

tq dani sta maria for the lovely recipe..

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..