May 3, 2011

f.r.i.e.n.d.s

salam haiiii...

cemana weekend semua.. ooh melaka sangat jam yer. sesape yg melalui highway ker hape mmg tau jam gile..

last weekend my best fren dr zaman sekolah susah payah datang melawat saya di melaka. sebenarnya tak sabar dari sabtu pagi siappp dah gosok baju semua org. tapi takut nak sms MK sebab krg dikatanya overrr pulak si ana ni.. aku kan membenci gosok baju tapi siap dah gosok 2 set baju, sebab petang ada birthday party, konon tak nak lambat, siap gosok utk malam punya..

along pulak lapan kali tanya, "betulke kawan mama ada anak lelaki 2 orang?".

beliau yakni si over + hyper perangai cam aku mmg gembira saat2 gathering ni sebab ada peluang berlasakkan dgn anak bujang orang. tambahan pulak aku kstau adam sebaya dia, manakala ryan 3 tahun, dia riang ria sebab tahu boleh berlarian bersama..

ok, sambung, petangnya tergedik pegi birthday party, baru sms MK. sekali birthday dak mucis anak buah aku ni ada pulak memanggil kakak mcdonald membuat game ke bende, yg mana aku x jangka, maka terpaksa tunggu along n adik join. abis pukul 7 lebih..

yang aku dr dlm keta masa balik, siap warning semua, ok lepas ni turun semua terus mandi siap semua, kita dah lambat. keluar rumah pukul 8 lebih jalan jam teruk, sms MK kata sampai lambat..

"about MK"

MK ni kawan aku yg cantik duduk di bilik sebelah masa kat dorm. aku pulak roommate mmg ditakdirkan dapat yg skema supaya dpt menginsafi diri tp nan ado. sebab itulah roommate kau buleh jadi doktor haha (*hai fariza anis.. mcm lah fariza baca blog ni hehe*)

bilik aku B35 asrama tun fatimah, so MK mesti B36 aku rasa. roommate dia farra alel. bilik pulak 4 orang, 2 senior 2 junior, jenis bilik ada divider jer. so pape kitorg akan saling mengintai dan menjerit dari bilik ke bilik.

MK ni masa form 4 aku tak geng sebab dia gadis cun macam tak sesuai ambo ni kan comot. MK ni glamer weii so form 5 tetiba jadik jiran aku.

aku tak sangka dia ni baik, kelakar, pembersih sgt dgn roommate dia farra, best gilerr.. yelah dia kan cun ingatkan sombong ker.

kes kami merusuh tu mmg tak buleh lupe sampai bile2..

kira form 5 di atf tu mmg zaman yg best gilelah..

aku gembira aku jumpa MK ni..

"bila jumpa MK 30/4/2011"

eh yang kau ni buat tajuk macam cerpen ni kenape.. ehehe.. ok bagi org yg kau dah tak jumpa selama dekat 17 tahun mmg rindu sgt. masa nampak dia jalan dengan anak2 dia mcm terpegun cakap sendiri "eh cantiknye atan, kurus jer, apo yg gemuknya?"

terus peluk2 dia dan tgk anak2 dia yg comel, the famous bam2 n adam, and hubby dia yg baik.

along pulak dah terpengsan terbongkang dlm keta tak bleh nak bwk dorg naik sekali. saje biar dia tidur sebab krg takde tenaga dah nak lari2..

so dipendekkan cerita kami sampai ke alai yg mcm ada game bola ramainya org dia. makan di restoran ikan bakar alaaa... kassim. semua self service, kekanak lapar gile..

MK @ Atan is still my pretty nice friend. cantik je dgn tudung velvet biru dia semua. anak2 pulak baik ryan comel je duk ngan mak dia. bayong sweet je mcm obedient sgt..

atan, ko mmg cantik. tak gemuk pun. cantik sgt. berseri2. aku siap pikir kenapa aku tak reti pakai eyeliner macam ko. nampak sgt kena ada make up class lepas ni dgn ko.. keh3x..

kitorg berbual2 sambil diselang selikan aktiviti melayan anak2. biasa tu tgh2 cerita lepas tu lyn anak..

paling gelak terbukak topik list gadis cun mrsm muar 1996 yg mana cik atan kita ni mendahului carta tempat pertama. ada rahsia melibatkan denny sampai terkekek2 kitorg ketawa kat situ. ooh denny where r u, nnti lenkali dtg jumpa aku k..

aku juga memberitahu kes rusuhan di asrama kat papa. entah pernah bgtau ke tak lupe pulak. tp papa ketawa like hell bile tau. pas tu aku kstau, pa, inile kwn mama yg jual baju yg mama suke tu. ye ke?? ooh.. pas tu, ni lah kawan mama yg ada blog masakan glamer tu.. ye ke?? ooh..

papa mmg suke aku berkawan dgn pemasak2 ni.. supaya aku mendapat kesedaran ummah utk memasak..

masa nak balik aku ingat nak antar dorg balik tp dorg mcm tak nak nyusahkan kata takpe..

along mcm dah terdiam sebab ingat nak lari2 lagi lepas ni..

heh macam sedih lah sebab banyak nak citer kisah2 zaman sekolah semua..

atan nanti kita jumpa lagi ye.

aku ada tgk album masa sekolah dulu, kat belakang gambar ko, ko tulis alamat ko, pas tu ada pesan,

"ana, nnti call aku. kalau tak call aku kau gile"

atan rindu wei zaman sekolah dulu. aku pg tadi ingat nak kumbah album carik gambar kite sume, nak upload kat sini.

malangnya langkah ku dibatasi 3 bakul baju yg perlukan belaian kasih syg nak dilipat dan sumbat dlm lemari..

sedih woi kwn lama ko susah payah dtg ke melaka zaman cuti am yg ramai gile sampai hotel takde air, jalan jam gile, byr hotel + tol etc yg mahal, makan lambat sebab nak jumpa kau..

sungguh mengharukan..

aku sebagai si penyedih mmg sgt menghargai..

atan, i ll forever cherish our friendship and love you..

aku gembira ko ada anak2 yg comel dan suami yg mengasihi kau..

semoga kita kawan sampai bile2.. anak2 kita pun..

kita boleh sentiasa carik kawan, tapi tak semua kawan kita akan sanggup bersusah payah utk kita.

along telah menyenaraikan anak2 MK sebagai besfren beliau, iaitu adam dan aaron. sesuka hati menamakan anak org aaron (aziz). maklumlah rambut pacak ryan mmg terpacak sampai pukul 11 malam hehe...

see ya again atan.. papaiiii

3 comments:

  1. Owh ana...entry ko ini lebih menarik & reader frenly from mine. Saya jeles. Awak pandai mengarang kata2. Hihihi. Tp aku masih terkilan tk dpt amik gmbr bg membuktikan aku berjaya jumpa ko. Maybe allah saje je tk kasik kita amik gmbr time u sbb nk suruh kira berjumpa lagi kan.

    Love u bebeh. Kem salam dgn family. Thanks to dak papa aiman n icha. Eh tetiba panggil laki ko gitu plak. Hahaha

    ReplyDelete
  2. ana...

    huargggghhhhhhhhhh!!!!!!!! jeles la...rindu saat2 dok atas divider bilik tu.....

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..