May 30, 2011

adab2 memasak..

salam hai..

last week saya ada menggoogle pasal kek coklat. lepas tu jumpa satu resipi kat web anak soleh macam tu lah nama dia. selain dia bagi resipi, dia juga memberi tips berkenaan adab memasak..

sebelum ni, saya selalu terfikir macam adab sewaktu mengajar anak. yelah sejak dia dah besar ni, saya akan teman dia belajar dan mengaji pada waktu malam..

bila kat rumah akan pakai baju simple je lah. iaitu t shirt dan seluar. obviously tak pakai tudung sebab pikir macam kat rumah apekehenya nak pakai tudung pulak.. saya pikir

tapi jauh di sudut hati.. chewwah.. saya selalu terdetik nak membetulkan cara pemakaian sewaktu bersama keluarga sebab rasa macam ada something wrong. iyelah memang ajar iqraq saje tapi still ia adalah part kepada pembelajaran al quran anak nanti..

sehingga saya terbaca entri web anak soleh itu....

beliau menggariskan adab-adab sewaktu memasak seperti:

1. dalam keadaan berwudhuk
2. tidak memikirkan perkara-perkara yang tidak baik seperti marah2, mengata orang
3. dalam keadaan berpakaian yang sempurna
4. sentiasa berzikir


mcm lega sebab mendapat jawapan yg dicari selama ini. islam itu indah di mana ada digariskan panduan bagi menghasilkan umat yang berkualiti.

saya takut kalau ada tingkah laku saya yang tidak saya sedari akan menyebabkan jiwa anak saya kosong dan menjauh dari jalan Allah..

memang saya tidak sempurna apatah lagi dalam berpakaian. saya rasa keadaan pakaian yang sempurna sewaktu memasak tu tidaklah bertudung litup, tapi cukuplah berpakaian sopan sahaja..

untuk mengaji saya berubah ajar selepas solat maghrib..

kita cuma boleh berusaha dan berdoa agar anak2 kita dekat hatinya dengan Allah..

semoga Allah sentiasa mengingatkan kita yang leka @ buat-buat lupa..

sekadar berkongsi..

ok bye..

*terima kasih kepada web anak soleh*

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..