April 21, 2011

tomyam putih dan impian baru


salam hai..

gigih pulak minggu ni upload wakakak..

minggu lepas bizi..

ok semalam berjaya masak tomyam putih yang resipi ambil dari blog MK ni..

dah lama plan nak msak tapi selalu lupe nak beli brg..

rasanya sungguh hebatttttt..

tq MK..

papa sebagai penggemar tomyam sejagat memang memperakui kesedapan tomyam warisan istana zaman silam ibu leha ini.

tapi aku tak letak cili api sebab along adalah umpama dilahirkan pada musim sejuk di amsterdam, tak makan pedas..

tapi aku dah plan dgn papa, next time aku akan asingkan semangkuk utk along, yg kitorg punya letak cili api hehe..

rasa cam nak nangis pun ada sebab tak percaya buleh masak mcm kedai thailand. biasalah feeling2 perasan sambil hirup tomyam panas.. korang macam aku tak kalau rasa mcm masak sedap siappp lepas masak terus nak makan, or rasa2 byk kali?? mesti ada kan?? kah3x.. sape lagi nak puji woi kalau bukan diri sendiri..


tom yam putih

bahan2:

ayam secukupnya (5 kepak ayam dipotong tomyam/kecil)
2 biji bwg besar (potong 6)
2 ulas bwg putih
1 biji tomato - tak letak takde sape makan
4 helai daun limau purut
1 biji limau nipis - saya letak 2
4 biji cili api
1 btg carrot
bunga kobis-tak letak ganti cendawan tiram (kobis ada tp tgk cendawan dah mcm nak nyawa ikan terus ambil inisiatif masukkan-perluke kau cerita?)
1 btg serai
1 kiub ayam-saya guna pati ayam knorr
garam

cara2:

Potong ayam bersihkan dgn perahan limau (guna limau lain ye), toskan.

Masukkan ayam dlm periuk bersama bawang2, serai, cili padi dan sedikit air utk tenggelamkan ayam shj. Biar mendidih.

Masukkan carrot, kubis (cendawan), kiub ayam.

Masukkan daun limau, jus perahan limau. Perasakan dgn secukupnya.

Akhir sekali masukkan tomato.

tadaaaaa.. siap..

sekarang aku ada impian baru nak ada garden yg comel. sebenarnya dah lama tapi ada kekangan masa, duit. aku suke edible garden macam ko ada kebun sayuran sendiri kat rumah. aku nak tanam serai, pokok cili api, pokok limau, daun kunyit mcm tinggal kat kampung. sebab aku ni pelupe kalau beli brg kalau nak masak susah betul brg tak cukup. tak suka beli byk2 sebab nanti membazir brg tu selalunya terperuk dlm peti sejuk..

dulu berjaya tanam sawi pendek tapi tak termakan pulak. sedekah kat mak mentua..

taman yang aku paling suke adalah dari ratnahomecraft yang listed di side bar blog ni.. memang sekarang takdak dah rumah english style tapi tgk le taman dia comel sgt wei..


kenapa comel sgt wei. brg2 tu aku tau boleh beli dr romantika.. sebab tak reti nak buat..

skrg ada projek baru utk gardening ni.. tapi entah le impian ke anganan ni..

now selalu google gambar garden, edible garden etc..

semoga tercapai..

amin..

P/s: to kak ratna/ peminat beliau, kalau marah saya upload ni just leave message, i ll delete later.. sorry. sukee sgt.. u inspired me..

2 comments:

  1. wei simple jer masak tomyam putih ko ni-awat yg sesimple ni pun aku malas ah!! ahaks

    btw-wah siap bergarden lagi-aku nak bergarden camne almaklum rumah atas awan-

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..