April 25, 2011

lirik lagu macam kelakar tapi kau nyanyi jugak..

salam..

hai..

ngantuk.. penat haha.. tak pyh cerita bosan pulak asik citer bende yg sama..

ok berbalik kpd issue, perasan dok skrg byk lirik lagu yg kelakar macam..

"begitulah awan nano... menggores pipi"

aku masa dengar eh kelakar pulak lagu ni apa ke bende lah nano-nano bagai..

tapi lama2 dengar macam tersuka pulak sebab sedap..

rupa2nya lagu Hafiz, aku mmg suke Hafiz good boy tu. sweet jer. muka baik. ada org mmg ko tak yah tanya mmg tau dia budak baik. aku sokong dr zaman AF lagi (*ada kau afundi??? tidak*) hey, tak semestinya tak afundi tak bagus tau. dapat peminat yg ikhlas macam aku ni berharga tau..

along pulak nyanyi bukan "menggores pipi" tapi "mengGORENG pipi"

so tiap kali lagu ni keluar we all akan bantai gelak sambil buat gaya goreng telur di pipi dia.. iyelah tak kelakar lah tu, ala takkan keluarga korang takde lawak family kan..

baru2 ni along suke lagu yang "aku menunggu kamu everyday, aku menunggu kamu monday, tuesday, wednesday, thursday.." tu..

aku dulu masa dengar mula2 eh.. eh.. pencemaran bahasa betul..

yelah tu, lepas tu jamming dgn along nyanyi lagu ni selalu. astaga nampak sgt dalam kereta bukan nak dengar cd mengaji or berzikir. ampunkan aku ya tuhan..

siap along tanya, "mama, kenapa mesti monday, tuesday... tu?"

memang le bagus mengajar nama hari dalam english kepada kekanak pre school nih..

tapi aku risau pulak abih cemana pulak anak aku besok nak ngambik spm b.m nanti..

macam bapak aku mmg tak risau bab2 b.m ni mmg anak2 mmg cemerlang gemilang terbilang tambahan pulak dak watie ooi master english ni.. sampai ke seluruh dunialah merantau disebabkan kepandaian berbahasa inggeris ni.. (*kasik bodek kakak sebab dia selalu belikan adiah kalau melancong oversea*)

abih bebudak ni karang cemana?

dah le blog aku ni caca marba jugak..

abih ari tu maybe kena kutuk ke hapa tetiba masa bersedia nak nyanyi lagu tu lirik dia dah tukar dah:

"aku menunggu kamu everyday setiap hari,
aku menunggu kamu monday, tuesday.. isnin, selasa
di sini sana.."

terus aku terdiam ngan along..

along tanya "mama kenapa dia dah tukar? tak sedap!"

oohh, sebab org marah jadi dia kena nyanyi dalam bahasa melayu..

"kenapa kena nyanyi dalam bahasa melayu ma?"

gaya soalan tu kalau aku yg tanya betul2 nak kena diperdengarkan sajak "melayu mudah lupa" oleh dr mahathir..

oh along, kalau along baca post ini later, walaupun mama selalu tulis caca marba, tapi kita tetap org melayu sampai bile2 ok..

mama suke bersyair masa sekolah rendah, baca buku klasik, sajak klasik, dan novel yg terhebat mama pernah baca adalah seorang tua di kaki gunung karya azizi haji abdullah..

so biarlah lagu rojak dan dunia rojak macamana pun, jatidiri kenalah ada..

maksudnya ok lah nyanyi2 tu tp bahasa melayu dan adat sopan jgnlah dilupakan..

thank u for reading..

3 comments:

  1. memang lirik tu cam lawak ehehe. betol juga kan budaya dan adab jangan lupa.

    ReplyDelete
  2. hikhikhik...nice entry...

    ReplyDelete
  3. mama-elok gak ada lagu tu wp hampeh / funny lirik dia-tapi at least inas dah tau sebut dari monday ke friday-ha3x

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..