April 6, 2011

kenapa saya berbelog & 100 wasiat

salam..

just nak citer.. kenapa aku berblog.. lain org lain ragamnya..

1. untuk membebel

ya mmg aku suka membebel. kdg2 marah org. macam tak faham kenapa org perangai gini dan gitu. tetiba marah dalam blog. kat depan2 tak reti nak marah. haha. kenkdg bende simple pun byk sgt nak cerita..

2. untuk update story dgn kawan2, family

sebenarnya tak semua tahu aku ada blog nih. ada yg aku tak invite sebab aku rasa tak secure. yelah kalau mulut tahap murai ada pulak laporan dibuat ke mertua aku kabo aku ni malas masak ke. sebenarnya takdelah malas sgt. cuma aku suke tulis malas sebab aku rasa tu dalam diri aku. faham tak. macam ko kata kau ngok, sewel. takdelah ke client ko kabo gitu. bukan. itu cuma self expression ttg apa kau rasa. mcm kwn2 aku ada yg rajin menempel di sini. so dptlah update sket. fb aku tak berapa suke sgt nak tempek2 gambar, cerita sebab yelah ada org2 tu yg aku tak kenal. sebenarnya, aku mmg tak percaya org aku tak kenal tgk life aku. krg tersilap paham pulak kan.

3. untuk menulis

menulis mmg jadi satu kegemaran aku. dulu kalau time kelas bm aku paling suka kalau buat karangan macam 300 patah perkataan ke. tapi bukan buat rumusan itu bosan ehh mcm pantun pulak. aku mmg tak suke fakta bile menulis. aku suke tulih cerpen, sajak. cerpen dulu kalau tulis mesti ala2 kat surat khabar macam contohlah permulaan dia "Pagi itu dingin, sedingin hati Intan.." or "Kereta Volkswagen Atuk terkial-kial membelah kabus pagi itu".. eh entah hapa2 aku ni haha.. gilo betul..

kiranya aku menulis ni adalah untuk melegakan tekanan dan kebosanan lah. cuma tak minat baca novel cinta tipikal. Kalau baca novel cinta mesti yg sweet sgt.

4. sebagai diari virtual utk anak2

sebenarnya aku selalu nak buat 100 pesanan buat anak2 aku kat side bar kalau aku takde lagi tapi rasa cam sedih sgt pulak. dah le aku ni kuat penyedih krg bukak blog nanges, bukak nanges. neng yatimah betul. konon buat list mcm nilah:

bila mama sudah tiada

1. along dan adik mesti selalu tgk nenek sarah. nenek mesti sedih kalau mama pergi dulu. mesti kiss nenek dua2 pipi, hug dia. belikan makanan kucing dia. belikan jagung ayam nenek 20kg, dedak anak ayam 5kg kalau balik kg.

2. along mesti kiss adik setiap malam dua-dua pipi.

3. along mesti lawat tempat mama belajar kat srk tambicik karim, sek ghafar baba, mrsm muar dan ukm kalau free sebab mama gembira masa kat sana. along mesti buat ramai2 kawan baik macam mama.

4. along kalau rindu mama tgk bulan ok. mama kat sana.

5. along jgn selalu nangis k. nanti mama nangis jugak.

6. along nanti kalau auntie abun, laila dan normah ajak pi gathering. along pegi tau dengan adik main dgn nabil, inas, iman, rayyan dan anak2 baru auntie abun, normah dan laila. mesti pergi tau sebab mama suke pi gathering.

7. along kalau masuk taekwondo mesti cuba dapat black belt seventh degree ok. mama dapat belt kuning saje dulu.

8. along mesti tgk movie PS I Luv U dan baca novel dia. mama syg along, adik dan papa mcm holly kennedy.

see masa tulih ni pun aku dah sedih gile. aku ni maybe terpengaruhlah dgn citer PS I Luv U tu. tapi ok apa. aku rasa itu adalah sweet ko tinggalkan pesan pd org yang ko sayang supaya bile dia rindu, dia buleh baca surat ko. ala2 kuch2 hota hai lah ni..

so sekian sahaja review kenapa saya berblog. ia adalah lebih kpd syok sendiri semata-mata.

janji aku bahagia sudahhhh (motto kehidupan)

thank you for reading..

3 comments:

  1. Huwaaaa..huwaaa..sediihhh..satu hari yg indah nanti akan aku blog juer pasal wasiat aku untuk askar2 tercinta. Mohon copy idea ye darling

    ReplyDelete
  2. atan, tq lah kau memahami. aku risau org ingat aku ni mental ke hapa.. tapi aku mmg nak buat list tu betul2 nanti
    n i m waiting for ur list. sure kita syahdu masa taip..
    kuch kuch hota hai

    ReplyDelete
  3. hu3x-aku suka wasiat no. 6-
    ye lah wasiat aku lebih byk dari ko maybe-
    mungkin xde harta nak diwasiatkan cos inas la harta aku yg paling berharga

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..