April 5, 2011

bila terasa rindu..

salam hai..

sebenarnya aku mmg takder apa nak cerita..

recently mmg takde idea.. tak tau naper..

semalam taip berapa kali pas tu delete semula..

mcm rasa kosong..

tadi melilalu ke blog masakan tgk dia buat rich choc pudding rasa macam nak nangis pulak..

huwaaaa.. i really missed my cooking session.. dulu mcm berapa hari sekali try new resipi, walo pun simple cemana pun..

dulu rajin wei buat pudding bagai..

(*my 1st rich choc pudding*)

smlmm lepas gian buat kerang rebus, cencaru berlada, cencaru goreng dan rojak sampaikan papa terkejut tgk ckp "ehehe.. murah rezki hari ni"..

mak aku cakap kalau makanan byk gitu namakan rezki rimau..

kerang dan rojak along request (kesan makan2 di penang). ala rojak timun gaul dgn kuah petis je. dia mana makan sengkuang bagai.. aku letak jambu air beli kat sg perak yg manis gile tu pun reject..

plg sadis nak buat kerang rebus yg mantap siapppppp kena google internet. dapat 1 dr myresipi, sonang dan sodappp. nasib baik wakaka. tak yah letak air, letak bwg besar hiris, serai ketuk dan garam jer.

biasalah mana sempat nak amik gambar bersilat gayung baldi, taekwondo, judo semua pukul 7-8 malam tu..

pagi tadi, setelah menjalani daily routine, masa nak keluar aku terjengah bilik along, alahai actually tetiap hari byk kali masuk bilik dia, tapi dah mcm utility room pun ada aku tgk skrg..

(*sebelum cat*)

(*sesudah pengecatan. sekarang sticker tu ada arnab tu takde telinga. sadis tahu tak. dinding pulak ada kena conteng ngan pensel actually boleh lap dan cuci tapi tak de masa maka mcm kekal kot kesan dia T___T*)

situlah letak ironing board bagai dengan small office home office (soho) papa. dengan lemari buku papa aku pi sumbat brg2 aku nak buat scrap book dak adik. biasalah nak buat scrap book konon siappppp simpan 1st dress, 1st shoes etc. nak tampal2 dalam giant book.. konon.. entahlah bile aku nak buat.. den.... tlg aku den. ko kan selalu kretip den.. aku konon nak tampal kain felt lah, button lah.. impian anggun betul..

aku kesian tgk bilik along skrg. yelah dia pun tak menetap di bilik tu. aku syg bilik tu sbb itu bilik pertama anak aku. tgk dulu siap ada tulisan nama dia, tp skrg yg tinggal katil dan bedspread tu jer.. masa ni adik baru lahir, tu yg ada hadiah hamper tu. kat sebelah ada katil lagi 1 utk adik tp kawasan dah diambil alih oleh setinggan papa sebagai mini ofis beliau. so katil adik bukak dan simpan utk next projek decor bilik adik..

ooh along, nanti mama cantikkan bilik along semula ye.. lepas mama carik tempat nak simpan brg mama or..

lepas mama buang brg2 tu.. yg mama mmg selalu buat..

nak buang brg pun takde masa actually..

god.. i really missed cooking and decorating my tiny lil house..

please give me extra hours and extra energy.. everyday..

thank you for reading

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..