April 18, 2011

berapa byk masa yg kita ada..

salam hai semua..

today is my beloved sister's birthday.. happy birthday kak watie.. semoga bahagia selalu. terima kasih kerna jadi anak, kakak, mak ngah dll yg cemerlang, gemilang dan terbilang..

pagi ni aku dapat sms yg kata, my bestfren norzie, mak dia, meninggal di mekah..

(*norzie, kanan atas sekali*)

norzie adalah kawan aku yang aku kenal dari zaman interview masuk matrikulasi undang2 lagi, duduk sebelah dia masa diinterview, dapat bilik yang sama masa matriks tp end up dengan jadik jiran jer, dia menetap di bilik kitorg walaupun jiran, kawan sama taekwondo wakil kolej, duduk dalam same row sepanjang 5 tahun kuliah, masuk hampir semua kelas tutorial sama sebab nama nak sama ada nor-nor, duduk di kolej rahim kajai yang sama selama 5 tahun..

so just imagine betapa byk aku tahu cerita pasal mak dia..

we used to talk about our family. kitorg panggil bapak kitorg lord ali, lord nazri, mak memasing lady sarah dan lady norlia, kengkonon bersempena nama hakim2 pandai bijaksana lord denning bagai. kononlah padehal belajar malas tapi nama hakim kemain pulak nak diaplikasikan..

aku tau dia anak harapan keluarga dia. mak dia so soft spoken n nice, penyabar orangnya. ada cerita2 pasal family yg we all share together, yg grup we all selalu citer2..

so norzie is the kind of friend yang walau pun tak jumpa 100 tahun pun aku boleh ketawa sampai nangis mengenangkan cerita2 bodoh masa kitorg belajar dulu..

but today, aku baca sms mak dia meninggal di mekah sebab barah ovari stage 4 itu mmg sambil nangis sambil drive ke jasin. bertemankan hujan lebat, awan mendung, ingatan2 pasal ibu dia dan juga paling penting ingatan ke mak aku.

i remember mak dia hantar motor untuk dia belajar di ukm naik motor dengan bapak dia dr ipoh sampai bangi sampai sakit2 kaki.

pagi ni aku ingat dulu norzie cerita mak dia happy sgt dia masuk ukm mak dia belikan comforter set gambar kereta racing masa matriks..

my geng dulu basically sama latar belakang. takde nak mewah2 masa sekolah. nak melawa apetah lagi. so fakta mak dia belikan dia comforter set tu mmg mengharukan sebab kitorg bukan senang sgt.. aku ingat dulu aku bwk cadar single kakak aku gambar tweety latar warna pink. aku mmg minah recycle sume brg kakak aku adalah diwariskan kepada aku, si pemilik mutlak.

mak dia yang isikan borang upu dia dengan bapak dia.. mak dia akan buat apa saje asalkan di dapat jadi lawyer.. so skrg org yg paling penting itu dah takde.. macamana??

so, tanya diri kita, berapa byk masa lagi yg kita ada utk membahagiakan ibu kita??

kepada lady norlia, yg bersemadi di tanah di mana dikuburkan rasul, nabi-nabi dan para anbiya', damailah kamu di sana..

al-fatihah..

kepada norzie, yang mungkin tak akan membaca post ini, cerita lady norlia the great kita simpan kemas dalam kenangan..

semoga kita semua berjumpa lagi di sana..

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..