March 3, 2011

ps i luv u, malay novel v. english novel


salam hai,

wah lama tul tak update sbb takde idea..

biasalah jadik wanita umur2 gini byk dipikirnya. tiba2 berhalusinasi org nak kondemlah, haihhh masalah hormon betul..

so berbalik kpd topik. i baru abis baca novel PS i luv u ni. taun lepas ada tulis pasal movie dia so MK sarankan, to read the novel... so mmg aku terlewat. beli dah lama tapi baca pulak tgh2 malam buta. bila dak adik terkejut nak susu, terus pura2 tidur agar dia ingat sdg bermimpi. lepas tu aku terus membuta..

sebab aku dah tgk movie dia dulu, so mmg lainlah jalan cerita dia. byk watak penting mcm family member dia tak dihighlight dalam movie tu. pastu percintaan dgn boifren baru juga berbeza. cara surat2 dari arwah hubby dia sampai juga berbeza..

cuma being a such melankolic super romantic person, bile tgk movie dia aku menangis dari mula sampai akhir movie dia. sebab terbayang macamana lah aku nak hidup kalau my hubby tiada.. adakah akan sewel sekejap seperti holly kennedy??

bila baca novel dia pulak, rasa macam amazed dgn tahap kekreatifan penulis dia. cerita pulak sweet betul. tapi still berdasarkan kisah sebenar dan tak over menggambarkan si holly kennedy ni super perfect girl. aku nangis dua kali, sekali masa besfren dia si denise tensen kenapa holly tak boleh join dan celebrate hen's party dia. dia cakap holly membosankan since gerry died..

so holly cakap kenapakah bestfren dia sendiri tak memahami betapa dia sangat menderita kehilangan suami dia sehinggakan bergembira adalah perkara yang terakhir dia nak buat di dunia ini? actually panjang lah dia marah, aku buat kesimpulan.

lagi sekali nangis masa baca para last novel tu..

so malay novels v. english novels

aku ada staf yg suke sgt baca novel melayu. so dulu rajin dia supply novel. tp aku pening kalau baca novel cinta melayu ni selalunya topik tu sama, dipaksa kahwin, perlukan duit so kahwin kontrak, benda2 mcm tu lah..

watak pulak super perfect. cantik halus mulus gemalai. kalau tomboy pun sebenarnya sgt cantik semua lelaki terpikat. kalau miskin sebenarnya kaya tapi keluarga buang. kerja pulak tip top perfect..

bukannye aku dengki tp in real life, kehidupan tak sesempurna itu. rasanya korang paham apa yg aku cuba cakapkan..

aku pulak bende2 yg tak logik ni maleh sket nak melayannya..

plg tak tahan nama tu. contoh nama watak riezza nur shakiera sophia binti datuk rahman.. iyelah mmg tak salah tapi nama bapak koman tp nama anak mengalahkan anak artis. belajar pulak oversea. ada pulak watak bitchy yang kaya dengki dia ada boifren hensem dan kaya bawak keta sport..

haihhh.. mak letih nyahhhh

macam PS I luv u ni, jalan cerita sadis ok. soul mate dia meninggal.

lepas tu dia pulak not sooooo perfect. sweet tp jobless, takde arah tuju hidup.

nama dia holly kennedy saje

watak bitchy ada jugak si laura.. aku rasa mmg wajib lah watak2 ni..

tapi cerita dia hidup..

so sekarang hobi aku kumpul novel cecelia ahern.. sekian terima kasih

P/s: nota ni adalah secara general saje ikut pembacaan aku. novel melayu lama2 ayah aku punye still the best antaranya 'seorang tua di kaki gunung'. terima kasih kepada ayah aku yg menyemai budaya membaca kepada aku adik beradik. semoga anak2 aku juga akan mengucapkan terima kasih kepada aku satu hari nanti. aku kalau tension, akan membaca, sebab bila membaca, aku macam ada di dunia lain.. aman damai gitu..

bye see ya again..

4 comments:

  1. Aku tk berapa suka ngan crite ni..
    Lebih2 tang heroin nye tu..
    Klu carik yg sweet skit mcm Nani ke (Nani pelakon kah??), baru logik skit..

    ReplyDelete
  2. ps iluv u nak cari lah satu. cam best ja baca enrty tadi. betol novel melayu kebangayakn camtu uhuhu. tapi ada gak yang lain sikit cam novel ramli awang tu lain sikit.

    ReplyDelete
  3. wei..diana..apehal susah sgt aku nk komen nih..dah 3x aku tulis nih..

    kau ni Den tak abes² nani..baik diana jer..diana pun comel apa..dulu² ms bujang aku rajen gak baca novel melayu alaf21 tu..tp lama² bosan sbb jln citer sama jer..nak muntah pulak..novel inggeris otak aku agak kurang nak memahaminya..tp aku nak cuba bacalah novel ni..

    ReplyDelete
  4. denny: novel kau, nani, i luv u.. fewwit
    zaira:aku maleh baca sbb plot citer tu sama. pning baca. tp novel ni tak susah sgt nak pahamnya.
    k3:mmg ada novel yg best sure. ramli awg murshid tu tak pernah baca. so nnti akak try..

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..