March 29, 2011

penang or pinang or pening??

(*dari kiri normah, diana, laila, zul n abun*)

salam..

hai..

lama tak jumpa..

yelah last wikend saya pi annual gathering dengan bff di penang..

hoih memang kecoh padehal baru hari rabu, laila dah sms bahawa dia kata hati dah sampai penang..

semua menggedik nak berjalan..

pas tu jadi cam bebudak semula asik sms, call semua cakap tak sabo nak jumpa di penang. kecuali abun, beliau mmg tak minat sms2 nih..

hari khamis lagi horror, rasa cam jam lambat ngat nak berjalan..

hari yg ditunggu2 tiba jua..

jumaat pukul 8:10 jalan dr rumah. berenti makan dan sampai di r & r sungai buloh jumpa abun dan normah. pas tu jalan dan berenti dekat pukul 3 sampai penang..

byk nak cerita tp letih..

dah pi penang ni 2x tapi kali ni baru betul2 tour penang..

kami stay dekat naza talyya penang. jauh jugak dekat batu feringghi tu, tapi view cantik tepi laut. sewa hotel pun murah RM180-00 per night with breakfast for two adults..

kami jalan ke pantai batu feringghi. terus bajet ooh kat sini agaknya filem ali setan dulu shooting. depa kan guna usm as latar citer.. singgah batu feringghi makan rojak buah dgn abc naaaa..

tidak lupa makan dekat nasi kandaq line clear. siapp order ayam, udang, kari kepala ikan, sotong, sayoqq untuk 8 dewasa, 6 kanak2 hanya RM170 saje.. bestttt takkk?? udang besar lagi tu haha.. tp tempat tu sape2 feeling artis tak yah lah makan. sebab dia actually warung kat lorong jer..

maka dilengkapkan dgn usaha mendebabkan badan dengan makan passemboq @ rojak kuih udang, timun etc dan kerang bakaq di padang kota lama. tidak lupa makan char kuey tiow yg aku teringin cuba sgt tu. rasa ok tp terlalu berair sgt, terus rasa jika goreng sendiri lebih sedappp... ehh.. takdelah, sebenarnya aku yg tak biasa makan.. tp actually tourist guide kami kata kat pdg kota lama tu byk pelancong je dtg makan, org tempatan tak dak pun makan kat situ.. aku kabo biasalah tu, kalau korg datang area bandar hilir kat melaka nih, sume dipenuhi ngan tourist ajer..

terus malam ke nite market ala2 uptown ala2 petaling street tapi sebab hujan byklah kedai yg tutup.. jalan2 di gurney drive, pi pasar jeruk, kami beli jeruk di jeruk pak ali. biasalah anak pak ali mestilah pergi situ jgn nak menderhaka. kira tempat2 wajib di penang ni sume dah dijelajahilah. makan seafood di teluk tempoyak.. best.. balik naik feri kekanak teruja..

jgn tanya mana gambar sebab cameraman sibuk kejar anak/ dukung anak.

sebelum balik kami singgah lagi makan beriani di puncak mutiara cafe dia ni ala2 tempat makan di dalam hutan.. siapppp ada kandang kambing, burung unta.. tempat tu macam tempat makan di dalam ladang tau.. makan kat pondok.

kesimpulannya, trip to penang ini memang best. best sebab semua bff ada. kami bercerita setiap kali jumpa. penang pun cantik. bangunan lama2 mcm melaka. haippp mesti nak puji melaka kah3x..

bile dah kerja nih masuk bilik duk kat meja rasa cam oooooohhhhhh..

rasa macam kehilangan..

kehilangan apa?? kutuk mengutuk sesama sendiri, sesi mesyuarat tengah malam..

hey but aku ada anor gathering dengan my long lost bf MK ujung bulan ni. dun t worry atan, aku dah book tarikh tu just for u n your family..

so to my kelab bb (big bum bff), sile plan trip yg best lagi next year. aku rasa tempat tu tak penting. as long as korang ada, budak2 ada, mesti semua happy punya..

sorry salah dan silap.. tourist guide mekasih..

see you all next year..

2 comments:

  1. oit- satu jer gambo? apa pun aku pun happy we all dapat jupa and menggossip wp aku dapat gelaran baru iaitu 'presiden kelab bb"
    aku akan pastikan kak pah akan pegang jawatan tu next year
    yg pasti aku akan kecikkan bb aku ni-tensen wei-

    ReplyDelete
  2. Hihi saya sukelah. Kita dinner ek. Venue ko decide lah. Aku sesat je manjang cqrik tpt mkn kat melaka. One very fine day nanti aku turun sorang je date dgn ko nanti.

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..