March 9, 2011

siri kisah misi mencari petola

salam..

ada rasa nak melempang tak baca tajuk misi mencarik petola..

sayur petola tahu tak.. bukan bola..

bukan apa aku nak buat sup suhun dan petola hari ni.. tetiba teringat pulak sup petola mak aku masak.. apa ke tebiat agaknya..

cess nampak sgt seumur hidup tak pernah beli sayur petola..

sebenarnya semalam aku pi klinik.. risau sgt gastrik tak elok2..

kalau dah teruk rasa macam contraction bersalin pun ada.. tapi separa ajelah..

so bila jumpa doktor tu, dia tanya:

"u ni ada tension kerja, diet or apa2 stress ke skrg?"

aku cakap takde. kerja mmg tensi tp takdelah selalu. tapi kerja mmg tak tensi cuma boring. tapi so far aku bleh absorblah apa2 hal kat ofis ni. kerja pun masa flexible. so tiada masalah di situ.

bab diet pulak mmg tidak sebab dah gastrik nak diet kemendenya makan 2 jam sekali..

after beberapa soal-jawab saksi, dia tanya lagi:

"sejak akhir2 ni ada uruskan anak2 sekolah ke, rushing ke sana-sini ke, itu pun boleh sebabkan stress"

oohhhhhh.. panjang aku mengeluh depan doktor. aku bygkan stress tu mcm sakit kepala pikir hal opis, or pikir mcm2 masalah dunia ke.. u know bende2 yg mengganggu fikiranlah. hal budak sekolah ni mmg rushing lah nak kejar sana-sini. kenkadang time gosok baju aku pikir pas ni kemas beg sekolah along, pas tu kemas bakul adik. nak basuh botol, sidai baju. fikir byk bende dalam 1 masa.

rupanya tak cukup rehat pun or terkejar2 jua boleh sebabkan gastrik aku ni.. gastrik sampai muntah-belilah ok.. aku ingat sebab tak jaga makan jer. tu yg pelik makan ok sihat walafiat but still gastrikus menyerang..

itu sebab biasanye working mum ni selalu sakit sini sinun. hidup dgn secara tak sihat. actually semua org pun begitu. tak kiralah mummy ke, pekerja ke, or single ke. dunia sekarang buatkan kita terkejar-kejar.. mmg berbeza zaman muda2 dulu n zaman matang gini.. guna 'matang' agar diri sentiasa berpikiran matang..

patutlah sejak along masuk pre school taun ni, dah 2 kali aku kena gastric attack teruk gile sampai rasa macam nak mati..

routine start dr pukul 6 pagi, prepare quick breakfast, rushing siapkan 2 kekanak ke babysitter n school, kemas rumah, pergi kerja, balik, bwk adik main kat taman, rushing masak for dinner, then ajar along buat homework n ngaji sampai pukul 10, pas tu tidur.. actually ada macam2 lagi aktiviti tapi tak tersebut..

tv mmg tak tengok sampai pukul 10 sebab along takkan concentrate belajar dengan org lain tgk tv time dia study..

dulu zaman dia masuk kindie tak tensi sgt sbb takde homework sgt, so malam pas makan lepak tgk tv hafal tu satu famili malam ni cerita apa, esok cerita apa.

skrg lebih baik masak simple dinner dan semua org makan dgn segera dan along buleh study sebelum lampu amaran ultraman dia menyala menandakan bateri dah lemah = raksaksa keluar = dia nak tidur..

smlm aku masak bihun organic dan sup sotong, buat ala2 masak kantonis, along gigih makan sampai 2 mangkuk. the day before goreng ketam je dgn sayur kacang buncis, carrot + tempe goreng sebab letih sgt.. hampes beli ketam nak buat chilli crab tapi tak salin resipi pulak..

bile along balik tadika petang akan tanya:

"mama, hari ni mama masak apa??"

aku akan jawab "hari ni mama masak bihun sup terhebat. bukan biasa tu tapi terhebat tau.." biasalah aku kan drama queen kah3x..

dan jawapan along akan buat aku rasa macam nak masak selama-lamanya utk dia..

..

dia jawab.. "yeahhhhhhhhhhhhhhhhhhh, papa, mama nak masak bihun sup terhebat tauuuuuuuuuuu"..

ok.. yg ni mastercard pun tak boleh nilaikan kegembiraan dia okkk..

i love u along.. and i will always do.. along selalu percaya kat aku yg aku selalu masak2 yg hebat je utk dia.. padehal biasa je, tapi sebab aku ckp hebat, dia percaya T__T

i sacrifice my health, my time, my tv time, my time being a couch potato, just for you..

so aku nak carik petola, nak masak ptg ni..

takde kaitan pun petola tu dgn entri ni, aku saje nak letak, boleh???

P/s: jawapan bapak dia bile along jerit pd dia actually begini, "ye ke... wahhh hebatnya". tapi ada unsur2 fake di situ. aku dpt kenalpasti. jadi tak diketengahkan dlm iklan mastercard tadi. heheh

3 comments:

  1. Assalamualaikum Diana,
    Hiii...betul2.. saya pun teringat kalau kat rumah kampung, ayah saya paling favourite lauk ni...

    Btw, saya pun baru nak baca PS ILU tu, beli dah lama, tapi biasalah, bz and bz and bz.... hahaha

    Tc sis, and Selamat Masak Lauk Petola

    ReplyDelete
  2. haha..aku x suka makan petola..wah umi mithali ko nih..aku?? maleh nak masak kui kui kui..

    ReplyDelete
  3. k su. hai.. bacalah kalau ada masa. so so true story dia. ada jugak part boring tp biasalah mcm hidup gak, ada boring gak kan..
    petola is my fav..
    zaira: mithaaaaaliiii sgt lah. takde maknanya. kena masak sebab anak2 and hubby aku kalau makan kat luar/tapau makan sikit aje. so masak simple2 asalkan dorg kenyang..

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..