March 22, 2011

chicken soup for the soul

salam hai..

takdo mood langsung..

nak blogging macam takde feel..

mcm rasa sunyi sepi sgt kat ofis ni..

hati sepi, cuaca mendung..

haihhhh..

so kalau rasa sedih apakah yg kita selalu buat????

oleh itu, mari menyenaraikan perkara2 yang membuat saya gembira..

dulu aku ada list ni yg diprint dari internet yg mana so-so true pasal list benda2 yg membuat kita gembira..

tapi ntah ke mana-mana aku humbankan kertas tu. biasalah bangsa suke buang barang.. buang brg takpe, jgn buang bayi dosa-dosa tau..

(tolak ketepi hal suami dan anak-anak ye sebab dah selalu cerita)

saya sgt gembira/lega bile:

1. mendengar lagu kegemaran saya diputarkan oleh dj radio. ooh yg ini mmg best, dengar lagu intro pun dah tergumam-gumam mulut. lepas tu happy sgt eh ini lagu aku. lagu aku.. lantas menyanyi riang.. kenkadang menyanyi beria-ia dalam kereta lepas tu bertembung dengan anor. car yg menyanyi bersungguh-sungguh jugak. tergelak memasing..

2. berjumpa dengan kawan-kawan lama, staf lama masa mula-mula kerja dulu. kalau staf lama sedih woi jumpa kat facebook. dulu mula2 kerja mcm balachi kena, gaji rendah pulak tu. bila bos takde kitorg bukak radio kuat2 nyanyi kuat2. bila bos balik selalu kena maki. bos pulak bangsa jenis suka buat spot-check. hazabbbbbb betul. bos lama aku selalu sound aku jgn samakan taraf dengan kerani. takkan le nak gurau2 pun tak boleh. nak stress aje satu hari kerja. sewel betul bos lama aku. kenkdg bebudak ni contact aku balik, mesti cerita zaman kegemilangan dulu tu. sekrg dah takde gemilang dah, terperuk kau sorg2 blogging ni ha. haiiiii.. boring betull

3. amik cuti satu hari dan kemas rumah in and out. ni pun dah berlalu. sebab dulu babysitter adik tggal jauh sket. so aku akan amik cuti utk operasi pengemasan sejagat. tetapi babysitter baru dia duduk adalah selang 10 bijik rumah dr rumah aku. krg dikatanya aku dasar pemalas jaga anak pulak..

4. bukak kotak lama dan jumpa brg2 kenangan zaman belajar dulu.. ok yg ni boleh jd berjam-jam terperuk. ada gambar kak pah dgn tudung renda lipstik merah menyala, gambar spek tebal normah, gambar abun, segala nametag join event di ukm, skrip drama bahasa arab, skrip teater (norzie i miss you), tengok pulak gambar yg slim sikit dulu. happy ok.. perasan ooh dulu aku slim jugak rupanya kah3x.. tengok gambar dorm dgn athan, farra dan den yg tak sedar diri posing atas motor, kengkonon macho. tgk gambar2 kawan2 yg mana masih ingat aku ni.. mcm zaira rina..

5. prepare the food for your soul.sebagai ibu, aku ni kenkdg rasa bersalah jugak bila aku rasa aku perlukan masa bersendirian kat rumah. cuma nasib ada insan yang memahami, every saturday evening, insan itu akan membawa anak2 ke rumah mertua, so aku akan mengemas rumah sorang2, bile dah kemas semua, akan duduk depan tv, prepare a cup of hot MILO, and kalau rajin sket goreng mee goreng mamak utk aku sorg jer. sbb yg lain2 tak berapa suke. heavennnnnn.. betul2 food for the soul. aku mmg perlukan beberapa jam tu utk ketenangan fikiran sebab itu jer masa yg aku ada dlm seminggu utk bersendirian. hehhh.. paham tak.. aku harap ibu2 di luar sana memahami. lepas tu, dah ok dah.... takde hal kalau nasik bertabur atas karpet kena pijak2 lagi. boleh absorb kemarahan mcm sponge.. ye lah tu..

so kesimpulannya, langit itu tidak selalu cerah. kita pun tak tau apa yg kita nak 'kenkdg' atau 'selalu' perkataan yg sebetulnya.. rasa sedih, moody, depress tu aku rasa ada kaitan dgn masalah hormon kita.. kita rasa langit org sentiasa lebih cerah padahal awan atas kepala kita yg membawa hujan di tengah panas terik itu akan ada pelangi selepasnya.. kalau kita nasib baik lah..

it s ok kalau kita ada rasa yg tak berapa nak keruan tu.. aku rasalah..

sebab itu sekejap jer.. bila kita dah ok, hormon jahat berlalu, kita mengadu dengan DIA, semua tu akan hilang.. dan for sure akan dtg semula..

but don t worry.. we ll be just fine..

to atan: i know u miss ur sister, don t be sad ok.. dia dlm lindungan kaabah tu..
to rina: tq for all your sweet comments. entri ini lanjutan komen kau kenapa kita rasa kita tak secomel dahulu..

so bye korang..

thanx for reading anyway..

1 comment:

  1. Ana bucuk bacin, aku mmg dh tk boleh bukak blog ko dr pc opis aku yg gile tu. So dpt tgk dr phone je. Tk puas rasanya. Kalaubada rezeki kita jumpa 30/4 ok. Block your calender honey

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..