February 9, 2011

org yang baik itulah yg diduga

salam hai semua..

hari ni ok sket kehidupan aku. aman tenteram sket..

so nak cerita pasal satu cerita ni. pasal staf aku yg recently kena operate buang fibroid sebesar 23cm dalam perut dia. eh perut ke apa. iyelah.. di bahagian peranakan tu lah. jgnlah nak mengimbas kelas biologi aku dgn puan sayuwa awang pulak. aku belajar pun dulu sebab puan sayuwa tu lemah lembut. tak sampai hati. boleh ke camtu. gilo betul..

ok staf aku ni early 40-s. paling baik sebab aku jenis tak percaya org dia sorg je aku percaya. aku ckp dia baik sbb dia menghormati orang. merendah diri.

lagi satu dia ni tak dikurniakan anak sendiri. pas tu pergi pulak pelihara anak angkat 2 orang pulak tu. bukan calang2 orang yang boleh pelihara anak angkat ni ye. iyele macam aku dgn anak sendiri pun ada mcm nak jadi singa lapar bila budak2 tu buat perangai, boleh kau nak jaga anak org lain yg takdo kono mengono? kono lompang adalah nanti..

so dia menjalani kehidupan normal selama 40 tahun. cuma bulan 10 taun lepas, bila period rasa sakit sangat kat bahagian abdomen.. wah perkataan saintis betul abdomen. bila nak pass urine pun pedih. pegi klinik, doktor cakap maybe batu karang, amik ubat batu karang, pas tu ok..

pas tu bulan 11 rasa sakit kat abdomen tu dtg balik, sampai tak tertahan, tak boleh tido, pegi check klinik, ruuupaaaanya ada fibroid. tp med assist. tu tak confirm, kena pi jumpa pakar kat general hospital.. dia buat check up kat klinik kerajaan to save cost..

fenomena di general hospital ni maleh aku nak terangkan dengan detail. pendek kata, ada dekat 3 kali kot dia buat pap smear semua tu untuk confirmkan fibroid tu. bygkan 3 kali. ada pegi sekali hospital yg fix appointment pas tu cancel sebab tersalah bagi tarikh sebab clash dgn appointment ibu mengandung. apakah??

so finalnya bulan 1 hari tu, dia memang kena operate untuk buang fibroid tu yang semakin membesar.

dengan takde insuran, or medical card, dia kena berjuang tinggalkan famili utk pergi major operation tu. luckily ovari dia selamat. walaupun dia tak pernah conceive, tp ovari tu still ada. sekali lagi jgn kau tanya aku apa fungsi ovari..

masa aku pegi tgk dia kat hospital, dia mmg tgh khayal sebab baru tekan morfin masuk dalam badan. lembik betul.. tp rasanya sebab dia baik so tuhan mudahkan urusan pembedahan dia..

dia kehilangan hak untuk pregnant selama-lamanya sebab rahim dia dah dibuang..

dia adalah kakak staf yg paling baik, tapi dia yang diuji tuhan. tapi aku tgk dia redha 100%. itu aku respect

so kepada kita yang dah le tak berapa baik sgt ni, ambiklah apa2 prevention yang perlu, do your check ups regularly, ambik that hpv vaccine yg mencegah kanser serviks, dan jaga kesihatan diri.. ambik apa2 produk kesihatan yg diiktiraf. jgn tipu, bila perempuan menginjak ke 30-an, macam2 kawan penyakit dtg. aku skrg kalau keluar dgn anak kena dokong budak tok leh pakai wedges or heels, sakit kaki. pas tu sekarang aku dah pakai spek permanently. ye rabun itu akhirnya diakui. power sama tapi ngeri bila hujan tak nampak jalan. insaf.. bab letih tu biasa. kalau org ada masalah tido aku nasihatkan agar tgk aku tido, mesti dia nak tertido sama..

utk info, boleh melawat blog kawan comel i ala2 artis indonesia, cik rina, inspirasihatcantik ada kat sidebar aku ni. dia memang kategori wanita penuh ilmu sejak zaman kolej lagi (kolej kau, macam filem 80-an pulak) dan rajin pulak menggoogle ilmu2 ni. aku ko jgn harap nak buat artikel pasal fakta ni. aku suka bercerita based on true stories.. for record rina penah jadi model magazine rapi. fewwit..
(den, tlg jgn cemburukan rina, plizzzzzzz)

jgnlah menyesal di kemudian hari sebab hari ni kau mengaku kau dah pun lead a healthy lifestyle, padehal tidak..

anak2 kita dan keluarga kita perlukan kita

1 comment:

  1. yer betul tu..waktu muda mmg penyakit x jengah psl badan masih kuat..tp nnt dah tua mcm² penyakit datang..

    kesian kwn ko tuh..aku doakan dia sihat nnt..

    mari gelakkan entri terbaru aku..

    http://cikbetty.blogspot.com/2011/02/papa-jangan-kaget-bila-mama-pakai-seksi.html

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..