February 21, 2011

bawal masak sweet sour


salam hai..

lama tol tak main masak2 nih..

itulah tertekan masuk blog MK sampai MK rasa bersalah pulak update entri masakan. MK @ atan, ko abaikan je aku ni. aku memang dengki dgn orang yg rajin masak nih hehe.. masak tu selalu jugak, tapi hobi mentry resipi baru jrg dilaksanakan.. kaulah idolaku MK -->> tetiba..

so berjaya jugak try masak bawal sweet sour ni. resepi ambik dr blog kak nani, model 80-an. resipi dia simple, takde sukatan pebende. macam mak aku kalau bagi resipi gitulah. contoh:

suatu ketika dahulu..

aku : mak, bwg ni nak kopek berapa byk?
mak : eh, agak2 lah. jgn byk nau, jgn sikit nau (nau bererti benar ye, sila ingati ungkapan ulau melingkau atas pagau, yg mencerminkan tonasi rakyat melaka secara global)

dulu masa tak tau masak aku tensi. cemana lah nak agak2 gitu. sekarang bila dah rajin sikit masak, ohh baru faham. agak2 lah maksudnya = kalau kau selalu masak kau taulah brp byk = kalau tak biasa masak apa yg nak diagaknya..

ok faham dahhh..


bahan2 dia:

ikan -siakap preferred
sos ikan
sos cili thai brand mae pranom
sos cili life
sos tiram
serai dihiris halus - tak letak sbb dah habis
cili padi dihiris halus - tak letak
bawang besar dihiris
bawang putih dihiris
timun didadu- tak letak
epal hijau dihiris halus - diganti dgn mangga muda
tomato dipotong kecil
tepung jagung dibancuh dengan air sedikit

cara2:

ikan dibersihkan. resipi asal guna siakap tetapi aku takut krg tak jadi rugi pulak. so guna bawal hitam sahaja. lumur dengan sos ikan. panaskan minyak. goreng hingga garing. aku si pemalas nak toskan ikan guna penapis telah menyebabkan letupan di dapur masa letakkan ikan dalam kuali. minyak panas kena kaki. sadis. dapur mcm kena bom. padan muko kau.. -->> angkat ikan dan ketepikan..

di kuali lain, tumis bawang2 hingga wangi.

masukkan semua sos, bila dah lama sikit masukkan tepung jagung. jenis sos2 tu memang mengikut resipi asal ye.. pueh carik sos mae pranom jumpa gak..

kemudian masukkan hirisan mangga muda dan tomato

curah atas ikan yg digoreng tadi..

ngapppp time...

iyelah aku tau gambar tu buruk sikit.. terkejar2 masak kiah ooiii masa anak2 keluar. mana nak ambik gambar lagi, bateri kamera pulak habih tak sempat nak amik gambar kerabu mangga yg dibuat sbg side dish.. ia biasa tu terkejar2 every single day..

tetapi rasa dia adalah menangkap paru2 sebelah kanan ye harap maklum. resipi kak nani ni pernah try tomyam dia mmg kawwww my hubby habiskan seperiuk tomyam. tapi gambar dia agak horror maleh nak update..

rasanya masakan dia mmg sedap2 sedap dia memasak dan memberi resipi ikhlas dr hati.. kak nani i love u.. bawal besar 2 ekor licin utk hidangan makan malam..

nanti nak try resipi triffle famous dia. resipi dah amik tp tak tau kurun ke berapa akan dicuba samada wawasan 2020 dah dicapai ke tak masa tu..

hihi.. bye..

4 comments:

  1. Salam windu Dali,

    ketawa kak nur baca dialog mak ngan anak tu....hehehe.Pandai Dali msk ya, mcm gini kak nur nak tumpang mkn kat sini boleh?

    ReplyDelete
  2. wah.. menarik sungguh nampaknya.. esok kalu aku dtg rumah ko bole le ko masak ni ek.. :D
    tp x tau la bila kan... sekarang ni aku rasa melaka tu mcm lg jauh drpd perlis plak.. :(

    ReplyDelete
  3. akak i follow u. meh le keblog i lagi. follow ye.

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..