January 11, 2011

tolong ingatkan aku-a different perspective

salam. pagi ni i senyum lebar. sebab i receive a sweet comment from my fwennn denny. dia mintak i merepek pasal lagu ana raffali. kelakar pulak denny ni. siap suh huraikan ala2 paper BM SPM or ala2 hikayat merong mahawangsa lagi. dia tau i suka puisi bagai so suh pulak i merepek, memanglah i sukeeee.. keh3x..

lirik ana yang menang juara lagu ini memang sweet dan menyentuh rasa. macam ada sesetengah lagu yang bile kau dengar sekali terus kau suka. i respect dia sebab dia sentiasa membawa jatidiri melayu pada diri dia yg mana2 diva lain di Malaysia takde. termasuklah aku. diva sgt lah weih.. gaya penyamaan diri dgn juara AJL je tak boleh blah..

utk perspektif sebenar ana raffali rujuk blog dia ye..

untuk huraikan mesti nyanyi bersama dalam mode sedih. ingat mode sedih.. ala takkan le takde koleksi lagu sedih wei??

disclaimer : i terangkan dengan sesimple mungkin untuk elak sebarang spekulasi, kontroversi dan huraian ini dibuat atas permintaan denny. tiada kaitan dengan i.. *tetiba*

Tolong Ingatkan Aku

Jangan disusun kata-kata penamat
jangan disebut baris ayat keramat
biar lenyap diserap sunyi
biar senyap yang tak menyepi

--> kadang-kadang berdiam diri itu lebih baik dari mengeluarkan kata-kata yang menyedihkan. kadang2 kesunyian boleh menghilangkan rasa marah. biar senyap tapi tidaklah berpanjangan.

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa

---> kadang-kadang ada sesetengah benda kita tak boleh berbuat apa-apa. kita cuma boleh melihat mereka tersedar bila masa telah lama berlalu meninggalkan semua yang ada.

Mari patahkan papan markah lama
mari padamkan buku tiga lima
biar luka sembuh sendiri
biar lupa dimakan hari

---> kemaafan paling penting. lupakan semua kerana masa akan menyembuhkan semuanya.

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa
kau dampingi aku
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

---> apabila masa telah lama berlalu, kemaafan diberikan maka ingatilah semua kenangan manis yang ada.

bila marah merasuk minda
kecewa menyelubungi jiwa
aku lupa

---> kerana bila mengingati kenangan pahit, rasa benci akan menerpa.

tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa
ku teringatkanmu
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

---> tanya pada hati kerana hati ada jawapannya.

tolong ingatkan aku kisah kita
tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa

---> lalu ingati segala kisah manis dan simpan di dalam hati.

tolong ingatkan aku
kisah kita

----> kalau aku terleka, ingatkanlah aku.

i edited this post few times to avoid any unnecesary comment from my readers yg mostly adalah my best friends.

dan sedih jugak tulis bila one of my friends pula dalam stage akhir perpisahan dengan husband dia yg sepatutnya menjadi her soulmate. i nangis di dalam hati dan sentiasa terfikir cemana ngan my fren nanti, bila mendengar berita tu. tapi i tahu she will survive..

kadang2 kita dah ingatkan, but some people choose not to remember the good old days and all those sweet memories.. tak kiralah ko ingatkan ke, or bagi pelempang ke, tak guno.. hehe..

so thanks pada yang mintak i huraikan lagu ni. that s so sweet of u denny.

tapi den kalau versi aku adalah 'tolong lempangkan aku' memandangkan kosa kata tahap tadika. ko tgk ana raffali siap guna papan markah lama, buku 3 lima, so melayu mehh.. kampung gitu..

apapun ini adalah perspektif i saje..

tlg ingatkan aku is a nice superb song, yang mengingatkan kita pada setiap kenangan manis dalam hidup kita.. tapi hari2 yang berlalu juga sedang meninggalkan kenangan dalam hidup kita, yang lebih manis untuk dikenang pada masa depan. apa yang berlaku mesti ada hikmah di sebaliknya. kita kena bersyukur atas segala anugerah Allah kepada hambaNya.

denny, this one is for you..

tolong lempangkan aku
kalau aku lupa
cerita kita di muar..

1 comment:

  1. tenkiu so much.. tp aku msh tk paham perkataan 'saku penyeluk masa' & 'kasih memeluk rasa'.. tolong terangkn

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..