January 14, 2011

sebuah rumah di syurga

salam. salam hari jumaat. happy birthday MK my fwennnn..

aku nak cerita ni.. semalam ajar along ngaji. so dia kalau pukul 9 malam tu dah ngantuk n moody jugak. no choice sebab takde masa lain lagi.

so utk menggalakkan dia belajar or ngaji, aku selalu cerita tentang kalau kita buat perkara baik, malaikat akan tanda di bahu kanan kita. kalau buat bende jahat ke, macam bunuh semut tidak bersalah, banyak tanda pangkah kat bahu kiri kita. pas tu aku buat le aksi2 drama org jalan terdengkot-dengkot sebab bahu kiri berat.. dia akan ketawa terkekeh-kekeh sambil tiru aksi aku. biasa le aku kan kaki drama, so anak aku ada dramatik sikit macam aku hahaha..

so semalam masa ngaji aku cakap le tau tak setiap huruf yang dibaca ni, dia akan dapat banyak pahala. banyak sangat. so siap selak buku iqraq dia tunjuk fuyyo banyak nye pahala along sebab dah baca banyak. terus bersemangat humang aih dia baca..

sambil tu, dia juga tanya, kat syurga nanti, adakah Allah akan bagi mainan banyak2 kat dia kalau rajin mengaji? aku cakap jgnkan mainan, semua mainan yg kat dalam tv tu Allah akan bagi termasuklah senapang Nerf (as per tv commercial) yang tiap2 hari dia cakap nak beli tu dan Ben 10 set kejadah yg dia nak borong selalu tu.. tinggggg.. kejap je dah dapat..

pas tu siap dia tambah nanti Allah bagi jugak khemah dalam bilik dia tapi warna hijau.. tetiba.. sayang sgt brg2 dia jgn kau usik. khemah asal warna merah..

pas tu aku pun cakap macam dia ngaji ni aku, papa dia, adik pun dapat pahala.

kenapa? dia tanya.

sebab aku ajar dia, papa tlg jaga adik masa dia ngaji, dan adik kacau dia bagi sokongan padu.. aku cakap sampai bila2 pun kalau dia mengaji, pahala tu kitorg akan dapat jugak..

pas tu dia tanya:

"macam mana kalau mama dah takde. macamana along nak bagi mama pahala?"

aku selalu pesan kat dia jaga adik kalau aku n papa dia tak ada lagi sebab adik takde sesape lagi di dunia ni. selalu dia akan end up dengan nangis dan merajuk. tapi malam tadi dia tanya dengan bersungguh-sungguh..

aku dengan mata bergenang yg ditahan cakap "kalau mama dah takde, along kena doakan mama, kena terus mengaji quran, nanti Allah hantarkan pahala untuk mama".

dia tanya macamana?

aku cakap nanti Allah kirimkan pahala2 itu dan doa along pada burung-burung syurga untuk hantar pada mama dekat rumah yang along bina untuk mama di syurga.

dan jawapan itu membuatkan dia lega. dan aku tahan air mata yang bergenang.

baru aku sedar, aku takde apa-apa utk ditinggalkan utk anak2 aku di dunia melainkan kasih sayang dan pengalaman bersama yg aku tak nak dia lupakan, ilmu dan juga agama..

itu sahaja..

semoga along dan adik, walaupun tanpa mama nanti akan selalu mengingati masa yg dihabiskan bersama, dan mendoakan kesejahteraan mama dan papa..

insyaallah..

(post ini mungkin ada perkara2 yg tidak benar jadi pohon maaf kerana ia dalam konteks untuk memberi pemahaman kepada kanak2. segala yang baik datang dr Allah, dan yg buruk drpd saya)

6 comments:

  1. rajin anak ko ngaji..anak aku suruh ngaji mcm2 alasan dia..kalo mood dia baik br dia ngaji..kang adik dia kacau pulak susah btul(papa dia mlm takde)..tp seronok eklayan pertanyaan budak2 ni..dulu waktu anak aku tny cemana adik ada dlm perut mama, aku ckp Allah tiup adik masuk dlm pewot..haha

    ReplyDelete
  2. zaira, itu pun moody gak tu. kdg2 aku sampai terlelap2 nak jwb soalan dia. yelah si adik mesti kacau.. terjerit2 nak ngaji sama.. hahaha sama keslah kita..
    ye soalan pasal adik itu harus kita jwb ngan hati2, krg satu skolah digebangnye..
    tak penah tgk gambar anak 2nd kau.. upload sket

    ReplyDelete
  3. huuuuu sedeh...babe..aku kenot bukak your blog kat opis lah..apsal ek? sememnjak dua menjak ni je tak bleh...

    ReplyDelete
  4. tan.. ye ke.. aku pun tak tahu. IT failed aku ni..

    ReplyDelete
  5. mek touching lak entry kali nih..bagus ko dapat ajor anok ngaji kat umah..yelah kite ni sometimes sibok ngejor hal2 dunia jek, kengkonon nak carik duit bebanyok untuk besorkan anak,beri hok terbaik kat dunai ni tapi dalam mase yang same lupe yang dunia ni boleh beri kebahagiaan sementara jek ke anak2 kita, bekalan akhirat tu yang paling penting untuk diaorg.:(

    ReplyDelete
  6. lel:kalau larat aje ajar..selalu penat jugak.tu le kalau kita dah takde, doa anak2 dan amal baik aje le penyelamat. sedih juga kalau diingat2

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..