January 18, 2011

resolusi pertengahan bulan

salam hai..

nak cerita pasal resolusi..

aku ni memanjang pertengahan bulan byk nau resolusinya.

antaranya, bila poket dah menipis, eh tipu, bila wallet dah byk resit2 kuar duit atm, aku akan tetiba membuat resolusi:

1.perlu beli collagen agar cantik awet muda seperti kak nani di blog model 80-an
2. perlu beli semua jenis vitamin agar malam tak penat sgt.
3. perlu beli baju baru walaupun nak pegi birthday party anak buah yang dibuat di rumah mak mentua sahaja. konon2 perfectolah untuk merangkul title mak ngah yang manis awwww..
4. akan juga tetiba teringat nak beli periuk besar, bufet set dan mcm2 lagi utk kelengkapan dapur.. aku mmg suka part2 ni. tp buat makan2nya boleh dikira kih3x..
5. tetiba ada keperluan untuk membeli seluar sukan baru utk jogging yg ntah bila nak dipakai. ada kemungkinan dipakai waktu cuci longkang masa wikend
6. tetiba sadis tengok kasut kerja tapak dah haus maka kena beli yg lain..

astaga.. syaitonnirrajim betul. kenapa mesti ada semua keinginan ini di kala takde duit hahaha..

apa pun, takdelah aku membeli benda2 tu semua. alasan je lebih utk tiap2 satu resolusi tu. cuma pentingkan bab kesihatan sebab tak berapa sihat sekarang..

tang perasan nak cun, aku sebelum tidur selalu menginsafi diri,

"tak guna kau beli baju baru, tudung baru kalau badan montel hoi"

dengan air mata berjejehan..haha tipu je lah air mata tu..

itu ayat sedapkan hati maa..

kesimpulan: resolusi tak perlu boleh membunuh (wallet)..

see ya again..

1 comment:

  1. hei..dali..resolusi2 kau itu ada yg sama dgn aku..bezanya kini aku kurang memikirkan tentang resolusi2 itu..hehe..kenapa ha? aku pun tak tau..mungkin sbb aku tau resolusi 1 - buatlah apa pun muka ko akan tetap tua bila tiba masanya, resolusi 2 - aku memang pengedar makanan kesihatan jadi memang aku makan produk aku sendiri, resolusi 3 - dulu aku memang rigid begitu tapi kini aku tak peduli lagi haha, resolusi 4 - time hari raya je aku terfikirkan ini bukannya tengah2 bulan spt ini, resolusi 5 - aku jarang sekali berjogging atau mencuci longkang kerana rumahku tiada longkang hehe, resolusi 6 - emakku selalu bermurah hati memberi aku kasutnya yg x disukai..haha nasib sama saiz kaki..

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..