January 4, 2011

legal tips: rakan bijaksana?? what??

hai semua..

saya hepi sbb dak den puji blog saya semalam. kah3x. den.. den.. ko ni mengutuk aku ke hape. tapi takpelah. aku bygkan wajah ko senyum ikhlas wakaka..

lupe nak taip smlm, korang maafkanlah aku ni kenkadang bahasakan diri saya, kejap tu perasan diri j-lo bahasakan diri i pulak. yelah takde pulak penamaan diri macam MK tu namakan diri dia Mak Kintan. balik2 nak glamerkan MK yelah dia je antara blogger kawan aku yg terkenal. wakaka.. macam denny nak kelirukan org dia konon bersopan bahasakan diri dia saya wakaka.. yelah denny. memang org ingat ko sopan skrg diorg tak dengar ko gelakkan org dgn aku lagi kah3x..

dah.. dah.. tgk sebab suka merepek intro punye le panjang bangat. cuba kena buat court punye written submission ke terus otak blur carik sample orang lain utk dapat ayat yg ampuh dan menakutkan rakan bijaksana.. ooh i ingat i nak bagi info pasal court secara tak langsung dlm blog ni supaya korg bila deal dgn loyer buleh guna perkataan yg bila dorg dengar korang cakap akan pikir, "eh jgn main2 dgn minah ni, silap2 belajar law sama ngan lisa surihani ni. kat obersea lagi"

kawan2, di mahkamah jika ada lawyer yg lawan kes dgn kita, di depan hakim kita akan menyebut beliau sebagai "rakan bijaksana".. contoh:

"yang arif, saya jennifer lopez bagi pihak plaintif dan rakan bijaksana saya, brad pitt bagi pihak defendan"

plaintif adalah org yang initiate case, or org yg nak saman. defendan itu adalah manusia malang yg disaman.

kenapa dipanggil rakan bijaksana itu kau jgn tanya aku. aku bajet dr zaman kolonial dulu dorang dah tanamkan aspek semua org adalah sama bijak gitu. undang2 di malaysia ni diambil dr english legal system ye.. yelah dulu kan depa perintah kita..

mcm among lawyers, kita dah tanamkan etika, macamana ko fight pun dlm court, benci membenci, balas membalas tapi keluar court ko still buleh sit and laugh together.. sepatutnyalah.. tp aku ada jugak black list lawyer yg sengal..

business is business lah..

aku tau ramai org pandang serong pd lawyer. dulu masa belajar ada aku naik teksi. bila pakcik tu tau aku study law terus dia cakap:

"pak cik takkan benarkan anak pak cik jadi peguam"

ewah2x.. sonang jo kau cakap. habis sape nak jadi hakim semua. kalau makcik tua tertindas sape nak bela. nantilah isu ni i akan kupas later.

tapi kalau ko cakap loyer jahat, macamlah takde profesion lain yg buat hal. contoh doktor lakukan illegal abortion, engineer buat rumah runtuh, akauntan tipu duit bank.

tak adillah sebab kes si pathmanaban sewel tu semua org ko kata jahat..

kan?? betul tak??..

kitorg pun manusia jugak..

yelah ni info tak guna sgt.. intro maaa..

nanti i sambung k...

1 comment:

  1. "rakan-rakan bijaksana"- to remind ourselves to use correct tone of voice in court even though di dalam hati Ya Allah tuhan saja yg tau betapanya kita geram dgn hujahan pihak lawan..hee just my humble opinion.hello!

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..